Dewan Bahasa dan Pustaka
Menu Tutup

Soalan Lazim

Jumlah pelawat : 280 , Pelawat hari ini : 1 

Berikut adalah soalan-soalan yang sering ditanya oleh pelawat portal DBP.

  1. Pada tahun 1959, melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959, DBP bertukar taraf menjadi sebuah badan berkanun. Dengan penaikan taraf ini, DBP diberi kuasa autonomi, iaitu:
    Menggubal  dasarnya yang khusus;
  2. Menyusun program pembinaan pengembangan bahasa dan sastera; dan
  3. Menjalankan kegiatan penerbitan dan perniagaan buku secara kompetitif|
    menurut prinsip dan amalan perusahaan dan profesion penerbitan.

Selagi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu tidak berubah, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk kepada bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia bolehlah digunakan di samping istilah bahasa Melayu.

DBP menerbitkan karya penulis luar dalam pelbagai majalah terbitannya seperti Dewan Sastera, Dewan Masyarakat, Dewan Budaya , dan sebagainya. Saudara boleh menghantar makalah kepada

Ketua Editor Bahagian Majalah,
Aras 20, Menara DBP,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.

Nombor Telefon : 03-21479000 atau 03-2147 9449

Sila sertakan surat iringan, 1 salinan manuskrip bersih- ada prakata, biodata penulis  dan sertakan juga salinan lembut (disket). Karya hendaklah ditaip di atas kertas kuarto berwarna putih, dan ditaip jarak langkau dua baris.

Karya dalam bentuk cerpen dan puisi untuk majalah perlu dihantar kepada

 

Ketua Editor Bahagian Majalah,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.

Nombor telefon : 03-21479000 atau 03-2147 9449

Boleh dihantar ke DBP. Bagaimanapun, karya yang sesuai dan diluluskan oleh DBP sahaja yang boleh diterbitkan.

Sila hantar karya ke

Pengarah Penerbitan,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.

Nombor telefon: 03-2147 9000 atau 03-2147 9494

Tarikh kemaskini : Khamis, 4 Ogos 2022

Total Views: 280 ,

MAKLUM BALAS

Skip to content