Dewan Bahasa dan Pustaka
Menu Tutup

Rukun Budaya Korporat

Semangat Dewan Bahasa dan Pustaka lahir daripada sejarah perjuangan untuk mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara Malaysia. Berdasarkan semangat inilah maka budaya korporat Dewan Bahasa dan Pustaka yang berikut pun berkembang, dan dapat melahirkan manusia yang bertanggungjawab terhadap kerjanya:

  • Memahami dan menghayati wawasan DBP;
  • Memelihara dan meningkatkan imej DBP dalam khalayak ramai;
  • Mementingkan hasil dan mutu keluaran;
  • Mengamalkan kerja secara bermesyuarah dan berkumpulan
  • Mementingkan pekerjaan yang bersih, cekap dan berkesan;
  • Mengamalkan sifat-sifat bijaksana, adil, amanah, jujur dan ikhlas;
  • Ketua memimpin pekerja bawahannya;
  • Pekerja memimpin dirinya sendiri;
  • Berusaha menambahkan ilmu; dan
  • Bekerja ialah ibadah.

Tarikh kemas kini : Selasa, 12 Disember 2023

Total Views: 2039 ,

MAKLUM BALAS

Skip to content