Dewan Bahasa dan Pustaka
Menu Tutup

Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM)

PENGENALAN

  1. Jawatankuasa ini ditubuhkan pada 23 Disember 1972, sebagai hasil daripada persetujuan dalam Pernyataan Bersama antara Indonesia dengan Malaysia yang telah ditandatangani oleh Yang Berhormat Encik Hussein Onn, Menteri Pelajaran Malaysia dan Bapak Mashuri S.H., Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia pada 23 Mei 1972 di Jakarta, Indonesia.
  2. Susulan daripada persetujuan tersebut, Majlis Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM) ditubuhkan. MBIM menjadi pada 29 Disember 1972, Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) apabila negara Brunei Darussalam menganggotai Majlis ini pada 4 November 1985.
  3. Nama jawatankuasa ini ialah Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu, singkatannya JKTBM yang sebelumnya pada 3 November 1992 dikenal sebagai Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia.
  4. Antara fungsi utama jawatankuasa ini ialah sebagai badan penyelaras aktiviti kebahasaan MABBIM bagi pihak Malaysia.

FUNGSI

Jawatankuasa ini berperanan menasihati kerajaan berkaitan dengan dasar dan perancangan bahasa kebangsaan. 

KEANGGOTAAN

Ahli Jawatankuasa ini dianggotai dan dilantik oleh Menteri Pendidikan Malaysia yang terdiri daripada 18 orang ahli:

  1. Pengerusi (Ketua Pengarah DBP)
  2. Timbalan Pengerusi (Timbalan Ketua Pengarah (Dasar)
  3. Setiausaha (mana-mana Pengarah Jabatan yang dilantik oleh Ketua Pengarah DBP)
  4. Kementerian Pendidikan Malaysia (Bahagian Pembangunan Kurikulum, Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Majlis Peperiksaan Malaysia)
  5. Kementerian Pendidikan Tinggi
  6. Jabatan Peguam Negara
  7. Pakar dalam bidang bahasa dan linguistik Melayu, pendidikan dan terjemahan serta mempunyai iltizam yang tinggi untuk kemajuan bahasa Melayu.

Tempoh keanggotaan seseorang yang dilantik adalah selama dua (2) tahun.

HASIL JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU

1. Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) Jilid I A-K (2006)
2. Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) Jilid I L-Z
3. Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) Edisi Kedua (2016)
4. Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu (1992)
5. Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (2004)
6. Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (Edisi Baharu)
7. Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia (1975)
8. Pedoman Transliterasi Huruf Arab Ke Huruf Rumi (1992)
9. Panduan Penyusunan Kamus Istilah (1992)
10. Pedoman Transliterasi Perkataan Arab Ke Ejaan Rumi (Edisi Kedua)
11. Daftar Ejaan Rumi Jawi (1988)
12. Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (Edisi Kedua) (1996)
15. Daftar Istilah MBIM (Istilah Sumber –Istilah Malaysia) A-J (1987)
16. Daftar Istilah MBIM (Istilah Sumber –Istilah Malaysia) (1986)
17. Daftar Istilah MABBIM (1985-1992)

AHLI JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU MALAYSIA (2019-2022)

BIL.

NAMA/INSTITUSI

KEANGGOTAAN

1.

Datuk Abang Sallehuddin bin Abg Shokeran

Ketua Pengarah

Dewan Bahasa dan Pustaka

Pengerusi

2.

Tuan Haji Md Johari bin Hasan

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar)

Timbalan Pengerusi

3.

Puan Fauzilahyatun binti Mustafa

Pengarah Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera

 

Ahli

4.

Tuan Haji Azman bin Adnan

Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum

Kementerian Pendidikan Malaysia

Ahli

5.

YBhg. Dato’ Haji Pkharuddin bin Haji Ghazali

Pengarah Peperiksaan

Lembaga Peperiksaan Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Ahli

6.

Prof. Emeritus Dato’ Dr. Teo Kok Seong

Ahli

7.

Prof. Dr. Abdul Rasid bin Jamian

Ahli

8.

Prof. Dr. Siti Balkis binti Budin

Ahli

9.

Prof. Madya Dr. Adi Yasran bin Abdul Aziz

Ahli

10.

Prof. Madya Dr. Ramalinggam  a/l  A. Rajamanickam

Ahli

11.

Prof. Dr. Nor Hashimah binti Jalaluddin

Ahli

12.

Dr. Puteri Roslina binti Abdul Wahid

Ahli

13.

Dr. Muhaimin bin Sulam

Ahli

14.

Dr. Mohammad Alinor bin Abdul Kadir

Ahli

15.

Encik Ismail bin Dahaman

Ahli

 

URUS SETIA

Puan Nor Atikah binti Buang
Bahagian Peristilahan dan Leksikologi
Dewan Bahasa dan Pustaka

Telefon: 03-21479162
E-mel: noratikah@dbp.gov.my

Total Views: 1574 ,

MAKLUM BALAS

Skip to content