Dewan Bahasa dan Pustaka
Menu Tutup

EKSA

0
Objektif
0
Komponen Utama
0
Zon EKSA

PENGENALAN EKSA

Seiring dengan peredaran semasa, Program Amalan 5S telah dijenamakan semula dan ditambah baik pada tahun 2014 dan dikenali sebagai EKSA. Pelaksanaan EKSA mempunyai matlamat untuk mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal. Selain itu, EKSA berupaya memperkukuh lagi Sistem Pengurusan Kualiti berasaskan Standard MS ISO 9001, dalam memenuhi keperluan klausa Pengurusan Sumber berkaitan Persekitaran Kerja. EKSA yang cekap, berkesan dan konsisten akan memberikan nilai tambah kepada imej korporat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) secara keseluruhan.

JAWATANKUASA EKSA

OBJEKTIF PELAKSANAAN EKSA DBP

  1. MENAMBAH BAIK persekitaran tempat kerja.
  2. MENINGKATKAN kualiti kerja dan produktiviti semua warga kerja Jabatan. 
  3. MENGURANGKAN pembaziran sumber, ruang, masa, kos dan tenaga.
  4. MENAMBAH BAIK budaya kebertanggungjawaban dalam kalangan warga Jabatan.
  5. MENINGKATKAN semangat berpasukan.
  6. MENAMBAH BAIK  imej korporat jabatan.

KOMPONEN EKSA DBP

  1. Imej Korporat;
  2. Kreativiti dan Inovasi;
  3. Amalan Hijau;
  4. Persekitaran Kondusif; dan
  5. Kepelbagaian Agensi.

AKTIVITI EKSA

ZON DAN GALERI EKSA

  1. BERLIAN (Ibu Pejabat bermula Aras 26 – Aras 28)
  2. ZAMRUD (Ibu Pejabat bermula Aras 23 – Aras 25)
  3. DELIMA (Ibu Pejabat bermula Aras 20 – Aras 22)
  4. MUTIARA (Ibu Pejabat bermula Aras 17 – Aras 19)
  5. NILAM (Ibu Pejabat bermula Aras 13 – Aras 16)
  6. INTAN (Ibu Pejabat bermula Aras 10 – Aras 12)
  7. BAIDURI (Ibu Pejabat bermula Aras 7 – Aras 9)
  8. KRISTAL (Ibu Pejabat bermula Aras 2 – 4 dan Aras 6)
  9. MAWAR (Wisma DBP)
  10. TERATAI (Kompleks DBP Hulu Kelang)
  11. RAFFLESIA (DBP Cawangan Sabah)
  12. DAHLIA (DBP Cawangan Sarawak)
  13. ANGGERIK (DBP Wilayah Selatan)
  14. MELUR (DBP Wilayah Timur)
  15. TANJUNG (DBP Wilayah Utara)
Tarikh kemas kini : Rabu, 24 Januari 2024

Total Views: 2084 ,

MAKLUM BALAS

Skip to content