Dewan Bahasa dan Pustaka
Menu Tutup

Majlis Bahasa Brunei Darussalam Indonesia Malaysia (MABBIM)

LATAR BELAKANG

MABBIM ialah sebuah badan kebahasaan serantau yang dianggotai oleh tiga negara, iaitu Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Asalnya Majlis ini dinamakan Majlis Bahasa Indonesia – Malaysia (MBIM), yang ditubuhkan pada 28 Disember 1972, setelah satu Pernyataan Bersama ditandatangani oleh Encik Hussein Onn, Menteri Pendidikan Malaysia, dan Bapak Mashuri Saleh S.H. Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia pada 23 Mei 1972 di Jakarta. Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) ditukar menjadi MABBIM, iaitu singkatan kepada Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia apabila negara Brunei Darussalam ikut serta sebagai anggota tetap Majlis ini pada 4 November 1985. Singapura telah ikut serta dalam Sidang ini sejak tahun 1985 sebagai negara pemerhati sehingga kini.

FUNGSI

Wadah kerjasama kebahasaan MABBIM ini bertujuan untuk membina dan mengembangkan bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu/Indonesia di ketiga-tiga buah negara anggota MABBIM menjadi bahasa peradaban tinggi, bahasa ilmu, bahasa sains, bahasa teknologi moden, bahasa perusahaan, dan bahasa ekonomi.

KEANGGOTAAN

  1. Majlis terdiri daripada Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Darussalam, Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Indonesia, dan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.
  2. Keanggotaan Majlis boleh diperluaskan ke negara-negara serantau lain, seperti Singapura, Thailand dan Timor Leste, setelah mendapatkan persetujuan daripada pemerintah masing-masing.

KEGIATAN

2023

BULETIN MABBIM

Buletin MABBIM merupakan majalah tahunan yang diterbitkan oleh Indonesia. Buletin ini mengandungi berita dan artikel kebahasaan yang ditulis oleh perwakilan dari ketiga negara anggota MABBIM.

RAMPAK SERANTAU

Sidang Ke-32 MABBIM di Bogor, Indonesia memutuskan mulai tahun 1994, MABBIM hendaklah menerbitkan sebuah jurnal berkala. Jurnal ini dinamakan Rampak Serantau dan buat pertama kali jurnal ini diterbitkan oleh DBP Negara Brunei Darussalam. Tujuan dan fungsinya ialah untuk memasyarakatkan hasil MABBIM dalam kalangan negara anggota masyarakat di ketiga-tiga negara anggota. Makalah yang dimuatkan dalam Rampak Serantau merupakan sumbangan penulisan ilmiah dan hasil penyelidikan dari ketiga-tiga negara anggota menurut bidang masing-masing.

URUS SETIA

Total Views: 2863 ,

MAKLUM BALAS

Skip to content