Dewan Bahasa dan Pustaka
Menu Tutup

Derma Cipta

TAFSIRAN

Tabung Derma Cipta Dewan
Tabung Derma Cipta Dewan Dewan Bahasa dan Pustaka

DBP/Dewan
Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.

Tataurusan
Tataurusan ini sebagaimana yang digubal pada asalnya atau sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa, mengikut keperluan.

Alamat
Urus Setia Derma Cipta Dewan,
Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik,
Tingkat 28, Menara DBP,
Jalan Dewan Bahasa
50460 KUALA LUMPUR.

Projek
Projek termasuklah apa-apa juga projek penyelidikan dalam bidang bahasa, sastera dan penerbitan; atau penulisan dalam pelbagai bentuk; atau projek-projek lain dalam bidang bahasa, sastera dan budaya yang berbentuk persembahan, seminar, produksi, audio-visual dan sebagainya yang bersesuaian dengan matlamat Dewan, sama ada yang dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ataupun pihak lain.

Panel Penasihat
Panel Penasihat Tabung Derma Cipta, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jawatankuasa Pelaksana
Jawatankuasa Pelaksana Tabung Derma Cipta, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Penulis
Orang, institusi atau badan yang menghasilkan karya dalam bentuk kreatif, umum dan/atau ilmiah.

Pemohon
Orang, institusi atau badan yang mengemukakan permohonan untuk mendapatkan bantuan Tabung Derma Cipta.

Penerima
Orang, institusi atau badan yang menerima bantuan Tabung Derma Cipta.

TUJUAN

Tabung Derma Cipta ini bertujuan untuk:

  • Mengumpulkan dana bagi membiayai pelaksanaan projek.
  • Membolehkan mana-mana badan atau institusi awam dan swasta, atau individu sama-sama menyumbang bagi membiayai projek.
  • Membantu orang, badan atau institusi untuk melaksanakan projek, atau menghasilkan karya bagi meningkatkan khazanah ilmu dan persuratan sesuai dengan matlamat penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tarikh kemas kini : Jumaat, 22 Disember 2023

Total Views: 2002 ,

MAKLUM BALAS

Skip to content