Dewan Bahasa dan Pustaka
Menu Tutup

Pedoman Bahasa Melayu

Projek Pedoman Bahasa Melayu terbahagi kepada dua iaitu Penggubalan Pedoman Bahasa Melayu-Penjodoh Bilangan Bahasa Melayu dan Penggubalan Pedoman Bahasa Melayu Akronim Bahasa Melayu.

1.    Penggubalan Pedoman Bahasa Melayu-Penjodoh Bilangan Bahasa Melayu.

Projek penggubalan ini merupakan kesinambungan penyediaan prasarana kepustakaan bahasa Melayu khususnya yang berkaitan dengan pedoman bahasa Melayu. Usaha Murni yang dijalankan secara berterusan ini demi memastikan para pengguna bahasa Melayu mendapat panduan yang jelas tentang tatacara penggunaan penjodoh bilangan agar dapat digunakan secara tepat khususnya dalam dunia pengajaran dan pembelajaran.

2.   Penggubalan Pedoman Bahasa Melayu-Akronim Bahasa Melayu.

Projek Penggubalan pedoman akronim dalam kosa kata bahasa Melayu penting sebagai panduan kepada pihak yang berminat mencipta akronim bahasa Melayu walaupun kurang digalakkan dalam pembentukkan kata bahasa Melayu. Ketiadaan panduan khusus menyebabkan kelompongan kepada bahasa Melayu itu sendiri yang akhirnya menyebabkan kekeliruan dan penciptaan akronim sewenang-wenangnya. Hasil kajian membolehkan penciptaan akronim dapat diselaraskan dan wujud standard yang jelas kepada para masyarakat yang menggunakan bahasa Melayu.

Tarikh kemas kini : Jumaat, 22 Disember 2023

Total Views: 1792 ,

MAKLUM BALAS

Skip to content