Dewan Bahasa dan Pustaka
Menu Tutup

Pengenalan

Pengkomputeran Bahasa

Pengkomputeran Bahasa Melayu merupakan suatu program penyelidikan yang ditangani Bahagian Penyelidikan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka dalam rangka pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu sebagai bahasa dunia yang berwibawa.

Program ini mengandalkan tiga komponen utama, iaitu :

  1. Komputer sebagai alat bantu penyelidikan bahasa
  2. Bahasa sebagai objek kajian, dan
  3. Teknik yang berkaitan dengan pemprosesan bahasa, khususnya metodologi penyelidikan dalam linguistik korpus dan linguistik komputeran

Secara ringkas, program ini juga dikenali sebagai KOMBAT (KOMputer, BAhasa, Teknik).

Program ini bermatlamat untuk:

  1. Menyediakan prasarana penyelidikan bahasa seperti korpus
    teks digital, perisian pemprosesan bahasa, dan bahan rujukan
    kebahasaan (seperti pedoman dan rumus bahasa) dalam bentuk e-teks
  2. Membuat kajian dan pemprosesan bahasa berdasarkan data korpus yang terkumpul. Hasil kajian ini akan disebarkan dalam bentuk laporan projek, makalah atau kertas kerja.

Program ini menggarap tiga projek utama iaitu;

  1. Pangkalan Data Korpus
  2. Pangkalan Data Perkamusan
  3. Pangkalan Data Umum

Tarikh kemas kini : Jumaat, 22 Disember 2023

Total Views: 1900 ,

MAKLUM BALAS

Skip to content