Dewan Bahasa dan Pustaka
Menu Tutup

Kajian Sikap dan Persepsi

Kajian ini bertujuan untuk meneliti tahap penggunaan bahasa kebangsaan dalam pelbagai ranah yang bersesuaian dengan peruntukan dan ketentuan yang digariskan oleh Akta Bahasa Kebangsaan (Akta 32) 1963/67 Semakan 1971 dan Dasar Bahasa Kebangsaan. Seterusnya, hasil daripada kajian ini akan dijadikan asas untuk merangka program tindakan untuk peluasan dan pemantapan penggunaan bahasa kebangsaan dalam semua ranah yang dikaji selaras dengan fungsinya yang ditetapkan dalam Akta Bahasa Kebangsaan dan Dasar Bahasa Kebangsaan. Terdapat tiga kajian Tahap Penggunaan Bahasa Melayu yang telah selesai dan tiga lagi yang sedang ditangani seperti yang berikut:

  1.      Kajian Tahap Penggunaan Bahasa Melayu di Tempat Awam (selesai)
  2.      Kajian Tahap Penggunaan Bahasa Melayu dalam Bidang Pentadbiran (selesai)
  3.     Kajian Tahap Penggunaan Bahasa Melayu dan Media Penyiaran (Televisyen) (selesai)
  4.      Kajian Tahap Penggunaan Bahasa Melayu dalam Siaran Radio
  5.      Kajian Sikap Pemimpin Melayu Terhadap Bahasa Melayu
  6.      Kajian Sikap Akhbar Melayu Terhadap Bahasa Melayu

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Shariffulizan bin Malek atau Puan Hazimah bin  Malek atau Puan Hazimah binti Yusof (hazimah@dbp.gov.my)

Tarikh kemas kini : Jumaat, 22 Disember 2023

Total Views: 1215 ,

MAKLUM BALAS

Skip to content