Dewan Bahasa dan Pustaka
Menu Tutup

Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM)

Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu atau singkatannya MABM adalah sebuah majlis khas yang ditubuhkan untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti kebahasaan yang menjurus kepada matlamat pengembangan bahasa pada peringkat antarabangsa.Kerajaan Malaysia sentiasa sedar dan amat prihatin terhadap perkembangan bahasa Melayu dan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh beberapa pihak di dalam dan di luar negara berhubung dengan pengembangan bahasa ini pada peringkat antarabangsa. Sesudah beberapa buah pusat pengajian Melayu ditubuhkan di luar negara, maka pada Mesyuarat Kabinet 2 Julai 1997, kerajaan Malaysia telah meluluskan penubuhan sebuah majlis khas untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti kebahasaan yang menjurus kepada matlamat pengembangan bahasa di peringkat antarabangsa ini. Majlis ini dinamakan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu atau singkatannya MABM.

Tarikh kemas kini : Selasa, 12 Disember 2023

Total Views: 2048 ,

MAKLUM BALAS

Skip to content