Dewan Bahasa dan Pustaka
Menu Tutup

Karyawan Tamu

Jumlah pelawat : 448 , Pelawat hari ini : 2 

Tafsiran

Karyawan Tamu Dewan
Seorang tokoh karyawan yang dilantik oleh DBP untuk menghasilkan karya bagi DBP dan melaksanakan khidmat perundingan sebagaimana yang ditetapkan di bawah tataurusan ini.


DBP/Dewan
Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.


Lembaga Pengelola
Lembaga Pengelola DBP, Malaysia.


Tataurusan
Tataurusan ini sebagaimana yang digubal pada asalnya atau sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa, mengikut keperluan.


Alamat
Urus Setia Karyawan Tamu DBP,
Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik,
Tingkat 28, Menara DBP,
Jalan Dewan Bahasa
50460 KUALA LUMPUR.


Projek
Projek termasuklah pengkaryaan melalui penyelidikan dan penulisan yang menghasilkan karya secara konvensional dan elektronik, yang merangkumi karya kreatif dan bukan kreatif, sama ada asli atau/dan terjemahan, dalam bahasa Melayu atau bahasa asing atau bahasa-bahasa yang difikirkan sesuai sebagaimana diputuskan oleh Mesyuarat Pengurusan DBP.


Jawatankuasa Pengurusan
Mesyuarat Pengurusan DBP yang berfungsi mengawasi pelaksanaan dan kegiatan agar mencapai matlamat Karyawan Tamu DBP.

Tujuan

Program Karyawan Tamu Dewan bertujuan untuk menyediakan kemudahan bagi melahirkan lebih banyak karya asli atau terjemahan yang bermutu, yang ditulis oleh penulis yang dilantik khusus oleh DBP, berdasarkan pengalaman serta ketokohannya dalam sesuatu bidang ilmu dan pengalaman kerjayanya yang cemerlang.

Tarikh kemaskini : Selasa, 9 Ogos 2022

Total Views: 450 ,

MAKLUM BALAS

Skip to content