Dewan Bahasa dan Pustaka
Menu Tutup

Anugerah Sastera Negara

Anugerah Sastera Negara dikurniakan oleh Kerajaan Malaysia kepada sasterawan yang menulis dalam bahasa Melayu dan menurut pendapat panel telah memberikan sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan kesusasteraan tanah air melalui ciptaan yang bermutu tinggi.Penerima akan menerima penghargaan dan penghormatan negara yang diberi dan dinyatakan dalam bentuk:

  • Warkah Penghormatan Negara;
  • Wang tunai sebanyak RM60 000.00;
  • Penerbitan sebanyak 50 000 naskhah buku atau nilai harga buku berjumlah maksimum RM500 000.00 untuk dibeli oleh kerajaan dan disebarkan dengan luasnya ke sekolah, perpustakaan, jabatan, dan agensi kerajaan;
  • Kemudahan perubatan percuma dalam wad kelas satu di mana-mana hospital kerajaan;
  • Kemudahan untuk kegiatan mencipta karya sastera;
  • Kemudahan untuk penerbitan karya;
  • Penterjemahan karya yang sesuai ke dalam bahasa asing; dan
  • Elaun Sara Hidup sebanyak RM5000.00 sebulan.

SENARAI PENERIMA ANUGERAH SASTERA NEGARA

Tarikh kemas kini : Rabu, 27 Disember 2023

Total Views: 2646 ,

MAKLUM BALAS

Skip to content