Dewan Bahasa dan Pustaka
Menu Tutup

Logo dan Lagu

Jumlah pelawat : 802 , Pelawat hari ini : 6 

Lambang Dewan Bahasa dan Pustaka

Lambang Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ini mengandungi empat unsur; daun lontar yang terletak di tengah-tengah melambangkan bahan penulisan zaman dahulu kala yang ditulis dengan mata pena daripada tangkai daun resam yang mengapitnya; buku dan mata pena yang terletak di bawah daun lontar melambangkan kegiatan penerbitan dan penulisan zaman sekarang. Kempat-empat unsur ini melambangkan tugas DBP sebagai badan yang mengembangkan bahasa, sastera dan ilmu pengetahuan melalui penulisan dan penerbitan.

Lambang ini dilukis oleh Encik Hussien Enas pada tahun 1957 berdasarkan ilham Allahyarham YB Tan Sri Syed Nasir Ismail (mantan Pengarah DBP) dan Tuan Haji Abdul Samad Ahmad (mantan Pengarang DBP).

Lagu Dewan Bahasa

Dewan Bahasa tenaga jiwa bangsa
Nama dari suatu sejarah
Api dari suatu zaman
Kesaktian lidah rakyat

Dewan Bahasa kau obor kebangsaan
Restu dari jiwa pahlawan
Nyala membakar semangat rakyat
Kau abadi dan keramat

Dipayungi langit tanah air
Diusap angin pantai permai
Dilindungi pohon nan menghijau
Dijunjung tanah tempat berpijak

Dewan Bahasa tenaga jiwa bangsa
Nama dari suatu sejarah
Api dari suatu zaman
Obor semangat nan abadi.

Lagu : Saiful Bahri
Seni Kata: Sasterawan Negara Usman Awang

Tarikh kemaskini : Khamis, 21 Julai 2022

Total Views: 802 ,

MAKLUM BALAS

Skip to content