Dewan Bahasa dan Pustaka
Menu Tutup

Data Korpus

Data korpus merupakan data bahasa Melayu yang datangnya dalam dua bentuk tulisan dan bentuk lisan. Bentuk lisan seperti buku, majalah, surat khabar, makalah, monograf, dokumen, kertas kerja, efemeral, puisi, drama, kad bahan, surat, risalah dan sebagainya.

Sementara bentuk lisan yang ditranskripsikan seperti ucapan, wawancara, temu bual, perbualan, dan sebagainya dalam pelbagai bentuk rakaman.

Ruang ini disediakan untuk penyelidik membuat analisis kata bahasa melayu dari data korpus.

Cara Penggunaan:

Untuk daftar sebagai penyelidik sila klik pada DAFTAR dan masukkan e-mel yang sah.

Sila masukkan maklumat tambahan diri penyelidik seperti nama, institusi, tujuan kajian
(tesis/latihan ilmiah atau kerja khusus), tajuk kajian dan skop kajian.

Sila klik pada Bersetuju dengan syarat-syarat penggunaan korpus DBP – Lesen Pengguna

Log masuk dengan menggunakan e-mel yang didaftarkan tadi

Dalam ruangan kerja Penyelidik akan terdapat dua jenis kemudahan carian yang boleh dipilih
iaitu Carian konkordans dan Analisis Kata.

Dalam ruangan carian konkordans, penyelidik boleh membuat carian lanjutan berdasarkan jenis
bahan. tahun terbit bahan dan kriteria penulis, carian tajuk dan mengikut bidang seperti botani,
kesihatan, biologi dan lain-lain.

Dalam ruangan analisis kata, analisis kata boleh dilaksanakan adalah berdasarkan kekerapan
kata, panjang kata, panjang ayat, huruf besar dan huruf kecil.

Sila ke Sistem Korpus DBP

Tarikh kemas kini : Jumaat, 22 Disember 2023

Total Views: 3574 ,

MAKLUM BALAS

Skip to content