Dewan Bahasa dan Pustaka
Menu Tutup

Objektif Penubuhan

Objektif

Matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka yang tercatat dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995) adalah seperti yang berikut:

  • Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi.
  • Memperkembang bakat sastera dalam bahasa kebangsaan.
  • Mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku, majalah, risalah dan bentuk-bentuk kesusasteraan lain dalam bahasa kebangsaan dan bahasa-bahasa lain.
  • Membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.
  • Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul.
  • Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

Sumber Kuasa

  • Perlembagaan Persekutuan
  • Akta 213 – Akta Dewan Bahasa dan Pustaka, 1959 (Disemak 1978)
  • Akta A930 Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (Pindaan dan Peluasan 1995)

Tarikh kemas kini : Jumaat, 22 Disember 2023

Total Views: 5108 ,

MAKLUM BALAS

Skip to content