Dewan Bahasa dan Pustaka
Menu Tutup

Piagam Pelanggan

Kami beriltizam untuk menghasilkan keluaran bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini yang baku, bermutu dan berwibawa melalui perkhidmatan yang cekap, cepat dan cemerlang. Dengan mengutamakan keperluan pengguna, kami menjanjikan keluaran dan perkhidmatan yang mendukung peluasan fungsi teras kami, iaitu BAHASA, SASTERA dan PENERBITAN, seperti yang berikut:

  • Pertanyaan/aduan tentang ejaan/kamus, korporat, sastera, kepustakaan Melayu, tatabahasa dan istilah akan diselesaikan dalam tempoh tujuh hari bekerja;
  • Pengesahan bahasa Melayu dalam iklan secara dalam talian diuruskan dalam tempoh tiga hari bekerja;
  • Manuskrip diterbitkan dalam tempoh enam hingga 12 bulan selepas diluluskan penerbitannya;
  • Majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka berada di pasaran tidak lewat daripada 25 hari bulan sebelum bulan terbitannya; dan
  • Pesanan buku kepada pelanggan diuruskan dalam tempoh tiga hari bekerja.

Tarikh kemas kini : Khamis, 18 Julai 2024

Total Views: 3909 ,

MAKLUM BALAS

Skip to content