Dewan Bahasa dan Pustaka
Menu Tutup

Penulisan Sejarah Bahasa Melayu

Projek ini dilaksanakan bagi menelusuri sejarah perkembangan bahasa Melayu melalui naskhah lama dan bagi mengetengahkan hasil kajian yang berkaitan dengan bahasa, persuratan dan kebudayaan Melayu di alam Melayu, iaitu daerah yang mewarisi tradisi tamadun Melayu. Di samping itu, bagi memperkayakan lagi khazanah penulisan sejarah bahasa Melayu dengan memberi peluang kepada penyelidik untuk menghasilkan penulisan ilmiah yang menjadi pemangkin kepada penerbitan ilmiah dalam bidang bahasa dan persuratan Melayu. Hasil penyelidikan diterbitkan dalam Siri Monograf Sejarah Bahasa Melayu. Antara projek penulisan sejarah bahasa Melayu yang sedang ditangani ialah seperti yang berikut:

  • Kajian Penggunaan Bahasa Melayu dalam Naskhah Melayu Pattani
  • Etnosains di Alam Melayu
  • Jalan Bahasa Melayu: Bahasa Melayu Campa

Tarikh kemas kini : Jumaat, 22 Disember 2023

Total Views: 1430 ,

MAKLUM BALAS

Skip to content