Dewan Bahasa dan Pustaka
Menu Tutup

Anugerah Sastera MASTERA

Anugerah Sastera Mastera adalah satu salah satu kegiatan pengiktirafan yang dirancang dalam Rencana Kegiatan Majlis Sastera Asia Tenggara (Mastera) yang kini dianggotai oleh lima (5) buah negara, iaitu Negara Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand. Anugerah ini diberikan apabila Mastera Brunei Darussalam menjadi tuan rumah untuk Sidang Mastera. Penerima dari setiap negara dipilih melalui sebuah badan panel yang dilantik oleh Pengerusi Mastera negara masing-masing. Calon penerima dipilih berdasarkan karya sastera kreatif yang dihasilkan seperti novel, cerpen, drama dan puisi dan aktif dalam membina dan mengembangkan kegiatan sastera melalui kritikan, penyelidikan, persatuan dan sebagainya. Calon penerima juga dilihat menunjukkan kecintaan kepada kesusasteraan, kegiatan, dan pengembangan kesusasteraan tanah air, yang digambarkan melalui penglibatan dan kesanggupan membelanjakan wang ringgit, tenaga dan masa demi memajukan, membina, dan mengembangkan sastera secara keseluruhannya.

Tarikh kemas kini : Jumaat, 22 Disember 2023

Total Views: 1795 ,

MAKLUM BALAS

Skip to content