Dewan Bahasa dan Pustaka
Menu Tutup

Anugerah Ilmuwan Mabbim

Anugerah Ilmuwan MABBIM ialah perhargaan yang tinggi kepada pakar-pakar bidang ilmu yang telah memberikan sumbangan dan khidmat bakti mereka terhadap perkembangan peristilahan bahasa Melayu/Indonesia selama ini.

Tokoh yang menerima anugerah ini dipilih berdasarkan kriteria kekerapan penglibatan dalam mesyuarat MBIM/MBBIM, idea bernas yang disumbangkan berlandaskan kepakaran masing-masing, penerbitan mengenai peristilahan yang dihasilkan, serta iltizam tinggi yang ditunjukkan dalam usaha pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu

Mabbim telah banyak melahirkan para ilmuwan dalam bidang peristilahan, daripada Jawatankuasa Istilah pelbagai bidang ilmu, dari ketiga-tiga negara anggota. Kesungguhan para ilmuwan ini membina bahasa ilmu dalam bahasa Melayu, membantu membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu mengungkapkan pelbagai konsep, proses, keadaan atau ciri yang khusus dalam bidang ilmu tertentu.

Tokoh Anugerah Ilmuwan Mabbim

Jawatankuasa Penilai Anugerah Ilmuwan Mabbim telah memilih pakar bidang dari setiap negara anggota untuk menerima anugerah ini. Sempena 25 Tahun Mabbim( 1972-1997), iaitu pada Sidang Ke-37 di Terengganu, Malaysia:

(Sempena 25 tahun)

Sempena 30 Tahun Mabbim ( 1972-2002), iaitu Sidang Ke-42 di Jerudong, Negara Brunei Darussalam.

(Sempena 30 tahun)

Tarikh kemas kini : Jumaat, 22 Disember 2023

Total Views: 1977 ,

MAKLUM BALAS

Skip to content