Penubuhan Majlis Bersama Jabatan Dewan Bahasa dan Pustaka
Bidang dan Fungsi MBJ
- Menitikberatkan kepentingan pekerja-pekerja dalam sesebuah organisasi.
- Mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak Pekerja.
- Forum perbincangan di antara pihak Pengurusan dan pihak Pekerja.
- Menyemai semangat bekerja di kalangan pekerja untuk berkhidmat dengan lebih dedikasi dan produktif.
Faedah MBJ
Mewujudkan hubungan dan sikap positif antara pihak Pengurusan dan pihak Pekerja, kepuasan hati, peningkatan daya pengeluaran, peningkatan kualiti kerja, penjimatan kos, kemajuan pekerja, sikap hormat menghormati, penyelesaian masalah, kesetiaan kepada organisasi dan perpaduan.
Tarikh kemas kini : Selasa, 12 Disember 2023
Total Views: 12317 ,