Dewan Bahasa dan Pustaka
Menu Tutup

Panduan Penyerahan Manuskrip Ke Dewan Bahasa Dan Pustaka

Jumlah pelawat : 232 , Pelawat hari ini : 1 

PENYEDIAAN MANUSKRIP

  1. Manuskrip hendaklah asli dan belum pernah diterbitkan. Penulis bertanggungjawab untuk mengesahkan keaslian manuskrip dan mendapatkan izin terbit bagi semua bahan dalam manuskrip yang memiliki hak cipta daripada pihak luar.
  2. Tatacara untuk menghantar artikel, esei, puisi atau bahan karya kreatif untuk majalah DBP.
  3. Manuskrip hendaklah dicetak jelas dengan menggunakan kertas putih saiz A4 yang berkualiti, sebelah muka surat dan dijilid. Manuskrip tulisan tangan tidak diterima.
  4. Manuskrip hendaklah lengkap mengandungi:
    • Halaman judul (mengandungi judul buku dan nama penulis)
    • Senarai kandungan
    • Dedikasi/Penghargaan (jika ada)
    • Kata pengantar (jika perlu)
    • Prakata 
    • Pendahuluan/Pengenalan (jika ada)
    • Seluruh bahan teks (termasuk ilustrasi atau brif ilustrasi bagi judul kanak-kanak)
    • Lampiran (jika ada)
    • Glosari (jika ada)
    • Bibliografi
    • Indeks
    • Ilustrasi/jadual/foto (jika berkaitan) – secara berasingan daripada teks atau meletakkan  terus di dalam teks
    • Biodata penulis

Anggaran jumlah halaman manuskrip adalah seperti yang berikut:

PENYERAHAN MANUSKRIP

Penulis hendaklah menyerahkan manuskrip berserta bahan iringan seperti yang berikut:

  • Surat iringan.
  • Salinan bercetak manuskrip.
  • Salinan lembut manuskrip (disimpan dalam DVD atau pemacu pena yang tidak akan dikembalikan).
  • Surat Perakuan Karya Asli (yang menyatakan karya ini milik penulis dan bukan hasil yang diciplak daripada karya orang lain).
  • Borang Biodata.
  • Surat Pengesahan Izin Terbit bahan yang memiliki hak cipta daripada pihak luar (jika berkaitan).
  • Surat kebenaran atau pelepasan daripada penaja atau universiti bagi manuskrip yang dihasilkan daripada tesis.
  • Ilustrasi asal dalam bentuk digital dan bercetak (jika berkaitan).

Apakah proses yang akan dilalui?

  • Manuskrip lengkap diterima oleh DBP.
  • Manuskrip didaftarkan di dalam Sistem Pengurusan Editorial (SPE).  Pendaftaran memerlukan nama penulis, alamat , e-mel dan nombor telefon penulis.
  • Penulis menerima Surat Perakuan Penerimaan Manuskrip.
  • Manuskrip dinilai pada peringkat awal oleh bahagian yang akan menanganinya (sama ada judul untuk peringkat dewasa, peringkat remaja, peringkat kanak-kanak) untuk dilihat kesesuaian sama ada boleh diterbitkan atau tidak. Penulis hendaklah bersedia untuk membuat penambahbaikan sekiranya diminta.
  • Jika manuskrip tidak sesuai untuk diterbitkan oleh DBP, surat penolakan akan diserahkan kepada penulis.
  • Jika manuskrip sesuai untuk diterbitkan, manuskrip tersebut akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Editorial (JKE) untuk mendapatkan kelulusan penerbitannya.
  • Penulis menandatangani dokumen Perjanjian Lesen Penerbitan yang mengandungi terma-terma tentang hak cipta dan royalti buku penulis. 

Maklumat tambahan:

  • Tempoh penerbitan sesebuah manuskrip mengikut Piagam Pelanggan DBP ialah dalam tempoh enam (6) bulan selepas kelulusan JKE. 
  • Bayaran royalti kepada penulis ialah sebanyak 12 peratus (buku umum) dan 20 peratus (buku ilmiah).
  • Penulis boleh menghantar manuskrip  ini kepada penerbit lain untuk dipertimbangkan penerbitannya jika manuskrip  ditolak secara rasmi oleh DBP.

Sebarang pertanyaan berhubung dengan manuskrip boleh diajukan kepada wakil bahagian seperti yang berikut:

Manuskrip dan bahan iringan boleh dihantar ke alamat seperti yang berikut dengan menyatakan bidang karya pada sudut kanan atas sampul surat:

Pengarah Penerbitan,
Jabatan Penerbitan,
Tingkat 10, Menara DBP,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa,
50460, Kuala Lumpur.

  • DBP tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan bahan dalam proses penghantaran.
  • DBP berhak menolak penghantaran manuskrip yang tidak lengkap.
  • Borang Biodata penulis boleh didapati daripada bahagian yang berkaitan.

Tarikh kemaskini : Rabu, 3 Ogos 2022

Total Views: 232 ,

MAKLUM BALAS

Skip to content