Dewan Bahasa dan Pustaka
Menu Tutup

Panduan Penghantaran Karya Atau Manuskrip Ke Dewan Bahasa Dan Pustaka

Jumlah pelawat : 242 , Pelawat hari ini : 1 

PANDUAN UMUM

  1. Karya (makalah, cerpen dan puisi) yang dihantar untuk diterbitkan oleh Bahagian Majalah hendaklah karya asli penulis.
  2. Karya yang ditulis hendaklah dalam bahasa Melayu.
  3. Karya yang mengandungi istilah hendaklah berdasarkan istilah yang ditetapkan oleh DBP.
  4. Karya hendaklah ditulis dalam bentuk penulisan untuk majalah, bukan bentuk penulisan kertas kerja atau seumpamanya.
  5. Karya yang tidak diterbitkan dalam bentuk majalah bercetak akan dipertimbangkan untuk diterbitkan dalam JendelaDBP (jendeladbp.my) dengan persetujuan penulis. Sekiranya penulis hanya mengizinkan karya tersebut diterbitkan melalui satu medium sahaja, sila nyatakan medium yang dipilih, iaitu sama ada BERCETAK atau DIGITAL.
  6. Setiap karya yang dihantar tidak boleh dihantar kepada penerbit lain.
  7. Setiap karya yang terpilih untuk disiarkan tertakluk pada dasar penerbitan DBP dan penulis akan dibayar honorarium mengikut kadar bayaran DBP.
  8. Penulis mestilah mengenal pasti majalah dan pembaca sasaran yang sesuai dengan karya yang ditulis.
  9. Sebaik-baiknya karya yang ditulis disertakan dengan foto (dalam format *.jpeg/*.png)ilustrasi, jadual, rajah dan sebagainya. Penulis juga digalakkan untuk mengirimkan video atau klip video berkaitan dengan makalah yang ditulis.
  10. Karya termasuklah bahan dalam format foto (dalam format *.jpeg/*.png), ilustrasi, jadual, rajah, klip video dan sebagainya yang hendak dihantar untuk terbitan DBP hendaklah:
    1. tidak melanggar, dengan apa jua cara mana-mana hak cipta yang ada, dan tidak mengandungi apa-apa perkara yang boleh menimbulkan bantahan atau melanggar mana-mana undang-undang; dan
    2. bebas daripada sentimen perkauman, tidak menghasut dan tidak menimbulkan prejudis terhadap mana-mana pihak.
  11. Hak cipta penerbitan bagi semua karya yang tersiar dalam majalah terbitan DBP adalah hak mutlak DBP, manakala penulis mempunyai hak cipta bagi manuskrip asal yang dihasilkan. Manuskrip asal adalah merujuk manuskrip mentah yang belum disunting oleh DBP yang dihasilkan oleh penulis dan dihantar kepada DBP.
  12. DBP mempunyai hak mutlak terhadap mana-mana penerbitan karya yang telah diterbitkan oleh DBP dalam majalah (bercetak atau digital) dalam apa-apa bahasa sama ada dilakukan oleh DBP atau pun pihak luar di dalam dan di luar negara yang melibatkan hak seperti yang berikut:
    1. Hak menterjemah karya tersebut ke dalam apa-apa jua bahasa lain daripada bahasa asal;
    2. Hak menyesuaikan, memendekkan, meringkaskan dan memperluas;
    3. Hak mengeluar ulang dan mencetak;
    4. Hak mempersirikan karya tersebut dalam akhbar dan/atau terbitan berkala dalam bentuk penerbitan bercetak dan/atau penerbitan elektronik; sama ada dalam bentuk asalnya atau dalam bentuk animasi, kartun, komik dan/atau bentuk penerbitan lain;
    5. Hak mementaskan karya tersebut;
    6. Hak memfilemkan karya tersebut; dan
    7. Hak menyiarkan karya tersebut melalui televisyen, dan/atau melalui apa-apa media elektronik secara sentuh, bunyi, pandang dan/atau pandang dengar.
  13. Karya yang dihantar tidak akan dikembalikan. Jika karya tidak disiarkan dalam tempoh enam bulan selepas tarikh penghantaran, karya itu dianggap tidak akan disiarkan. 

PANDUAN KHUSUS

  1. Penulisan karya perlu bertaip menggunakan komputer.
  2. Spesifikasi penulisan adalah seperti yang berikut:
    a. Makalah

    SPESIFIKASI

    MAJALAH BERCETAK

    E-MAJALAH

    Jumlah perkataan
    (Ms Word)
    1200 – 1700 perkataan 1300 – 1500 perkataan
    Jenis muka taip teks Arial Arial
    Saiz muka taip teks 12 12
    Kedudukan teks Langkau dua baris Langkau dua baris

    b. Cerpen

    SPESIFIKASI MAJALAH BERCETAK E-MAJALAH
    Jumlah halaman (Ms Word) 5 – 6 halaman
    (Dewan Pelajar)

    6 – 8 halaman

    (Tunas Cipta)

    8 – 10 halaman

    (Dewan Bahasa, Pelita Bahasa, Dewan Tamadun Islam, Dewan Siswa, Dewan Kosmik)

    10 – 12 halaman

    (dewan Budaya)

    8 – 25 halaman

    (Dewan sastera)

    6 – 8 halaman

    (Tunas Cipta)

     

    Jenis muka taip teks Arial Arial
    Saiz muka taip teks 12 12
    Kedudukan teks Langkau dua baris Langkau dua baris

    c. Puisi

    SPESIFIKASI

    MAJALAH BERCETAK

    E-MAJALAH
    Jumlah halaman (Ms Word) 1 – 2 halaman 1 – 2 halaman
    Jenis muka taip teks Arial Arial
    Saiz muka taip teks 12 12
    Kedudukan teks Langkau dua baris Langkau dua baris

 

PANDUAN PENGHANTARAN

  1. Berdasarkan panduan yang diberikan, penulis yang berminat untuk menyerahkan karya boleh mengirimkannya dengan butiran maklumat berikut:
    1. Nama penuh mengikut kad pengenalan
    2. Alamat surat-menyurat
    3. Nombor kad pengenalan
    4. Nombor dan nama akaun bank
    5. Alamat e-mel
    6. No. Telefon
  2. Karya yang tidak disertakan dengan butiran yang dinyatakan dalam perkara 1 (Panduan Penghantaran) tidak akan dipertimbangkan untuk penyiaran.
  3. Sebarang pertanyaan atau penghantaran karya boleh disalurkan secara terus melalui e-mel editor majalah seperti yang berikut: 
     Dewan Bahasa
    Puan Yusaida Yusof  yusaida@dbp.gov.my
     Dewan Sastera
    Encik Muhammad Fadhli Al-Akiti  fadhli@dbp.gov.my
     Dewan Masyarakat
    Puan Aninah Janang  aninah@dbp.gov.my
    *Dewan Pelajar
    Puan Shakira Khairudin  shakira@dbp.gov.my
    *Dewan Siswa
    Puan Shakira Khairudin  shakira@dbp.gov.my
    *Pelita Bahasa
    Puan Suria Janib  jsuria@dbp.gov.my
     Dewan Budaya
    Encik Muhammad Lutfi Zahid  lutfi@dbp.gov.my
     Dewan Kosmik
    Puan Ritah Yahya  ritah@dbp.gov.my
    Dewan Ekonomi
    Encik Abd. Kadir Mohd Ayub  abdkadir@dbp.gov.my
     Dewan Tamadun Islam
    Puan Marsilawati Mohamad Rani  marsila@dbp.gov.my
     Tunas Cipta
    Puan Siti Noorisa Abdul Khlil  sitinoorisa@dbp.gov.my
    Catatan: * Majalah ini tidak diterbitkan dalam JendelaDBP (format baharu e-majalah).

ALAMAT SURAT-MENYURAT

Sebarang surat-menyurat berkaitan dengan pengkaryaan hendaklah dialamatkan kepada:

Ketua Editor,
Bahagian Majalah, Aras 20,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.

PENYEDIAAN MANUSKRIP 

  1. Manuskrip hendaklah asli dan belum pernah diterbitkan. Penulis bertanggungjawab untuk mengesahkan keaslian manuskrip dan mendapatkan izin terbit bagi semua bahan dalam manuskrip yang memiliki hak cipta daripada pihak luar.
  2. Manuskrip perlu ditaip langkau dua baris dengan menggunakan perisian MS Word dan jenis muka taip Times New Roman atau Arial bersaiz 12 poin.
  3. Manuskrip hendaklah dicetak jelas dengan menggunakan kertas putih saiz A4 yang berkualiti, sebelah muka surat dan dijilid. Manuskrip tulisan tangan tidak diterima.
  4. Manuskrip hendaklah lengkap mengandungi:
  • Halaman judul (mengandungi judul buku dan nama penulis)
  • Senarai kandungan
  • Dedikasi/Penghargaan (jika ada)
  • Kata pengantar (jika perlu)
  • Prakata
  • Pendahuluan/Pengenalan (jika ada)
  • Seluruh bahan teks (termasuk ilustrasi atau brif ilustrasi bagi judul kanak-kanak)
  • Lampiran (jika ada)
  • Glosari (jika ada)
  • Bibliografi
  • Indeks
  • Ilustrasi/jadual/foto (jika berkaitan) - secara berasingan daripada teks atau meletakkan  terus di dalam teks
  • Biodata penulis

Anggaran jumlah halaman manuskrip adalah seperti yang berikut:

Bil.

Manuskrip

Anggaran Jumlah Halaman

1. Buku Umum/Ilmiah

150 hlm. ke atas

2.

Novel Dewasa

200 hlm. ke atas

3.

Cerpen Dewasa

150 hlm. ke atas (minimum 20 cerpen)

4. Drama Dewasa

200 hlm. ke atas (minimum 5 skrip drama)

5.

Puisi Dewasa

70 hlm. ke atas atau 70 buah puisi

6. Novel Remaja

150 hlm. ke atas

7. Puisi Remaja

Maksimum 50 puisi

8.

Novel Kanak-kanak

  100 – 150 hlm.

9. Puisi Kanak-kanak

Maksimum 50 puisi

10.

Buku Bergambar Kanak-kanak

8 hlm./16 hlm./24 hlm./32 hlm.
berserta ilustrasi lengkap dan dua contoh ilustrasi yang telah diwarnakan

11.

Buku Berilustrasi Kanak-kanak

48 hlm.
berserta ilustrasi lengkap dan dua contoh ilustrasi yang telah diwarnakan

12.

Buku Infografik Kanak-kanak

32 hlm./48 hlm.
berserta rajah/gambar foto/ilustrasi lengkap

 

PENYERAHAN MANUSKRIP 

Penulis hendaklah menyerahkan manuskrip berserta bahan iringan seperti yang berikut:

  1. Surat iringan.
  2. Salinan bercetak manuskrip.
  3. Salinan lembut manuskrip (disimpan dalam DVD atau pemacu pena yang tidak akan dikembalikan).
  4. Surat Perakuan Karya Asli (yang menyatakan karya ini milik penulis dan bukan hasil yang diciplak daripada karya orang lain).
  5. Borang Biodata.
  6. Surat Pengesahan Izin Terbit bahan yang memiliki hak cipta daripada pihak luar (jika berkaitan).
  7. Surat kebenaran atau pelepasan daripada penaja atau universiti bagi manuskrip yang dihasilkan daripada tesis.
  8. Ilustrasi asal dalam bentuk digital dan bercetak (jika berkaitan).

Apakah proses yang akan dilalui?

  1. Manuskrip lengkap diterima oleh DBP.
  2. Manuskrip didaftarkan di dalam Sistem Pengurusan Editorial (SPE).
    Pendaftaran memerlukan nama penulis, alamat , e-mel dan nombor telefon penulis.
  3. Penulis menerima Surat Perakuan Penerimaan Manuskrip.
  4. Manuskrip dinilai pada peringkat awal oleh bahagian yang akan menanganinya (sama ada judul untuk peringkat dewasa, peringkat remaja, peringkat kanak-kanak) untuk dilihat kesesuaian sama ada boleh diterbitkan atau tidak. Penulis hendaklah bersedia untuk membuat penambahbaikan sekiranya diminta.
  5. Jika manuskrip tidak sesuai untuk diterbitkan oleh DBP, surat penolakan akan diserahkan kepada penulis.
  6. Jika manuskrip sesuai untuk diterbitkan, manuskrip tersebut akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Editorial (JKE) untuk mendapatkan kelulusan penerbitannya.
  7. Penulis menandatangani dokumen Perjanjian Lesen Penerbitan yang mengandungi terma-terma tentang hak cipta dan royalti buku penulis.

Maklumat tambahan:

  • Tempoh penerbitan sesebuah manuskrip mengikut Piagam Pelanggan DBP ialah dalam tempoh enam (6) bulan selepas kelulusan JKE.
  • Bayaran royalti kepada penulis ialah sebanyak 12 peratus (buku umum) dan 20 peratus (buku ilmiah).
  • Penulis boleh menghantar manuskrip  ini kepada penerbit lain untuk dipertimbangkan penerbitannya jika manuskrip  ditolak secara rasmi oleh DBP.
 

Sebarang pertanyaan berhubung dengan manuskrip boleh diajukan kepada wakil bahagian seperti yang berikut:

Bidang

Bahagian

Umum
Ilmiah

Ketua Editor,
Bahagian Buku Umum, Aras 13
03-21479585
azahari@dbp.gov.my

Sastera

Ketua Editor,
Bahagian Buku Sastera, Aras 10
03-21479697
nurjulia@dbp.gov.my
Bahasa Ketua Editor,
Bahagian Buku Bahasa, Aras 26
03-21479254
tengku@dbp.gov.my

Kanak-kanak
Remaja

Ketua Editor,
Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja, Aras 19
03-21479252
mariati@dbp.gov.my

Manuskrip dan bahan iringan boleh dihantar ke alamat seperti yang berikut dengan menyatakan bidang karya pada sudut kanan atas sampul surat:

Pengarah Penerbitan,
Jabatan Penerbitan,
Tingkat 10, Menara DBP,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa,
50460, Kuala Lumpur.

*DBP tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan bahan dalam proses  penghantaran.
*DBP berhak menolak penghantaran manuskrip yang tidak lengkap.
*Borang Biodata penulis boleh didapati daripada bahagian yang berkaitan.

Tarikh kemaskini : Khamis, 4 Ogos 2022

Total Views: 242 ,

MAKLUM BALAS

Skip to content