Dewan Bahasa dan Pustaka
Menu Tutup

Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA)

MASTERA atau Majlis Sastera Asia Tenggara adalah sebuah majlis yang merancang dan memantau perkembangan Sastera Melayu/Indonesia di rantau ini. Penubuhan MASTERA telah dipersetujui pada asasnya oleh tiga negara pendiri Iaitu Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia dalam Kongres Bahasa Melayu Sedunia pada 25 Ogos 1995. MASTERA telah diputuskan sebagai sebuah majlis serantau yang mewakili lembaga pemerintah setiap negara anggota. Keanggotaannya terdiri daripada tiga kelompok, iaitu negara pendiri, negara ahli dan negara pemerhati.Penubuhan MASTERA telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, YB Datuk Khalid Yunus, sempena Majlis Pelancaran MASTERA dan Sidang Ke-1 MASTERA di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada 12 Ogos 1996. Majlis turut disaksikan oleh wakil-wakil dari negara Singapura, Filipina, Thailand dan Vietnam.

Tarikh kemas kini : Selasa, 12 Disember 2023

Total Views: 4155 ,

MAKLUM BALAS

Skip to content