PENGENALAN
- Jawatankuasa ini ditubuhkan pada 23 Disember 1972, sebagai hasil daripada persetujuan dalam Pernyataan Bersama antara Indonesia dengan Malaysia yang telah ditandatangani oleh Yang Berhormat Encik Hussein Onn, Menteri Pelajaran Malaysia dan Bapak Mashuri S.H., Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia pada 23 Mei 1972 di Jakarta, Indonesia.
- Susulan daripada persetujuan tersebut, Majlis Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM) ditubuhkan. MBIM menjadi pada 29 Disember 1972, Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) apabila negara Brunei Darussalam menganggotai Majlis ini pada 4 November 1985.
- Nama jawatankuasa ini ialah Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu, singkatannya JKTBM yang sebelumnya pada 3 November 1992 dikenal sebagai Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia.
- Antara fungsi utama jawatankuasa ini ialah sebagai badan penyelaras aktiviti kebahasaan MABBIM bagi pihak Malaysia.
FUNGSI
Jawatankuasa ini berperanan menasihati kerajaan berkaitan dengan dasar dan perancangan bahasa kebangsaan.Â
KEANGGOTAAN
Ahli Jawatankuasa ini dianggotai dan dilantik oleh Menteri Pendidikan Malaysia yang terdiri daripada 18 orang ahli:
- Pengerusi (Ketua Pengarah DBP)
- Timbalan Pengerusi (Timbalan Ketua Pengarah (Dasar)
- Setiausaha (mana-mana Pengarah Jabatan yang dilantik oleh Ketua Pengarah DBP)
- Kementerian Pendidikan Malaysia (Bahagian Pembangunan Kurikulum, Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Majlis Peperiksaan Malaysia)
- Kementerian Pendidikan Tinggi
- Jabatan Peguam Negara
- Pakar dalam bidang bahasa dan linguistik Melayu, pendidikan dan terjemahan serta mempunyai iltizam yang tinggi untuk kemajuan bahasa Melayu.
Tempoh keanggotaan seseorang yang dilantik adalah selama dua (2) tahun.
HASIL JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU
1. Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) Jilid I A-K (2006)
2. Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) Jilid I L-Z
3. Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) Edisi Kedua (2016)
4. Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu (1992)
5. Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (2004)
6. Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (Edisi Baharu)
7. Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia (1975)
8. Pedoman Transliterasi Huruf Arab Ke Huruf Rumi (1992)
9. Panduan Penyusunan Kamus Istilah (1992)
10. Pedoman Transliterasi Perkataan Arab Ke Ejaan Rumi (Edisi Kedua)
11. Daftar Ejaan Rumi Jawi (1988)
12. Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (Edisi Kedua) (1996)
15. Daftar Istilah MBIM (Istilah Sumber –Istilah Malaysia) A-J (1987)
16. Daftar Istilah MBIM (Istilah Sumber –Istilah Malaysia) (1986)
17. Daftar Istilah MABBIM (1985-1992)
- CERAMAH UMUM JKTBM 2023
AHLI JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU MALAYSIA (2024-2026)
Â
BIL. | NAMA/INSTITUSI | KEANGGOTAAN |
1. | Dr. Hazami bin Jahari Ketua Pengarah | Pengerusi |
2. | Tuan Haji Md Johari bin Hasan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) | Timbalan Pengerusi |
3. | Tuan Haji Mohd Salahuddin bin Dato’ Paduka Mohamed Pengarah Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera | Setiausaha |
4. | Puan Hajah Nooraini binti Kamaruddin Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum | Ahli |
5. | Tuan Haji Roslan Bin Abu Hassan Pengarah Peperiksaan | Ahli |
6. | Encik Adnan bin Husin Ketua Eksekutif | Ahli |
7. | Puan Isma Juliana binti Ishak Timbalan Penggubal Undang-Undang Parlimen II | Ahli |
8. | Dr. Zaharani bin Ahmad | Ahli |
9. | Prof. Dr. Abdul Rasid bin Jamian Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) | Ahli |
10. | Prof. Madya Dr. Adi Yasran bin Abdul Aziz Universiti Putra Malaysia (UPM) | Ahli |
11. | Encik Ismail bin Dahaman | Ahli |
12. | Prof. Dato’ Dr. Imran Ho Abdullah @ Ho Yee Beng | Ahli |
13. | Prof. Madya Dr. Saidatul Nornis binti Haji Mahali Universiti Malaysia Sabah (UMS) | Ahli |
14. | Dr. Zuraini binti Seruji Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) | Ahli |
15. | Puan Nor Azizah binti Abu Bakar | Ahli |
16. | Prof. Dr. Vijayaletchumy a/p Subramaniam Universiti Putra Malaysia (UPM) | Ahli |
17. | Encik Alex Leong Jun Wei Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama | Ahli |
18. | Kementerian Pendidikan Tinggi | Ahli |
URUS SETIA
Puan Nor Atikah binti Buang
Bahagian Peristilahan dan Leksikologi
Dewan Bahasa dan Pustaka
Telefon: 03-2147 9162
E-mel: noratikah@dbp.gov.my
Puan Mariam Nur Iffah binti Mohd Kamil
Bahagian Peristilahan dan Leksikologi
Dewan Bahasa dan Pustaka
Telefon: 03-2147 9726
E-mel: nur_iffah@dbp.gov.my