Dewan Bahasa dan Pustaka
Menu Tutup

Hadiah Sastera Perdana Malaysia

Hadiah Sastera Perdana Malaysia memberikan pengiktirafan bertaraf nasional kepada karya sastera tanah air yang bermutu yang terbit/tersiar dalam tahun penilaian. Gagasan awal pemberian hadiah kepada karya sastera tercetus hasil daripada laporan Jemaah Hakim Peraduan Mengarang Novel 10 Tahun Merdeka pada tahun 1970. YAB Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah menubuhkan sebuah panel penilai dengan tugas-tugas khas pada 24 Julai 1971 untuk menilai karya sastera bagi tujuan pengiktirafan. Hadiah berprestij yang dilaksanakan pada setiap tahun ini dikenali sebagai Hadiah Karya Sastera pada tahun 1971 (1971-1976). Pemberian hadiah ini terhenti sementara pada tahun 1977 hingga 1980. DBP yang mewakili kerajaan Malaysia mengambil inisiatif meneruskan kesinambungan untuk menilai karya sastera pada tahun 1981. Pemberian hadiah ini dilaksanakan secara dwitahunan dan dikenali sebagai Hadiah Sastera Malaysia (1981-1995). Hadiah ini kemudiannya dinaik taraf dan diberikan nama baharu, iaitu Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) mulai tahun 1996.

Tarikh kemas kini : Jumaat, 22 Disember 2023

Total Views: 3727 ,

MAKLUM BALAS

Skip to content