PENGENALAN
Penubuhan Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) pada 12 Ogos 1996, di Kuala Lumpur, Malaysia bertujuan untuk mewujudkan kerjasama antara negara rantau ini demi membina dan mengembangkan sastera berbahasa Melayu/Indonesia. Salah satu program Nusantara, sebagaimana yang termaktub dalam Deklarasi MASTERA, ialah Hadiah Sastera MASTERA. Hadiah ini adalah salah satu bentuk inisiatif yang dipersetujui oleh ketiga-tiga negara anggota pendiri, iaitu Malaysia, Negara Brunei Darussalam dan Indonesia bagi memenuhi pernyataan yang berikut;
“Mengusahakan peluang-peluang bersama untuk para sasterawan memajukan bakat, penterjemahan penerbitan dan pengiktirafan terhadap pencapaian mutu ciptaan sastera”
Tujuan:
- Mengenal pasti karya-karya sastera bermutu dalam pelbagai genre yang asli ditulis dalam bahasa Melayu/Indonesia atau diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu di negara-negara rantau Asia Tenggara
- Memberikan pengiktirafan bertaraf rantau kepada bermutu dan kepada para penulis yang menghasilkannya dalam sesuatu tahun penilaian
Bidang Penilaian: (Karya Perseorangan)
Kumpulan puisi:
- Kumpulan cerpen
- Novel
- Drama pentas
- Kajian sastera / kumpulan esei kritik
Setiap negara akan memilih tiga(3) karya terbaik yang mewakili lima(5) genre tersebut untuk dinilai di Peringkat Rantau.
- Mastera Malaysia akan membentuk Panel Induk yang terdiri daripada wakil dari ketiga-tiga negara pendiri dan Singapura(sebagai wakil negara pemerhati)untuk memilih seorang pemenang dari setiap negara.
- Setiap pemenang akan menerima hadiah sebanyak RM10,000.00 berserta sijil dan plak
HADIAH SASTERA MASTERA 1999
Majlis Penyampaian Hadiah Sastera MASTERA telah disempurnakan oleh Y.B Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar, Menteri Luar Negeri pada 25 Ogos 1999 di Hotel Istana, Kuala Lumpur sempena Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Bandingan 25-27 Ogos 1999.
Penerima Hadiah Sastera MASTERAÂ 1999
HADIAH SASTERA MASTERA 2001
HADIAH SASTERA MASTERA 2001 Majlis Penyampaian Hadiah Sastera MASTERA telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Malaysia Tan Sri Datuk Musa Mohamed yang mewakili Perdana Menteri Malaysia,Dato Seri Mahathir Mohamad pada 26 Ogos 2001 di Hotel Istana, Kuala Lumpur sempena Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Asia Tenggara Ke-2
Penerima Hadiah Sastera MASTERAÂ 2001
HADIAH SASTERA MASTERA 2003
Mulai tahun 2003 ada sedikit perubahan dalam dasar pelaksanaan Hadiah Sastera MASTERA. Kali ini hadiah dibahagi kepada dua(2) kategori iaitu Karya Kreatif dan Karya Bukan Kreatif. Mulai tahun 2005 diadakan pula hadiah penghargaan sekiranya
ada karya yang layak.
Majlis Penyampaian Hadiah Sastera MASTERA telah disempurnakan oleh Y.B.Dato? Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Malaysia pada 22 September 2003 di Hotel Grand Maya, Kuala Lumpur sempena Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Asia Tenggara Ke-3.
Penerima Hadiah Sastera MASTERA 2003
Tarikh kemas kini : Jumaat, 22 Disember 2023