Dewan Bahasa dan Pustaka
Menu Tutup

Bahan Multimedia Untuk Sekolah

Laman web ini disediakan untuk menyokong kandungan yang terdapat dalam Buku Teks dan Buku Aktiviti bagi mata pelajaran Pendidian Seni Kreatif Tahap 1 (Pendidian Khas).
Berikut adalah perincian kod bagi Buku Pendidikan Seni Kreatif Tahap 1 (Seni Muzik)
  • T : Tahun contoh : T1 = Tahun 1
  • U : Unit contoh : U2 = Unit 2
    vokal : muzik berserta nyanyian lagu
  • instrumental : muzik berserta iringan melodi lagu
  • latihan detik : latihan perkusi yang mewakili detik lagu atau suku kata mengikut melodi
  • latihan detik pertama : muzik instrumental yang mempunyai iringan pada detik yang pertama mengikut lirik
  • latihan detik ketiga : muzik instrumental yang mempunyai iringan pada detik yang ketiga mengikut lirik
  • minus-satu : muzik tanpa iringan melodi
  • perkusi : mewakili alat perkusi mengiringi lagu
  • tempo cepat : lagu yang dimainkan dengan kadar cepat
  • tempo lambat : lagu yang dimainkan dengan kadar lambat
Pengenalan
Laman web ini disediakan untuk menyokong kandungan yang terdapat dalam Buku Teks dan Buku Aktiviti bagi mata pelajaran Pendidian Seni Kreatif Tahap 1 (Pendidian Khas).
Berikut adalah perincian kod bagi Buku Pendidikan Seni Kreatif Tahap 1 (Seni Muzik)
T : Tahun contoh : T1 = Tahun 1
U : Unit contoh : U2 = Unit 2
vokal : muzik berserta nyanyian lagu
instrumental : muzik berserta iringan melodi lagu
latihan detik : latihan perkusi yang mewakili detik lagu atau suku kata mengikut melodi
latihan detik pertama : muzik instrumental yang mempunyai iringan pada detik yang pertama mengikut lirik
latihan detik ketiga : muzik instrumental yang mempunyai iringan pada detik yang ketiga mengikut lirik
minus-satu : muzik tanpa iringan melodi
perkusi : mewakili alat perkusi mengiringi lagu
tempo cepat : lagu yang dimainkan dengan kadar cepat
tempo lambat : lagu yang dimainkan dengan kadar lambat
  • Tahun 1 Unit 5
  • Tahun 1 Unit 6
  • Tahun 1 Unit 7
  • Tahun 1 Unit 8
  • Tahun 2 Unit 5
  • Tahun 2 Unit 6
  • Tahun 2 Unit 7
  • Tahun 2 Unit 8

 

  • Tahun 3 Unit 5
  • Tahun 3 Unit 6
  • Tahun 3 Unit 7
  • Tahun 3 Unit 8

Panduan :

1. Sila bawa tetikus kepada hujung "Mainkan lagu" dan klik sebelah kanan tetikus

2. Pilih " Save target as"

3. Masukan nama fail

4. dan jenis fail wma atau mp3

5. Tekan butang "Save"

6. Tekan Open untuk dengar lagu

Pihak kami berharap agar pihak guru dan murid dapat menggunakan laman web ini seoptimum mungkin.Sekian, terima kasih.

Dunia Sains dan Teknologi

Laman web ini disediakan untuk menyokong kandungan yang terdapat dalam Buku Teks dan Buku Aktiviti bagi mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi KSSR Tahun 1. Laman web ini mengandungi nota-nota dan aktiviti-aktiviti tambahan untuk guru dan murid.

Laman web ini telah disusun mengikut muka surat dan unit-unit tertentu, selari dengan kandungan dalam Buku Teks. Nota-nota yang terkandung dalam laman web ini terdiri daripada nota-nota tambahan bagi segmen Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), serta aktiviti-aktiviti tambahan yang menarik minat guru dan murid.

Diharapkan agar pihak guru dan murid dapat menggunakan laman web ini seoptimum mungkin.

Tahun 1

Unit 6 - Hidung Untuk Menghidu

Muka Surat 56 - Untuk Murid

Aktiviti Reka Bentuk - Penyaman Udara

Kamu boleh membuat penyaman udara sendiri dengan menggunakan buah oren dan bunga cengkih. Penyaman udara ini sesuai diletakkan di atas meja supaya bilik berbau wangi.

Bahan:
Sebiji buah oren.
Segenggam bunga cengkih.

Rajah 1: Bunga cengkih dan buah oren.

Langkah-langkah:
1. Cucuk bunga cengkih pada kulit buah oren.
2. Penuhkan bunga cengkih pada kulit buah oren tersebut.

Rajah 2: Cucuk bunga cengkih pada kulit buah oren.

Rajah 3: Penyaman udara yang telah siap.

Cadangan:
Kamu boleh hiaskan penyaman udara ini dengan mencucuk buah cengkih mengikut bentuk yang menarik. Anda juga boleh gantikan buah oren dengan buah lemon atau limau nipis.

Muka Surat 60 - Untuk Guru

Nota tambahan untuk guru mengenai Microsoft PowerPoint. Terdapat dua versi nota yang disediakan, iaitu versi Microsoft Office XP dan versi Microsoft Office 2007.

TMK - Mari Buat Persembahan (Versi Microsoft Office XP)
TMK - Mari Buat Persembahan (Versi Microsoft Office 2007)

Unit 8 - Kulit Untuk Menyentuh Dan Merasa

Muka Surat 70 - Untuk Guru

Terdapat pelbagai maklumat dan aktiviti tambahan untuk rujukan guru mengenai deria sentuh dan deria rasa: http://www.cln.org/themes/touch.html

Muka Surat 70 - Untuk Murid

  1. Rancangan pengajaran yang sesuai untuk rujukan guru. Aktiviti untuk murid meneroka deria sentuh:http://www.lessonplanspage.com/ScienceLAExploringSenseOfTouch1.htm
  2. Aktiviti tambahan untuk murid yang perlu dijalankan oleh dua orang murid. Aktiviti ini bertujuan untuk menguji deria rasa: http://experimentopia.org/?/experiment/testing_your_sense_of_touch/

Muka Surat 74 - Untuk Guru

TMK - Mari Cari Imej

Ada banyak gambar yang boleh didapati melalui Internet. Untuk mencari dan memaparkan gambar yang dikehendaki, kamu perlu mengetahui alamat Internet bagi gambar tersebut. Kamu boleh membuat carian gambar melalui Internet menggunakan enjin carian. Untuk mencari gambar melalui Internet, ikuti langkah berikut:

  1. Pilih sebarang perisian pelayar web, misalnya Microsoft Internet Explorer.
  2. Taipkan alamat enjin carian, misalnya http://images.google.com.my ke dalam medan Address.
  3. Tekan Enter.
  4. Laman enjin carian dipaparkan. Taipkan nama gambar yang kamu ingin paparkan ke dalam Medan Search. Kamu boleh menggunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Laman ini dilengkapi dengan penterjemah dalaman yang boleh memahami kata kunci dalam Bahasa Malaysia.
  5. Klik Search Images.

Rajah 1: Laman Google Images.

  1. Gambar yang sepadan dengan nama gambar yang kamu taip akan dipaparkan dalam bentuk thumbnail. Klik pada thumbnailyang anda ingin paparkan.

Rajah 2: Google Images memaparkan thumbnail yang sepadan dengan nama gambar yang kamu taip.

  1. Gambar yang dipilih dipaparkan.

Unit 9 - Telinga Untuk Mendengar

Muka Surat 77 - Untuk Murid

Unit 10 - Menggunakan Semua Deria

Muka Surat 81-86 - Untuk Guru

Beberapa contoh rancangan pengajaran untuk rujukan guru yang boleh dijadikan bahan untuk P & P:http://kidshealth.org/classroom/prekto2/body/functions/senses.pdf

Muka Surat 81-86 - Untuk Murid

  1. Bahan yang sesuai dicetak untuk aktiviti pelajar: http://www.nps.gov/blca/forteachers/upload/senses.pdf
  2. Murid boleh membuat latihan tambahan berkaitan unit ini dari laman web berikut: http://www.tlsbooks.com/beginningsciencesenses.pdf

Unit 11 - Timbul Dan Tenggelam

Muka Surat 87-91 - Untuk Murid

Aktiviti interaktif untuk murid menguasai konsep timbul dan tenggelam: http://www.bbc.co.uk/schools/digger/5_7entry/8.shtml

Tahun 2

Kandungan yang terdapat dalam Buku Teks dan Buku Aktiviti bagi mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi KSSR Tahun 2. Laman web ini mengandungi nota-nota dan aktiviti-aktiviti tambahan untuk guru dan murid.

Unit 1 - Manusia

Muka Surat 5 (Buku Teks)

Muat turun perincian kaedah "think-pair-share". Muat turun

Sumber: Susan Ledlow, Universiti Arizona.

Muka Surat 22 (Buku Teks)

Muat turun imej untuk disisipkan ke dalam jadual. Muat turun

Unit 3 - Tumbuhan

Muka Surat 75 (Buku Teks)

<!--Muat turun video tentang pertumbuhan pokok jagung. Muat turun-->

(Dipetik daripada laman web Youtube http://www.youtube.com/watch?v=iFCdAgeMGOA)

Unit 4 - Terang Dan Gelap

<!--Muka Surat 81 (Buku Teks)

Muat turun perincian kaedah "Round Robin". Muat turun -->

Muka Surat 83 (Buku Teks)

a) Muat turun irama ‘Nenek-nenek Si Bongkok Tiga' untuk menyanyikan lagu 'Kembar Gelap'. Muat turun
b) Lawati lawan web berikut untuk mencari maklumat tentang 'silhoutte'.

http://en.wikipedia.org/wiki/Silhouette

http://www.ehow.com/facts_4869788_what-silhouette.html

<!--Muka Surat 54 (Buku Aktiviti)

Muat turun imej untuk disisipkan ke dalam jadual pada Aktiviti 4. Muat turun-->

Tahun 3

Unit 2 - Manusia

Muka Surat 18 (Buku Teks)

Jawapan bagi soalan dalam penyendal KBKKI

"Mengapakah set gigi kekal menggantikan set gigi susu apabila kita dewasa?"

Jawapan:

"Gigi kekal tidak boleh tumbuh pada awal usia kanak-kanak (6 bulan - 6 tahun) kerana panjang rahang pada ketika itu tidak boleh menyediakan ruang yang mencukupi untuk menampung bilangan gigi yang banyak dan saiz gigi yang lebih besar. Oleh itu, gigi susu akan tumbuh dahulu dan panjang rahang akan bertambah mengikut usia seorang kanak-kanak. Gigi kekal akan menggantikan gigi susu satu persatu ketika kanak-kanak mulai berusia enam tahun sehinggalah lengkap menjadi 32 batang."

Unit 3 - Haiwan

Muka Surat 36 (Buku Teks)

(TMK) Contoh video kucing untuk aktiviti menyisip video. -Muat turun-

Muka Surat 37 (Buku Teks)

(TMK) Contoh imej daun dan siput untuk aktiviti membuat animasi. -Imej daun- -Imej siput-

Muka Surat 41 (Buku Teks)

Jawapan bagi soalan dalam penyendal KBKKI

"Beruang panda tergolong dalam kumpulan haiwan karnivor. Namun, beruang panda hanya memakan buluh. Mengapa?"

Jawapan:

http://pandasinternational.org/giantpanda.html

http://www.veggieboards.com/t/133325/pandas-are-classified-as-carnivores-a-look-at-diet-evolution-and-design

http://www.blurtit.com/q6140040.html

http://www.wildlifeextra.com/go/news/panda

Muka Surat 46 (Buku Teks)

Imej sebenar pokok dokong, pokok bunga balong ayam dan pokok akar banar. -Imej pokok dokong- -Imej pokok bunga balong ayam- -Imej pokok akar banar

Unit 5 - Magnet

Muka Surat 68 (Buku Teks)

Maklumat lanjut cara kompas berfungsi. -Muat turun-

Sumber: Nota kuliah Kompas, Trigonometri dan Membuat Rintisan (Universiti Kebangsaan Malaysia)

Unit 7 - Tanah

Muka Surat 68 (Buku Teks)

Maklumat lanjut cara kompas berfungsi. -Muat turun-

Sumber: Nota kuliah Kompas, Trigonometri dan Membuat Rintisan (Universiti Kebangsaan Malaysia)

Unit 8 - Asas Teknologi

Muka Surat 71 (Buku Aktiviti)

Gambar foto manual model lif. -Muat turun-

Muka Surat 106 (Buku Teks)

Gambar foto contoh model lain yang dibina daripada set binaan Wawasan.

-Kereta Berantai- -Kren Pencakar Langit- -Tiang Gemilang- -Win Tunda- -Kereta Kabel-

Laman web ini disediakan untuk menyokong kandungan yang terdapat dalam Buku Teks dan Buku Aktiviti bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 3 Sekolah Kebangsaan (SK). Laman web ini telah disusun mengikut muka surat dan unit-unit tertentu, selari dengan kandungan dalam Buku Teks dan Buku Aktiviti bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 3 SK yang diterbitkan oleh DBP. Pihak kami berharap agar pihak guru dan murid dapat menggunakan laman web ini seoptimum mungkin.
Sekian, terima kasih.

Nama subjek:
Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar (Masalah Pembelajaran) Tahun 4

Bahan :

Bunyi Haiwan

Halaman 15

Maklumat tentang Bentuk Muka Bumi

Halaman 28

Lagu “Tanggal 31”

Tarikh kemas kini : Jumaat, 22 Disember 2023

Total Views: 1151 ,

MAKLUM BALAS

Skip to content