Anugerah Sastera Negara dikurniakan oleh Kerajaan Malaysia kepada sasterawan yang menulis dalam bahasa Melayu dan menurut pendapat panel telah memberikan sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan kesusasteraan tanah air melalui ciptaan yang bermutu tinggi.Penerima akan menerima penghargaan dan penghormatan negara yang diberi dan dinyatakan dalam bentuk:
- Warkah Penghormatan Negara;
- Wang tunai sebanyak RM60 000.00;
- Penerbitan sebanyak 50 000 naskhah buku atau nilai harga buku berjumlah maksimum RM500 000.00 untuk dibeli oleh kerajaan dan disebarkan dengan luasnya ke sekolah, perpustakaan, jabatan, dan agensi kerajaan;
- Kemudahan perubatan percuma dalam wad kelas satu di mana-mana hospital kerajaan;
- Kemudahan untuk kegiatan mencipta karya sastera;
- Kemudahan untuk penerbitan karya;
- Penterjemahan karya yang sesuai ke dalam bahasa asing; dan
- Elaun Sara Hidup sebanyak RM5000.00 sebulan.
SENARAI PENERIMA ANUGERAH SASTERA NEGARA

SN (Dr.) Kamaludin Muhammad (Keris Mas)


SN Prof. Emeritus Dato’ Dr. Shahnon Ahmad


SN Dato’ (Dr.) Usman Awang


SN Dato’ Seri (Dr.)A. Samad Said


SN (Dr.) Muhammad Abdul Biang (Arena Wati)


SN Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh


SN Dato’ Noordin Hassan


SN Dato’ Abdullah Hussain


SN Dr. Syed Othman Syed Omar (S. Othman Kelantan)


SN Dato’ Dr. Mohd Anuar bin Haji Rethwan (Anwar Ridhwan)


SN Dato’ Dr. Ahmad Khamal Abdullah (Kemala)


SN Dato’ (Dr.) Baharuddin Zainal
(Baha Zain)


SN Dato’ Dr. Zurinah Hassan


SN Datuk Dr. Siti Zainon Ismail


SN Dato’ Rahman Shaari
Tarikh kemas kini : Rabu, 27 Disember 2023
Total Views: 10716 ,