Dewan Bahasa dan Pustaka
Menu Tutup

DBP Sah Bahasa

PENGESAHAN BAHASA DALAM BAHASA MELAYU

Sistem DBP Sah Bahasa ini merupakan salah satu perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka khusus untuk pertanyaan tentang penggunaan
bahasa kebangsaan pada iklan, iaitu papan iklan dan papan tanda. Perkhidmatan ini dapat dicapai oleh pelanggan web, khususnya petugas DBP, pihak berkuasa
tempatan (PBT) dan agensi pengiklanan.

Sistem ini turut boleh dicapai oleh PBT untuk memastikan status pengesahan iklan yang dimohon. Sistem ini menjadikan perkhidmatan yang diberikan oleh DBP lebih
cepat, cekap dan cemerlang kepada masyarakat.

Pengesahan Penggunaan Bahasa Melayu
Pengesahan penggunaan bahasa Melayu pada iklan, papan tanda, penamaan dan dokumen.

Papan Tanda

Pengesahan bahasa Melayu yang digunakan pada papan tanda perniagaan untuk permohonan lesen kepada pihak PBT.

Iklan

Pengesahan bagi penggunaan bahasa Melayu dalam iklan secara cetakan dan elektronik.

Penamaan

Pengesahan nama pembangunan, seperti bangunan, kawasan perumahan, tempat awam dan jalan.

Penyemakan Dokumen

Pengesahan penggunaan bahasa Melayu dalam dokumen rasmi dan umum

Sila klik di sini untuk ke sistem

Tarikh kemas kini : Selasa, 12 Disember 2023

Total Views: 16387 ,

MAKLUM BALAS

Skip to content