Dewan Sastera Oktober 2008

 

 MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 

Daripada Editor
Sastera dan Pembinaan Modal Insan
Padilah Haji Ali

Surat Kepada Editor
Mempopularkan Sastera
Ahmad Sahidah

 Tanggungjawab Mereka yang Berjawatan 
Yusmiyani Yusoff

Monolog Kecil
Menemukan Pengertian antara Seniman dengan Ilmuan
Baha Zain

Daripada Jabatan Sastera
Akademi Sastera 2008: Pembina Kritikan Sastera
Azizah Ahmad

Analisis Puisi
Merungkai Sensitiviti dan Pengalaman
Arba'ie Sujud

Karyawan Bulan Ini
Mabulmaddin Shaidin Ingin Bebas Rahsia Rasa Hati
Asmayati

Fokus
Memperkasa dan Melestarikan Sastera Tradisi Sabah
Lokman Abdul Samad

Teater dalam Pendidikan: Mengurangkan Jurang dalam Kalangan Generasi Muda
Zalila Sharif

Reaksi
Kekasih dan Serigala dalam Sajak "Seperti Penyair" Karya Baha Zain
Rahman Shaari

Selingkar Bundaran Kata
Mengempiskan Mitos di Yogyakarta
Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara) 

Pabila Hujan Turun
Seorang Sasterawan, Setitik Hujan
Shahnon Ahmad
(Sasterawan Negara)

Sastera Tradisional
Syair yang Hilang Kelunakannya
Noriah Taslim

Sastera Antarabangsa
Dr. Mohammad Rasyad al-Hamzawi Pejuang Bangsa dan Kesusasteraan Arab
Hafid Imam Iman

Kalam Pujangga
Perkembangan Awal Kesusasteraan Melayu
S. Othman Kelantan (Sasterawan Negara)

Analisis Cerpen
Petak-petak Cinta Mempertalikan Hubungan Manusia
Kamariah Kamruddin

Bicara Karya
Hantu Politik dalam Hantu Politik
Mohamad Daud Mohamad

Amida Abdulhamid: Rangkaian falsafah dalam Analisis Sastera
Siti Aisah Murad

Sorotan
Sayembara Menulis Novel Sejarah Johor Ke-2
Rusdi Abd. Rahman

Kembara Sastera Sepanjang Rel
Suria Janib

Ulasan Buku
Adam

Postponing Truth and Other poems

Permata di Rumput Gilang: Sastera Sebagai Ruang Bangsa

Kasih Bonda: Kampung Paya Kami

 

Sajak Khas
Tun Ratna Wati
Siti Zainon Ismail

Cerpen
Perempuan-perempuan yang Bertandang
Mohd. Hashim Osman

"X"
Nazel Hashim Mohamed

Mesin Wang di Persiaran Umum
Mabulmaddin

Doa Pak Sutan Muda
H. Fansuri

Drama
No.8 Jalan Ampas
Mahizan

Puisi Bulan Ini
Decip Burung Kota
Jamaludin D.

Nyanyian Burung-burung
Mahad A. Bakar

Bicara sepatu di Halaman
Norhasma Mohamad

Pohon Rendang di Tubir Jalan
Saadiah Hj. Ibrahim

Tangga Pemupukan
Nabil Abu Bakar

Selamat Pagi Kasih
(Salam Aidilfitri untuk semua)
Solihin Osman

Aku Amat Kecewa
Sabar Bohari

Nur Syawal
AZ

Wajah Merdeka
Ani Masra

Tiada yang Tertinggal
Shukran Putusangin Belfas

Lakukan Solat Tinggalkan Maksiat
Haji Abdul Rahim Abdullah

Padang Lalang
(Catatan perjalanan menyusuri rel)
Ritah Yahaya

Bual
Nordin Hj. Abdullah

 

Daripada Editor
 

SASTERA DAN PEMBINAAN MODAL INSAN

Sambutan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) pada bulan Oktober ini menyaksikan usaha pemasyarakatan bahasa Melayu yang meluas di seluruh negara.  Kegiatan ini adalah manifestasi kepada pengukuhan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Sastera pula menjadi wadah pemerkasaan bahasa kebangsaan yang dapat menyemaikan nilai dan membina keterampilan berfikir yang penting dalam pembinaan negara bangsa.  
   Sebagai badan yang bertanggungjawab terhadap pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera negara, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) terus mempergiatkan usaha pemartabatan bahasa kebangsaan walaupun kini terpinggir kedudukannya.  Cabaran yang besar dan kritikal ini, apatah lagi dalam suasana kemelut politik sejak Pilihan Raya Umum ke-12 pada bulan Mac yang lalu, perlu didepani DBP dengan penuh tanggungjawab dan wibawa. Usaha pemasyarakatan bahasa dan sastera kebangsaan yang meluas dapat mengukuhkan perpaduan pelbagai kaum yang semakin tergugat dek “demam politik” negara. 
   Sempena BBSN 2008 ini, Dewan Sastera mengemukakan usaha DBP dalam mewujudkan integrasi sosial dan keharmonian dalam kalangan pelbagai kaum melalui aktiviti sastera.  Tulisan Zalila Sharif “Teater dalam Pendidikan: Mengurangkan Jurang dalam Kalangan Generasi Muda” memaparkan gerakan teater DBP dalam konteks pengukuhan pengajaran dan pemelajaran di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi mahupun dalam kalangan orang dewasa.  Usaha memupuk nilai dan sikap positif melalui teater penting dalam membina modal insan yang bakal memimpin keluarga, organisasi mahupun negara.
  Makalah fokus seterusnya “Memperkasakan dan Melestarikan Sastera Tradisional Sabah” oleh Lokman Abdul Samad menelusuri perkembangan dan peranan sastera tradisional di Sabah.  Majlis Pelancaran BBSN yang akan berlangsung di Sabah pada 23 Oktober ini dan pelbagai kegiatan yang dianjurkan sempena bulan ini adalah antara usaha untuk memastikan kesinambungan sastera tradisional Sabah, selain memasyarakatkan bahasa dan sastera kebangsaan. 
                                                          * * * 
Mulai keluaran Oktober ini, Dewan Sastera  tidak lagi menyiarkan ruangan “Tunas Cipta”.  Memandangkan pentingnya mempunyai wadah yang boleh mengetengahkan karya penulis baharu demi mencungkil bakat, majalah Tunas Cipta  akan diterbitkan semula mulai 1 Oktober 2008.  Penerbitan Tunas Cipta  adalah usaha DBP untuk membina sasterawan pelapis yang dapat terus memperkasakan sastera kebangsaan.  DBP juga akan mewujudkan e-Tunas Cipta, versi dalam talian, untuk menarik lebih banyak khalayak kepada dunia kesusasteraan tanah air.  Kedua-dua majalah Tunas Cipta  dan versi dalam taliannya, e-Tunas Cipta akan dilancarkan dalam Majlis Pelancaran Ekspo BBSN 2008 di Sabah.  
“Selamat Hari Raya Aidilfitri” kepada semua pembaca beragama Islam.
 
PADILAH HAJI ALI


FOKUS


Teater Dalam Pendidikan: Mengurangkan Jurang Dalam 
Kalangan  Generasi Muda
OLEH: ZALILA SHARIF

Pendidikan sama ada yang berbentuk formal mahu pun yang bersifat tidak formal tanpa diragukan lagi merupakan kaedah yang paling berkesan untuk membentuk nilai, sikap, tingkah laku, dan kemahiran  dalam kalangan pelajar. Keempat-empat elemen ini merupakan asas yang menentukan kejayaan individu untuk berfungsi dengan  berkesan dalam “masyarakat global yang disatukan”. Justeru itu, peranan pendidikan untuk mewujudkan pembinaan sosial terutamanya integrasi sosial perlu mendapat perhatian semua pihak terutamanya dalam sebarang bentuk program yang akan dilaksanakan dalam sistem pendidikan. 
  Setiap program dan aktiviti yang melibatkan pelajar sama ada  pelajar rendah, menengah, mahupun pelajar di pusat pengajian tinggi  perlu mengambil kira beberapa  aspek bagi tujuan mewujudkan integrasi sosial. Kini pelajar bukan sahaja berdepan dengan masyarakat tempatan malahan mereka perlu berhubung dengan masyarakat antarabangsa. Justeru itu, beberapa elemen baru perlu didedahkan kepada mereka.  Mereka perlu didedahkan dengan konsep unity in diversity atau penyatuan dalam kepelbagaian untuk melihat dunia yang lebih luas, dan masyarakat yang pelbagai bangsa. 

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Sastera Oktober 2008. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788.Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

 

 

 


Kemaskini pada 2017-03-16 16:26:17 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.