Perkhidmatan Ujana Buku

 



Ujana Buku (UB)


Moto Ujana Buku(UB)  ialah “Menyebarkan Ilmu Menyantuni Masyarakat”. Melalui moto tersebut UB berusaha mengajak masyarakat untuk menambah ilmu kearah pembentukan masyarakat berkelas minda pertama. UB telah dirasmikan oleh Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, iaitu Dato’ Seri Muhyiddin Yassin di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 29 April 2015.

Ujana Buku merupakan kenderaan pacuan empat roda yang telah diubah suai menjadi kedai buku bergerak. Ia boleh berkunjung ke lokasi yang telah dikenal pasti atau atas jemputan organisasi bagi membuat jualan terus bahan terbitan DBP kepada pelanggan. Antara lokasi yang dikunjungi ialah sekolah, institusi pengajian tinggi, jabatan kerajaan dan karnival-karnival jualan. Setakat ini terdapat enam (6) buah UB iaitu tiga (3) buah di DBP Hulu Kelang dan masing-masing sebuah di DBP Wilayah Timur, DBP Cawangan Sabah dan DBP Cawangan Sarawak.
Setiap kedai buku bergerak mampu membawa sebanyak 500 buku terkini terbitan DBP bagi memenuhi permintaan


Inginkan Ujana Buku DBP/Pasukan Pemasaran DBP  mengunjungi sekolah/institusi anda, sila hubungi:

♦ DBP Hulu Kelang - 03 41010027 / 019-2141956 (WhatsApp)
♦ DBP Cawangan Sarawak - 082 227000 / 019-8768358
♦ DBP Cawangan Sabah - 088 439317 / 019-8083188
♦ DBP Wilayah Timur - 09 7414918 / 014-8484836
♦ atau e-mel
pp@dbp.gov.my


 

 

 

 

 


Kemaskini pada 2020-01-09 17:03:16 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.