W3C

Akses Orang Kurang Upaya (OKU)

 

 

PENGENALAN

 

Portal Dewan Bahasa dan Pustaka menyediakan kemudahan untuk capaian Orang Kurang Upaya (OKU) / Disability Access. Dimana ia diharap dapat membantu mereka dalam melayari laman web ini dengan lebih mudah, cepat dan berkesan. 

Disamping itu, kemudahan ini disediakan bagi memenuhi matlamat  W3C Web Accessibility Initiative (WAI) dan Web Content Accessibility Guidelines (WCAG) 2.0 supaya menjadikan laman web mesra pengguna terhadap keperluan OKU.
 

Antara kemudahan yang disediakan dalam portal ini:
 

1. Pengguna Cacat Penglihatan

Bagi pengguna yang cacat penglihatan, terdapat pembaca teks (text reader) di dalam portal ini.  Ianya akan menghasilkan suara yang dijana secara automatik sebagai altenatif kepada pengguna cacat penglihatan dimana mereka boleh mendengar dengan jelas isi kandungan yang ingin disampaikan. Terdapat 2 cara yang boleh digunakan :
 

(a) Pautan kepada pembaca teks :

  • Semasa melayari laman ini, anda akan menemui ikon "Dengar teks ini"  pada penjuru-atas kanan kandungan/artikel tersebut.
  • Klik padanya dan satu tetingkap baru akan muncul. Sila tunggu sebentar sementara laman tersebut sedang di'load'.
  • Anda boleh mendengar suara pembaca teks sejurus selepas ianya selesai dijana.
  • Sila ambil perhatian bahawa ini ialah sebuah aplikasi luaran dan dihos pada pelayan luaran serta merupakan perkhidmatan yang disediakan secara percuma. Masa menunggu akan menjadi lebih lama sekiranya teks yang hendak diproses lebih panjang. Sila ambil perhatian juga, bahawa sebutan yang terhasil tidaklah sesempurna ucapan manusia dan buat masa ini ia hanya menyebut perkataan Bahasa Inggeris dengan betul.

atau 
 

(b) IE Page Reader :

  • Dapatkan IE Page Reader
  • Sebelum anda boleh menggunakan komponen ini, anda harus memuat turun MS Speech API. Jika anda menggunakan Windows2000, besar kemungkinan sistem anda sudah memiliki komponen ini
  • Anda juga perlu memuat turun sekurang-kurangnya satu Speech Engine . Speech Engine adalah 'suara' seseorang lelaki atau perempuan, yang akan bercakap dalam Bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain
  • Untuk arahan selanjutnya bagi menggunakan komponen ini

2. Pengguna warga tua

Pengubah saiz teks - portal ini juga menyediakan kemudahan pilihan saiz teks yang berbeza. Pilihan saiz teks tersebut dipaparkan di ruangan kanan atas portal ini. Pengguna boleh memilih samada untuk memilih saiz teks yang lebih besar atau lebih kecil, mengikut kesesuaian.

Saiz Teks :            

Font Kecil:Font Kecil


Font Pertengahan:  Font Pertengahan


Font Besar:  Font Besar

 



Kemaskini pada 2017-02-15 16:39:10 daripada Vox Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.