Dewan Sastera Mac 2008

 

 MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 

 

Daripada Editor
Memburu Hadiah atau Anugerah?
Rozninah Abd. Azib

Surat Kepada Editor
Pujian kerana Menyisipkan Tunas Cipta dalam Dewan Sastera
Sitiati Azizah Sahaji

Sajak Tunas Cipta
Di Sebalik Peristiwa Semalam
Emyliza Sharida Asari

Aku, Kelekatu dan Malam
Mohd Azmi Ibrahim

Terkurung
Faris Zuhdi Harsani

Hentian
Norhasma Mohamad

Apa Guna Mencari
Mohamad Zulhisyam Mohamad Yusop

Manisnya Janji
Sohina Ab. Aziz

Tali
Ridzuan Kamis

Aku Tahu
Noor Aziroh Abdullah 

Zalim
Nusrah Abd Hamid

Kabur
Siti Zubaidah Shamsuddin  

 

Drama 
Intan yang Tercanai
Noordin Hassan (Sasterawan Negara) 

Puisi Bulan Ini
Ampuni Daku
Ali Jusoh

Kisah Katak dan Ular
Onn Abdullah

Bersediakah Aku?
Hajah Latifah Hj. Mohd. Sabli

Pintu
Darma Mohammad

Sebuah Rumah Penuh Api
Saifillizan Yahaya

Kala Hujan Mula Membasah
Raymond Majumah

Sangkar Kosong Burung Bebas 
Jair Sulai

Kitalah yang Tidak Mahu Mengakui
Ehsan Jamily

Kasih yang Kutelan
Irwan Abu Bakar

Sidang Sifar
Shukri Abdullah

Alur
Hilmi Rindu

Sempadan Mati
Suria Janib

Sankar
Norhisham Mustaffa

Setelah Kuberi Susu
Sabar Bohari

Di Sebalik Topeng
Aladin Mohamad

Songkok dan Kasut
Zahari Hasib

Bermain dengan
Kekalahan
Naapie Mat

Puisi Khas
Mendulang Bijih
Siti Zainon Ismail

Cerpen Tunas Cipta 
Bidak
Zurhan Bakar

Tahun 2020
Mahzan Manan

Aku Mahu Terbang
Ida Munira Abu Bakar

Jenama
Siti Zarina Md Israry

Cerpen 
Manto Tabangkap Toman
Azizi Haji Abdullah

Hati yang Merusuh
Ahmad J. Husein

Aku Pulang, Wahai Bulan
Ariff Mohamad

Emak Rindukan Musim Menuai
M. Fitri Rahman

 

Ulasan Buku
Hati Perempuan

Merenung Jendela Hidup

Renung

Su Lijah
 

Monolog Kecil
Penyair Meramalkan 30 Tahun PNB
Baha Zain

Analisis
Pemimpin di Tangan Empat Lelaki
Mawar Shafei

Tugu Estetik dalam Puisi
Arbak Othman

Pabila Hujan Turun
Bakat Alam
Shahnon Ahmad 
(Sasterawan Negara)

 Fokus
Hadiah Sastera Mastera ke-5: Sangeetha Karya Azizi Haji Abdullah 
Zalila Sharif

Sayembara Mengarang Sempena 50 Tahun Merdeka
Zalila Sharif

Anugerah Sastera Negeri Sarawak 
Ja'afar Haji Hamdan

Hadiah Sastera Sabah: Mengangkat Martabat Penulis 
Noordin Zainal Abidin 

Hadiah Sastera Darul Ta'zim: Pengiktirafan yang Mantap Hamzah Hamdani

Anugerah Sastera Negeri Sembilan: Impian Menjadi Realiti 
Mahaya Mohd. Yassin 

Selingkar Bundaran Kata
Ke Urud, Sebuah Bakat Besar
Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara) 

Sastera Antarabangsa
Sohrab Sepehri: Penyair dan Pelukis Iran
Bukhari Lubis

Sastera Tradisional
Mempermainkan Lelaki Bangsawan dalam Jenaka Musang Berjanggut 
Noriah Taslim

Kalam Pujangga
Pengertian Ilmu untuk Manusia Kreatif 
S. Othman Kelantan (Sasterawan Negara) 

Daripada Jabatan Sastera
Membudayakan Pantun Melalui Pertandingan 
Muhamad Ikhram Fadhly Hussin

Alumni MPR
Menulis Berdasarkan Pengalaman
Siti Zarina Md Israry

Sorotan
Hadiah Sayembara Mengarang 50 Tahun Merdeka 
Saifullizan Yahaya

Hescom 07: Pengiktirafan Karya di Alam Siber 
Nimoiz T.Y

Kayawan Bulan Ini
Menulis Sangeetha kerana Tunai Amanah
Azizi Haji Abdullah

 Bicara Karya 
Sangeetha: Satu Kesan Metafiksyen 
Sohaimi Abdul Aziz

 

 

DARIPADA EDITOR  


Memburu Hadiah atau Anugerah?

Jika dibandingkan dengan negara lain di rantau Asia Tenggara, Malaysia merupakan negara yang paling banyak menganjurkan sayembara penulisan dan memberikan anugerah dalam bidang penulisan. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) merupakan antara institusi yang paling banyak menganjurkan sayembara penulisan terutama sebagai satu agenda untuk meraikan sesuatu peristiwa atau mengembalikan nostalgia bersejarah. 
   Umpamanya, sempena menyambut ulang tahun kemerdekaan atau sempena meraikan ulang tahun penubuhan DBP. Sayembara penulisan juga diadakan berdasarkan genre dan tema, contohnya sayembara penulisan berunsur Islam, sayembara penulisan novel remaja, dan sebagainya.
   Sejauh manakah sayembara, hadiah dan anugerah sastera ini penting bagi perkembangan sastera tanah air? Setiap penulis ada pendirian tersendiri tentang sayembara yang menjanjikan hadiah dan begitu juga tentang anugerah. Ada penulis yang menolak sayembara, sebaliknya ada penulis yang hanya menulis jika ada sayembara. 
   Lebih menarik lagi kelompok penulis yang kedua ini, kebetulan pula apabila mereka menyertai sayembara penulisan, mereka menang, lalu mereka digelar “penulis Sayembara”. Ada penulis pula yang tidak langsung ingin melibatkan diri dalam sayembara penulisan, kerana tidak suka pada keterikatan tema penulisan yang semestinya memenuhi syarat peraduan. Sebaliknya, mereka akan lebih selesa dengan “anugerah” kerana mereka menulis tanpa niat untuk bertanding atau memenangi apa-apa hadiah. 
     Biarpun antara hadiah sayembara dengan anugerah ada perbezaan tafsiran dan nilainya, kedua-duanya memberikan sumbangan besar kepada penulis khususnya dan perkembangan sastera amnya. Hal ini adalah kerana hadiah sayembara atau penulisan itu dapat berperanan sebagai kayu ukur untuk menentukan prestasi seseorang penulis. Melalui sayembara, karyanya dinilai oleh panel juri dan panel juri itu pula akan menilai seseorang tokoh untuk diangkat sebagai penerima anugerah.
   Dewan Sastera Mac 2008, memberikan fokus tentang hadiah sastera di Malaysia, khususnya yang melibatkan DBP secara langsung. Di samping itu juga, kami mengetengahkan isu hadiah sastera di peringkat negeri. Setakat ini, negeri yang berterusan menganjurkan hadiah peringkat negeri hanyalah Johor, Sabah dan Sarawak. Negeri Sembilan pula baru sahaja menganjurkan hadiah sastera di negerinya, manakala Kedah dan Kelantan, pada suatu ketika ada anugerah negeri masing-masing, sejak  beberapa tahun belakangan ini sepi sahaja. 
Persoalannya, perlukah setiap  negeri menganjurkan anugerah sastera? Ironi juga apabila pemenang peringkat negeri tidak menang di peringkat kebangsaan, contohnya untuk menang Hadiah Sastera Perdana.
  
Rozninah Abd. Azib  


FOKUS 

Sayembara Mengarang Sempena 50 Tahun Merdeka
OLEH : ZALILA SHARIF

Sayembara penulisan merupakan strategi berterusan yang akan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) laksanakan untuk mendapatkan karya yang bermutu dan menambahkan bilangan penulis. Ada kalanya sayembara juga telah berjaya menarik minat penulis yang telah lama bersara menulis untuk kembali berkarya. 
  Sayembara penulisan yang pertama diadakan oleh DBP ialah pada tahun 1958, sempena kemerdekaan negara dan sempena 10 tahun merdeka, DBP juga mengadakan sayembara. Pada tahun 2007 pula, DBP mengadakan Sayembara Mengarang Sastera Merdeka, sebagai salah satu kegiatan untuk menyambut perayaan 50 tahun kemerdekaan negara. 
    Sayembara mengarang ini merangkumi empat kategori penulisan kreatif, iaitu novel, cerpen, puisi dan skrip drama pentas. Sayembara ini bertujuan untuk menggalakkan golongan sasterawan tanah air menghasilkan karya tentang evolusi masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dari dahulu hingga sekarang. Iaitu bagaimana kita dapat menjadi negara membangun yang maju, liberal, progresif, aman damai, dan dipandang tinggi oleh negara-negara lain. Di samping itu, sayembara ini juga bertujuan mendapatkan karya yang bermutu tinggi dalam aspek isi, teknik, dan bahasa yang membicarakan persoalan di atas. 
  Sehingga tarikh tutup sayembara, iaitu pada 31 Disember 2006, pihak urus setia telah menerima penyertaan sebanyak 46 buah manuskrip novel, 22 buah manuskrip skrip drama pentas, 147 buah cerpen dan 196 buah puisi...

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Sastera Mac 2008. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788.Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com


Kemaskini pada 2017-03-16 16:30:14 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.