Dewan Sastera Januari 2008

 

 MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 

 

Daripada Editor
Melangkah ke Tahun Baharu dengan Keyakinan

Surat Kepada Editor
Himpunan Tulisan SN dalam Dewan Sastera
Salman Sulaiman

Sastera Tradisional Kembali Kukuh Mengakar 
Nisah Haji Haron

Terima Kasih DBP
 Emelia Ishak 

Sajak Tunas Cipta
Nani 
Gulsarah Majeed

Potret di Wajah Bulan
Amalia Fauza Bohari

Di Kota Sejarah Ini 
Hishamuddin Alias

Bicara
Nazira Mohd. Noor

Lupakan Aku 
Mohd. Sarudin Md. Yusoh

Malam Tanpa Bintang
Salbiah Salleh

Api
Jafry Lalangi

Sebermula Kau dan Aku
Sayidah Mu'izzah Kamarul Shukri

Tanda Sebuah Maaf
Amylia Hussain 

Cerpen 
Dia dan YB 
Anton Zakuan

Perkahwinan di Hujung Runcing Bumbung Zink
Roslan Jomel

Orang-orang Setengah
Ali Jusoh

Puteri Biru
Rahman Shaari

Puisi Pilihan
Rahman Shaari

 

Drama 
Moyang Salleh 
(Bahagian Kedua) 
Abdul Latip Talib

Puisi Bulan Ini
Serba Salah
Arbak Othman

Tidur Dipangku-Mu
Rosani Hiplee

Kasih Sayang
M. Ashikin

Perjalanan Sering Mengasyikkan
Jamaludin D.

Barangkali Waktu Sudah Berusia 
Wan Asyeah Wan Nawang

Setia Seorang Lelaki 
Jamaluddin Aziz

Kolek Kecil di Samudera Terentang 
Shamsiah Mohd. Noor

Impian Seorang Suami
Jaafar Hasny

Bukan Tidak 
Solihin Osman

Aku Tiada Siapa Lagi 
A. Aziz Deraman

Berjalan dengan Mata Bular
Shapiai Muhammad Ramly

Tun Seri Lanang, Mengapa Tiada Cetera Ketiga Puluh Tiga
Siti Zaleha M. Hashim

Ketika Menyelinap di Sela Lorong Kecil
Jasni Matlani

Jika Kita Biarkan
Ahmad Sarju

Cerpen Tunas Cipta 
Ketam Masak Lemak Cili Padi 
Siti Nur Hidayah Abdullah

Diari Kasih 
Mohd. Zamri Haji Abdul Hamid

Bintang, Bulan dan Swastika Mohamad Farez Abdul Karim

Tuah dan Kucing Putih
Muhamad Tarmize Mohd. Nor

Bulatan 
Anis Sarah

Rama-rama Putih
Abd. Razak @ Rezeki  

Cerpen
Titih Salam Punjangga Zaman 
Lim Swee Tin

 

Ulalsan Buku
Tradisi Lisan: Cendekiawan Melayu
Delaila
Bunga yang Menangis
Mengutip Manik Waktu yang Masih Tersisa
 

Monolog Kecil
Sial Penyapu
Baha Zain

Spektrum
Sentuhan A. Wahab Hamzah sebagai Pengarah Teater DBP
Noordin Hassan (Sasterawan Negara)

Analisis
Humaniora dalam Cerpen-Cerpen Dewan Sastera
Mohamad Daud Mohamad

Simbol dan Lambang dalam Puisi
Mohamad Shahidan

Pabila Hujan Turun
Novel Pop Bukan Kitsch, Bukan Erotik, Bukan Picis
Shahnon Ahmad 
(Sasterawan Negara)

 Fokus
Sukar Ditandingi: Rahman Shaari yang Prolifik, Konsisten dan Dinamik
Lim Swee Tin

Anugerah Penulisan Asia Tenggara Edisi ke-28 Mengekekalkan Tradisi
Selina S.F. Lee & Lim Swee Tin

Penerimaan Anugerah S.E.A. Write: Satu Pengalaman
Rahman Shaari 

Selingkar Bundaran Kata
Hamlet Kembali ke Jakarta, 2007
Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara)  

Reaksi
Jerayawara di Tanjung Karang
Ilham Haris 

Sastera Tradisional
Pantun sebagai Puisi Bunyi
Noriah Taslim

Kalam Pujangga
Hubungan Daya Cipta dengan Intelektual Pengarang
S. Othman Kelantan (Sasterwan Negara) 

Daripada Jabatan Sastera
Tunas Muda Mula Bercambah
Rohaya Harith

Alumni MPR
Anugerah Allah Jangan Sia-siakan
Shazmee

 Bicara Karya
Anjung Persinggahan Jenuh dengan Metasemiotik
A. Rahim Abdullah

 

DARIPADA EDITOR       

Melangkah ke Tahun Baharu dengan Keyakinan

Sejambak kisah manis dan serungkai kisah pahit 2007 telah pun kita labuhkan tirainya. Kini tirai 2008 menjelma, dengan harapan yang manis akan bertambah manisnya, dan yang pahit biarkan ditelan waktu dan berlalu, namun  dibuat iktibar agar yang berlaku  tidak berulang lagi.
 Pada tahun 2007, sambutan 50 tahun merdeka merupakan kenangan manis yang paling sukar dilupakan oleh setiap warga Malaysia. Kemanisan yang kita kecapi itu tentulah kerana kedaulatan dan ketenteraman yang kita lalui selama 50 tahun, hidup dalam sebuah negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum. Oleh sebab itulah negara kita menjadi istimewa dan unik di mata dunia. 
 Namun begitu, kemanisan itu telah dicemarkan oleh segelintir orang yang berkepentingan, yang menimbulkan kekecohan dan prasangka kaum, melalui tuntutan  kumpulan Hindu Right Action Force (Hindraf). Mereka membuat dakwaan melampau, menuduh kerajaan Malaysia mengamalkan pembersihan etnik minoriti.
 Hal ini tidak berlaku jika mereka tidak buta sejarah. Singkap semula sejarah negara kita sebelum merdeka, supaya setiap rakyat memahami dan menghormati Perlembagaan Negara yang kita persetujui bersama. Maka, betapa pentingnya generasi kini di peringkat sekolah rendah lagi didedahkan dengan pengajian sejarah, begitu juga pengajian sastera. Sudah tiba masanya Sejarah Melayu oleh Tun Seri Lanang diperkenalkan kepada generasi kini seawal usia mereka, kerana melalui bahan bacaan ini mereka akan mengetahui bagaimana kejatuhan Kerajaan Melaka ke tangan Portugis. Melaka kehilangan kerajaannya angkara pergolakan dalam Kerajaan Melaka sendiri, dan  orang luar yang menanti masa untuk campur tangan mengambil kesempatan.
Menyedari kepentingan pengetahuan sejarah dan sastera kepada kanak-kanak, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 2008, melalui Pusat Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA) memperhebat programnya. PURNAMA menubuhkan “Kelab Tunas Muda”, dan melalui kelab ini DBP mengenal pasti bakal penulis dari akar umbinya. 
DBP tetap unggul dengan peranannya mengembangkan bahasa dan sastera, apatah lagi dalam kedudukan DBP sebagai organisasi yang mempunyai satu jasad tiga wajah – dalam satu masa bertindak sebagai pejuang, badan kerajaan dan badan ilmu, sebagaimana yang dijelaskan oleh Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Firdaus Haji Abdullah.
Atas landasan “satu jasad tiga wajah” ini, DBP menjalankan peranannya dengan penuh tanggungjawab. Antaranya peranan DBP mencalonkan seorang penulis setiap tahun untuk dinobatkan sebagai penerima Anugerah S.E.A. Write. Pada tahun 2007 yang lalu, Profesor Rahman Shaari yang menjadi pilihan panel penilai. Dengan itu, Dewan Sastera memfokuskan Rahman Shaari dalam keluaran Januari, sebagai tokoh sastera yang tersohor dan dihormati kerana pencapaiannya dalam bidang kesusasteraan khususnya.
“Selamat Tahun Baharu –  2008”
                 
Rozninah Abd. Azib


FOKUS 

Rahman Shaari yang  Prolifik, Konsisten dan Dinamik 

LIM SWEE TIN


Rahman Shaari merupakan satu nama yang penting dalam jalur sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu moden, khususnya dalam genre puisi. Rahman muncul dengan agak bergaya sekitar awal 70-an ketika bidang puisi sedang subur dan sangat mekar. Anak muda ini membawa gaya persajakan yang memukau sehingga namanya dengan cepat sekali menjadi sinonim dengan puisi pada ketika itu.
      Begitulah kesan awal saya tentang penyajak ini. Rahman dilahirkan pada 5 September 1949 di Kampung Utan Lembah, Oran, Perlis. Mendapat pendidikan awal di kampung kelahirannya, Rahman kemudian terpilih melanjutkan pelajaran di Sekolah Alam Shah (1946-1968). Selepas itu, Rahman mengikuti latihan perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris (kini Universiti Perguruan Sultan Idris) dari tahun 1970-1971. 
      Di maktab ini, Rahman sebenarnya sudah pun terdedah luas dengan dunia kesusasteraan. Melalui pembacaan, Rahman mengenali kesusasteraan Melayu dan Indonesia dengan sangat akrab. Bahkan, kesempatan terbaik yang diraih sewaktu di maktab ini ialah apabila beliau dipilih berlakon dalam teater ‘Bukan lalang Ditiup Angin’ karya dan arahan Noordin Hassan (Sasterawan Negara). Malahan, lebih menakjubkan, Rahman yang berlakon bertindak juga sebagai penolong pengarah. Untuk catatan, karya Noordin Hassan ini kemudiannya diangkat sebagai buah tangan yang penting dalam perkembangan drama Melayu moden dan dianggap sebuah karya avant-garde...

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Sastera Januari 2008. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788.Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

 


Kemaskini pada 2017-03-16 16:30:38 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.