Dewan Sastera Oktober 2009

 

 MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 

 

Daripada Editor
Selagi Kita Tidak Berhenti Berharap
Rozninah Abd. Azib

Surat Kepada Editor
Sastera Melayu terpinggir: Fenomena Global?
Hidaya Latif

Bakat atau Minat Lebih Utama?
Salbiah Salleh

Drama
Begitu Begini
Sharif Shaary

Cerpen
Ceritera dari 
Maghreb-El-Aksa
Anwar Ridhwan

Rebah
Sahul Hamid
Salim Mastan

Formula Satu: Ekspresi Minda, Jasad dan Jiwa
Ranofla Dianti Irwan

Jaran
Anis Amida

 

Pantun Khas
Citra Anak Ayam lwn Citra Manusia
Rogayah A. Hamid 

Sajak Khas
Puisi Pilihan
Anwar Ridhwan

Tun Aisyah
Siti Zainon Ismail

Puisi Bulan Ini
Takhta Akal
Khadijah Hashim

Memijak Bumi Ini dengan Kaki Seorang Rakyat
Ihsan Noorzali

Mengabdikan derita Hati Mengabdikan Sukma Hati
Naapie Mat

Kasihku pada Pattani
Rosli K. Matari

Di Damir Jiwa
Onn Abdullah

Lalang Di Tengah Padang
Ami Masra

Kalau Menjadi Payung
Nazim Mohd. Subari

Jendela Sebuah Kota
Sahrunizam Abdul Talib

Yang Lalu
Hajah Latifah Hj. Mohd. Sabli

Perjalanan Mencari Burung Itu
Abd. Rahim Ismail

Di Negeri Mabuk
Marsli N.O

Di Persinggahan Ini
Osman Dol

Mencari Cinta
Saadiah Hj. Ibrahim

Aku dan Si Penjual 
Penyapu
Mahad A. Bakar

Kembali Ke kampung
Tradisi II
Shamsuddin Othman

Kembara Cinta
Mohd. Zamri Haji Abdul Hamid

Bahasa Si Murai
Nor Jamilah Mohd. Noor

 

Monolog Kecil
 Di Luar Jangkaan dan kebetulan
Baha Zain

Ulasan Buku
Islam Penggerak Revolusi Pertanian

Kesihatan Persekitaran

Kunci Gerbang Masa

Mencapai Bintang

Sastera Antarabangsa
Mawlud Firaun:
Menulis untuk Kemerdekaan Algeria
Hafidz Iman Iman

Fokus
 Lorong Kenangan yang Membawa ke Anugerah Sastera Negara
Anwar Ridhwan

Sajak Introspektif Anwar Ridhwan
Rahman Shaari

Anwar Ridhwan dan Titik Dosa Zaman
Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara)

Minda Pascamoden Nooru-san dalam Naratif Ogonshoto
Kamaruddin M. Said

Kajian
Puisi Thailand - Malaysia

Tenunan Harmonis dan Keakraban yang Indah
Lim Swee Tin

Antara Cerita, Kuasa
dengan Ilmu
Awang Azman Awang Pawi

Daripada Jabatan Sastera
Dinamika Kepengarangan Kanak-kanak dan Remaja
Nawal Hanim Lope Haji Zainal Abidin

Selingkar Bundaran Kata
Rendra dalam Kenangan
Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara) 

Pabila Hujan Turun
 Selamat Tinggal
Shahnon Ahmad
(Sasterawan Negara)


 Sastera Tradisional
Menangani Kuasa

Suara Rakyat dalam Sejarah Melayu
Noriah Taslim

 

Daripada Editor
 

Selagi Kita Tidak Berhenti Berharap

Baru-baru ini, saya sempat menziarahi Sasterawan Negara Profesor Emeritus Dato’ Shahnon Ahmad, yang mendapat rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras, Kuala Lumpur. Saya bersyukur dapat bertemu wajah dengannya bersama-sama isterinya, dan alhamdulillah dapat berbual-bual dengan mereka yang kebetulan pada waktu itu tiada pengunjung lain bersama-sama kami.  
   Antara soalan terawal yang tercetus dari mulut Shahnon termasuklah, “Bila nak umumkan Sasterawan Negara yang baharu?”  “Siapa calonnya?”  Saya hanya mampu tersenyum waktu itu. “Cepatlah umumkan, ganti tempat cikgu.  Cikgu tak boleh menulis lagi dalam Dewan Sastera lepas ini. Cikgu tak larat dah.”  Keluaran Oktober ini peminat “Pabila Hujan Turun” akan menatap karya terakhir Shahnon dalam ruangan tetapnya. Saya yang melihat air mata Shahnon bergenang dan cuba menguatkan semangat sedaya mungkin, untuk memastikan saya kuat untuk berhadapan dengan situasi itu.  
   Inilah hakikatnya, kita menyaksikan seorang demi seorang Sasterawan Negara kita pergi kembali ke negeri abadi.  Dengan pemergian mereka, semakin berkurangan jumlah Sasterawan Negara dan yang ada pun kebanyakannya kesihatan mereka semakin uzur.
   Begitulah, sekian lama kita berteka-teki, Sasterawan Negara yang telah pergi ke negeri abadi, siapakah pengganti? Kepada mereka yang berharap mungkin sudah sampai pada tahap berhenti berharap, bagaikan “menantikan putih gagak hitam, buntar-buntar daun lalang, luas-luas daun merunggai, sampai tumbuh damar cindapung”.  Namun begitu, adat orang menanti memang begitu, sesaat terasakan sejam, sehari bagaikan setahun, setahun bagaikan sedekad.  Adat orang menilai pula, hendak diusul periksa dengan saksama tentang sesuatu perkara sebelum dibuat kesimpulan, bagai “kalau gajah hendaklah dipandang gadingnya, kalau harimau hendaklah dipandang belangnya”.
   Akhirnya, yang ditunggu-tunggu oleh pencinta sastera tanah air terjawab juga apabila pada 11 Ogos 2009, YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Pengerusi Panel Anugerah Sasterawan Negara (ASN) ke-10, mengumumkan Dato’ Dr. Anwar Ridhwan sebagai penerima anugerah ini. Menurut Panel ASN ke-10, renungannya terhadap situasi manusia terutama dalam bidang politik, hubungannya dengan manusia lain dan dengan alam yang dihuninya, bahasanya yang bersih dan puitis, inovasi dalam pengisahan serta usahanya yang tidak kenal lelah mencari lambang dan citra yang tepat, melayakkan beliau menerima anugerah yang berprestij ini.
   Dewan Sastera keluaran Oktober ini, memfokuskan isu penerima Anugerah Sasterawan Negara yang dinobatkan kepada Dato’ Dr. Anwar Ridhwan pada Oktober ini.  Kemunculan Anwar Ridhwan sebagai Sasterawan Negara, memartabatkan persada kesusasteraan tanah air lagi.  Selepas Anwar Ridhwan, pastinya kita terus menanti siapa pula yang akan dianugerahi gelaran Sasterawan Negara.  Persoalan “siapa” dan “bila” ini tidak akan ada noktahnya, selagi manusia tidak berhenti berharap. 

 Rozninah  Abd. Azib


FOKUS
 

Lorong Kenangan  yang Membawa ke  Anugerah Sastera Negara 
Oleh: Anwar Ridhwan

Pada tahun 1971, ketika tahun pertama Universiti Malaya, saya diumumkan sebagai salah seorang penerima Hadiah Karya Sastera yang julung kali diperkenalkan.  Melalui cerpen “Perjalanan Terakhir” yang tersiar dalam Dewan Masyarakat, saya merupakan penerima termuda Hadiah tersebut. Hadiah Karya Sastera telah lama ditunggu-tunggu kemunculannya oleh penulis dan sasterawan, sebagai bukti  pengiktirafan serta penghargaan kerajaan secara tekal kepada para penulis tanah air.
   Barangkali kerana rasa sukacita yang amat sangat, saya menemui Khoo Kay Kim di pejabatnya di Fakulti Sejarah, Universiti Malaya. Beliau ialah salah seorang anggota panel penilai Hadiah Sastera Malaysia. Di hadapannya, tanpa segan silu saya memperkenalkan diri, dan menyatakan juga bahawa saya turut mengambil kursus ‘Sejarah Malaysia’ di bawah bimbingannya. Beliau mengucapkan tahniah, dan menyebut bahawa “Perjalanan Terakhir” merupakan cerpen yang mengesankannya. Oleh sebab beliau harus memberi kuliah tidak lama kemudian, perbualan kami berakhir sekitar empat atau lima minit.
   Saya telah membeli sehelai baju baru, untuk majlis penerimaan Hadiah Sastera Malaysia itu. Akan tetapi hari-hari dan minggu-minggu berikutnya, saya tidak menerima sebarang pemakluman rasmi serta undangan dari Dewan Bahasa dan Pustaka tentang Hadiah itu dan majlis penyampaiannya. Akhirnya majlis yang telah disempurnakan oleh Tun Abdul Razak itu telah berlalu. Baju baru itu tidak terpakai buat selama-lamanya.
Saya terlepas satu peristiwa penting di pangkal perjalanan saya sebagai seorang penulis kreatif. Di sebalik kekecewaan tersebut, kemenangan  cerpen “Perjalanan Terakhir” saya jadikan sebagai suatu daya perangsang kreativiti untuk “perjalanan awal” seorang Anwar Ridhwan.

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Sastera Oktober 2009. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788.Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

 

 


Kemaskini pada 2017-03-16 16:32:14 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.