Dewan Sastera Mei 2009

 

 MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 

 

Daripada Editor
Pantun yang Terus Mekar
Rozninah Abd. Azib

Surat Kepada Editor
Mengapakah  Tiada Lagi Ruang Cerpen dan Puisi?
Farah Nabila Salehan 

Pantun Khas
Citra Anak Ayam lwn Citra Manusia
Rogayah A. Hamid 

Cerpen
Hati Seorang Umi
Sharif Putera

Membakar Mentari
Ruzaini Yahya

Seputih Wayang Sehitam Bayang
Abdul Hadi Yusoff

Jiji - Moga-moga Kau Mendengar
Jais Sahok

 

Drama
Jong Jong Inai
Ali Jusoh

Puisi Bulan Ini
Kucupan Kasih Ibu
Jaafar Haji Hamdan

Setelah Berpisah
Sabar Bohari

Cintamu
Jaafar Hasny

Memohonlah Selalu
M. Ashikin

Puisi Buat Ibu Fatimah
Abd. Ghafar Bahari

Seorang Gadis di Gaza
Alias Mat

Air Mata Bonda
Suria Janib

Nasi Sebungkus
Jamaludin D

Rumah Pusaka
Husna Nazri

Kasih Ibu Sepanjang
Zaman
Darussalam

Bangku Kayu
Zuraidah Abdul Aziz

Perempuan Cahaya
Rosani Hiplee

Berdiri di Bawah Lorong
Solihin Osman

 Merindukan Bulan
Abizai

 Kota Perjudian
Zulkifli Salleh

Roh yang Terpukau
Poul Nanggang

 Cinta Seorang Khadijah
Mohd. Hashim Osman

Sajak Khas
Puteri Nilla Pancadi
Siti Zainon Ismail

 

Monolog Kecil
 Tentang Mati, Seniman dan Kesenian
Baha Zain

Karyawan Bulan Ini
Ali Badron Sabor Penerima Anugerah Tokoh Warisan Orang Hidup 2008
Rohaidah Yon

Ulasan Buku
Antologi Drama Asean Filipina

Anakku Anakmu

Intesar

Bayangan Silam

Bicara Karya
Timbangan Perundangan Agama dalam Ujana Rindu
Kamariah Kamarudin

Fokus
 Unsur Penciptaan Pantun Jakun
Musazliza Mustan Shir

Wahui, Genre Pantun Suluk
di Sabah
Lokman Abdul Samad

Ragam dan Pola Pembayang dalam Pantun Melayu
Rogayah A. Hamid

Pantun Mekar di Persada Puisi Antarabangsa
Zalila Sharif

Sastera Antarabangsa
Halide Edib Adivar: Novelis Turki dan Pemimpin Politik Ferminis
Bukhari Lubis

Sastera Tradisional
Sejarah Melayu Pautan Kewibaawaan Raja-raja Melayu
Noriah Taslim

Tabir Hayat
Sazalee Haji Yaacob: Hayat Tertunai Hajat
Abdul Hadi Yusof

Selingkar Bundaran Kata
Doris Lessing
Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara) 

Pabila Hujan Turun
Weltschmerz
Shahnon Ahmad
(Sasterawan Negara)

Daripada Jabatan Sastera
Memaknakan Konsep Sastera Popular
Ja'afar Haji Hamdan

Kajian
Sikap dan Pemikiran Masuri S.N. tentang Stilistik
Awang Sariyan

Ujana Klasik
Dengan Bahasa
Abdullah A.R.

 

Daripada Editor

Pantun yang Terus Mekar


Pantun menjadi kebanggaan masyarakat Melayu kerana dalam pantunlah terpancarnya pemikiran dan cendekia orang Melayu.  Pantun juga ialah “artifak” budaya yang mempunyai fungsi sebagai status yang menentukan susunan nilai dalam masyarakat, apabila pantun menjadi alat komunikasi yang mempunyai fungsi tersendiri.
  Pantun merupakan hak asli bangsa Melayu dan wujud dalam semua rumpun bangsa Melayu.  Melalui pantun, terpancar kehebatan dan ketekalan minda Melayu, bermula daripada kata-kata yang dipilih, diiringi pula oleh irama, siratan makna, dan falsafah yang terkandung dalamnya.
  Namun begitu, pada zaman yang serba canggih ini, adakah lagi masyarakat yang mengagumi kehebatan pantun sebagai saluran komunikasi masyarakat yang menghargai kemesraan dan kecintaan pada hubungan komunikasi yang lembut, mesra dan berseni?  Apatah lagi wujud pelbagai cara atau saluran komunikasi yang lebih cepat dan tepat dalam waktu masyarakat sentiasa dikejar oleh masa.
  Lebih malang lagi, kalaupun ada minat untuk memugari dan menyuburkan kembali dunia pantun Melayu ini, melalui majlis rasmi atau media elektronik misalnya, ternyata pantun yang dihasilkan sudah jauh terpesong dari segi nilai atau mutunya.  Seolah-olah penciptaan pantun hanya untuk tujuan berlelucon dan bersenda yang sekali gus menjatuhkan nilai pantun itu sendiri.
  Berdasarkan persoalan inilah, Dewan Sastera Mei 2009, memfokuskan isu ini dengan tumpuan pada tatacara penghasilan pantun yang betul, melihat ragam dan pola pembayang dalam pantun Melayu bagi menyelesaikan masalah penghasilan pantun yang cacamerba.
  Satu kelainan lagi yang mahu diketengahkan oleh Dewan Sastera kali ini adalah tentang usaha untuk memperlihatkan jenis pantun yang lain dalam penciptaan pantun Melayu, seperti pantun Jakun, memperkenalkan wahui, iaitu genre pantun suluk di Sabah yang mempunyai keunikan dari segi penciptaannya.
  Seterusnya Dewan Sastera mencuba untuk meninjau perkembangan pantun di peringkat antarabangsa.  Cukup membanggakan kita apabila hasil kajian beberapa orang sarjana di dalam dan di luar negara mendapati pantun sebenarnya telah lama berkembang di Barat seperti di Kanada, United Kingdom, Belanda, Perancis, Jerman, Rusia dan Amerika Syarikat, melalui proses terjemahan dan adaptasi; malah pantun juga menjadi bahan perbandingan dengan puisi tradisional Barat bagi menilai tahap kecendekiawan sesebuah bangsa.
  Pantun terus segar dan mekar – milik orang Melayu yang menjadi kebanggaan sepanjang zaman biarpun kewujudannya dicabar oleh arus pemodenan yang serba canggih.
Rozninah Abdul Azib


FOKUS

UNSUR PENCIPTAAN PANTUN JAKUN 
Oleh: Musazliza Mustan Shir

Proses penciptaan pantun Jakun keseluruhannya banyak dipengaruhi oleh kemampuan pemikiran dan pengalaman hidup anggota masyarakatnya dalam interaksi mereka dengan alam sekitar. Kepekaan terhadap alam di sekeliling menjadi sumber di sekeliling menjadi sumber inspirasi dalam mencipta pantun terutamanya dalam membina pembayang maksud. Semua ruang lingkup unsur alam diadun dan dilahirkan dengan begitu indah dalam pantun. 
  Bagi suku kaum Jakun, persekitaran yang melatari pantun ciptaan mereka meliputi kawasan hutan, sungai, bukit-bukau dan kawasan kampung. Latar ini keseluruhannya menggambarkan petempatan yang dihuni oleh mereka iaitu berdekatan dengan lembangan Sungai Endau-Rompin dan kawasan hutan simpan yang meliputi Taman Negara Endau-Rompin. Kawasan persekitaran yang berhampiran dengan mereka diserlahkan dalam pantun. Hal ini menunjukkan betapa mereka cukup mahir dan benar-benar mengetahui tentang tempat tinggal mereka. 

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Sastera Mei 2009. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788.Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

 

 


Kemaskini pada 2017-03-16 16:34:25 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.