Dewan Sastera Januari 2009

 

 MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 

 

Daripada Editor
Di Pentas dan di Layar Perak IIhamnya Dicerna
Rozninah Abd. Azib

Surat Kepada Editor
Dewan Sastera Mahal!
Norhazrina Mohamed Nor

 Senarai pendek Hadiah Sastera Perdana
Fadhli al-Akiti

Sajak Khas
Puteri Hang Li Po
Siti Zainon Ismail

Cerpen
Minum Kopi di Boiget House
Suratman Markasan

Suara Hantu
Nassury Ibrahim

Angin di dalam Telinga
S.M. Zakir

Fantasia
Dahiri Saini

 

Drama
Along dan Kak Long
Hatta Azad Khan

Puisi Bulan Ini
Pemergian
Abd. Ghafar Bahari (Gopa)

Ibu dan Aku
Mahadi Abdul Rahim

Istidraj
Enche

Pabila Fajar Menyingsing Berlari di Setiap Penjuru
Azika SR.

Doa di Rawdah
Zulkifli Salleh

Mentari 19 Januari Terbit Lagi Menghulur Senyum
Anismas ar

Ia Bermula dengan Cinta
Rogayah A. Hamid.

Tanah Warisan Seorang Ibu
Haji A. Rahi Hamid

Sisa-sisa Hidup yang Tertinggal Ini
Mohamad Adid Ab. Rahman

Waktu
Najmi

Menikmati Waktu-waktu Terakhir
Huzaifah Zulfakar.

Dacing Ilahi
Arbak Othman

Penantian di Anjung Senja
Awang Ahmad Awang Hairi

 Pintaku Padamu
M. Ashikin

 Gagak Tua Terbang Malam
Saifullizan Yahaya

Pertemuan
Wadi Leta S.A

Melihat Kau Bermain Pisau
Salman Sulaiman

 

Monolog Kecil
 Wajah Kita di Dunia Orang
Baha Zain

Ulasan Buku
Penulisan Cereka: Cerpen

Tiga Teater Muzikal

Puisi, Penyair, dan Kreativiti dalam Kritikan dan Apresiasi

Hikayat Hang Tuah

Bicara Karya
Mahaya Mohd. Yassin Epitome Penyair -Guru
Amida Abdul Hamid

Fokus
 Meraikan Ulang Tahun S.E.A Write Awards ke-30, 1979 - 2008
Zaidah Ahmad Rosly

Papan dan Kalam Batu: Hatta Azad Khan
Hatta Azad Khan

Hatta Azad Khan dan Drama Pentasnya
Zakaria Ariffin

Hatta Azad Khan: Potret Seorang Artis
Soleha Ishak

Muzikal Pi Mai Pi Mai Tang Tu: Lirik dan Pemikiran
Rahman Shaari

Tanda dan Petanda dalam Filem Wayang
Hassan Abd. Muthalib

Analisis Puisi
Gaya Teras pengucapan Estetik penyair
A. Rahim Abdullah

Analisis Cerpen
Perutusan Berguna Buat Pembaca
Pabiyah TokLubok @ HajiMaming

Daripada Jabatan Sastera
Wacana Karya Abad 20: Mencari Erti dalam Karya Pengarang Veteran
Roziah Md. Yunus

Pabila Hujan Turun
Daya Persepsi yang Pasif
Shahnon Ahmad
(Sasterawan Negara)

Selingkar Bundaran Kata
Perang dan Kecewa di Vietnam
Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara) 

Sastera Antarabangsa
Kamil Kilani: Bapa Kesusasteraan Kanak-kanak
Hafid Imam Iman

Sastera Tradisional
Di Sebalik Kebijaksanaan Tun Seri Lanang
Noriah Taslim

Daripada Editor

DI Pentas dan Dilayar Perak Ilhamnya Dicerna

Seperti laznya, setiap kali jendela awal tahun dikuak Majalah Dewan Sastera akan memfokuskan tokoh penerima  S.E.A. Write Awards. Penulis yang bertuah menerima anugerah ini pada tahun 2008 lalu ialah, Profesor Hatta Azad Khan. Hatta yang mula menulis esei, kritikan, drama radio kini lebih menumpukan perhatian kepada drama pentas dan skrip filem. Filem pertama Hatta ialah Mat Som pernah mewakili Malaysia dalam festival filem antarabangsa, di Tokyo, Fukuoka (Jepun), Bangalore (India), Hawai, Taipei (Taiwan) dan Jakarta. Filem kedua beliau Wayang yang judul asalnya Kelir Kaku  juga merupakan hasil sentuhan kreatifnya yang amat membanggakan.
   Dalam persada sastera tanah air kehebatan Hatta sebagai penulis skrip drama pentas tidak dapat disangkal lagi. Beliau telah banyak memenangi hadiah sayembara. Kehebatan beliau dalam penulisan skrip drama muzikal ini sering dipadankan dengan kehebatan Sasterawan Negara Noordin Hassan, bahkan sering dibuat perbandingan dari segi teknik pengkaryaan kedua-dua insan seni ini. Hatta lebih gemar dengan teater muzikal yang berunsur “komedi situasi”, dengan memasukkan pesanan yang tidak menuntut cabaran akal. Beliau gemar membawa pesanan, kritikan sinis, dan pengajaran melalui watak rakyat sederhana dan tipikal yang diciptanya berdasarkan kisah yang benar, yang dilaluinya, dipandangnya, dan dihayatinya. Bahasa yang digunakannya, bahasa seharian yang sering digunakan oleh masyarakat umum, sebaliknya bahasa dalam skrip drama Noordin Hassan merupakan bahasa untuk golongan pencinta sastera dan seniman; berbunga-bunga dan sarat dengan perlambangan.
   Banyak yang kami  cuba tampilkan dalam Dewan Sastera Januari 2009 khusus tentang Hatta Azad Khan. Dengan kehebatan beliau itu tidak hairanlah mengapakah nama beliau menjadi pilihan dinobatkan sebagai penerima S.E.A. Write Award 2009. Jika Sasterawan Negara Noordin Hassan dinobatkan sebagai Sasterawan Negara atas “tiket” genre skrip drama pentasnya, adakah kemungkinan, Hatta juga akan diletakkan namanya sebaris sebagai calon Sasterawan Negara? Sama-samalah kita tunggu dan lihat, 2009 diharapkan akan memberikan sinar yang lebih cerah dalam persada sastera tanah air kita.

 “Selamat Tahun Baharu” daripada kami siding editorial majalah Dewan Sastera.

Rozninah Abd. Azib    
 


FOKUS
 

Muzikal Pi Mai Pi Mai Tang: Lirik dan Pemikiran
OLEH: RAHMAN SHAARI

Pembicaraan ini disandarkan pada skrip “Muzikal Pi Mai Pi Mai Tang Tu” yang terdapat dalam buku Tiga Teater Muzikal karya Hatta Azad Khan.
 “Pi Mai Pi Mai Tang Tu” telah masuk ke jiwa penonton, dan telah terbina unsur tipa induk.  Jika di sana sini orang Melayu tahu akan kisah Si Luncai, atau Pak Kaduk dan seumpamanya,  secara relatif  agak besar juga orang Malaysia yang tahu akan “Pi Mai Pi Mai Tang Tu”.  Demikianlah yang dapat disebutkan tentang populariti karya tersebut. Dalam satu siri yang panjang, tentulah ada yang baik serta cukup berkesan, dan ada juga yang kurang bagus. Namun, perkara utama yang wajar disebutkan ialah Hatta telah mengasaskan satu siri sitkom yang tidak mudah dilupakan masyarakat...

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Sastera Januari 2009. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788.Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

 

 


Kemaskini pada 2017-03-16 16:35:58 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.