Dewan Sastera Disember 2010

 

 MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 

Daripada Editor
Kesusasteraan yang Sentiasa Berubah
Rozninah Abd. Azib

Surat Kepada Editor
Menyokong "Ujana Klasik"
Nazri Mohd Zain

Tahniah S.M.Zakir
Nur Hamizah Hashim

Merindui Tulisan Sasterawan Negara 
Norwati Sharif 

Datang 
Zulkifli Salleh

langit-Mu Tiada Bersangga
Mohd Noor Md Zam

Sebagai Cakerawala
Kemala

Penyerahan
A. Halim Ali

Aku Penyai Pohon Keredaan
Din S.

Selepas Membaca Tawfik
al-Hakim
Raihan Mohd. Saaid

Gadis Gunung Berapi
Saadiah Haji Ibrhim 

Nabi Muhammad SAW 
Rasul Pilihan
Nong

Bersandar
Siti Zaleha M. Hashim

 

 

Puisi Khas
Di Depan Mimbar
Baha Zain

Puteri Palembang
Siti Zainon Ismail

Puisi Pilihan
S.M.Zakir

Gurindam Rakyat (7)
Rogayah A. Hamid

Ujana Klasik
Harapan dan Pesanan Buat Anak-anakku
Adnan Abd.Jamil

Drama
Mat Piah dan Mr. Blackway
Mahizan Husain

Cerpen
Inderaloka
Hasan Baseri Budiman

Wilayah Sultan
S.M. Zakir

Kau Bagai Pohon Kayu
Lee Keok Chih

WilayaHidayah Patah Hati
Zaleha Ahmat

Puisi Bulan Ini
Aku Hanyalah Bayang-bayang
Abizai

Diminati Derita
Abd. Ghafar Bahari

Seperti Kehilangan Cermin
Hilmi Rindu

Mencipta Matahari
Jasni Mat Lani

Selubung
Saifullizan Yahaya

Sumpah Semerah Padi
Zakiah Bahari

Seorang Tua di kaki Bukit
Wadiassofi Jaafar

Cinta Perempuan yang Cantik
Rosani Hiplee

Membaca Bahasa Pencipta
Nazim Mohd. Subri

 

Monolog Kecil
 Apa Kata Maulana 
Tentang Hati
Baha Zain

 Karyawan Bulan Ini
Cerita yang Tidak Pernah Selesai
S.M. Zakir

Fokus
Cerpen Berkembang Seiring pembangunan Negara
W.B. Rendra

Cerpen Mutakhir Sastera Malaysia
S.M. Zakir

Cerita Pendek dan Kita
Shahnon Ahmad
(Sasterawan Negara)

Ulasan Buku
Di Bawah Unggun Api

Pantun Pak Nazel

Namaku Epal Kuning

Apabila Alam Berbicara

Kajian
Implikasi agama dan Imej Keagamaan dalam Sajak-sajak Rendra
Fatimah Busu

Bicara Karya
Keterjajahan dalam Lingkaran Doktrin Terra Nullius
Mohd Hanafi Ibrahim

Tabir Hayat
Perjalanan Panjang Seorang Pengarang Achdiat K. Mihardja (1911-2010)
Wan A.Rafar

Reaksi
"Bidadari Burung" - Permainan Simbol Liberalisme dan Pluralisme Agama
Nisah Haji Haron

Selingkar Bundaran Kata
Wen, Cakerawala dan Sastera (Liu Hsieh) 467 - 523 Masihi)
Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara) 

Sastera Tradisional
Hikaya Deli
Pengajaran membaca Hikayat Melayu 
Noriah Taslim

Pabila Hujan Turun
Pabila Hujan Turun Menimpa Bumi 
Shahnon Ahmad (Sasterawan Negara)

Daripada Editor

Kesusasteraan yang 
Sentiasa Berubah

Pada zaman 1920-an, cerpen-cerpen yang dihasilkan oleh pengarang beraliran romantisme. Pada waktu itu karya pengarang tanah air masih dibuai dengan kelembutan bahasa dan dipengaruhi oleh aliran tradisional. Selepas zaman itu tradisi kesusasteraan moden tanah air berubah dan berkembang ke zaman realisme, terutama pada zaman tanah air sedang membebaskan diri daripada belenggu penjajah. Cerpen-cerpen yang dihasilkan oleh pengarang pada zaman itu berbentuk protes dan kritis yang mengkritik keadaan sosial dan politik tanah air secara nyata tanpa berselindung. Penulis Asas 50 menjadi pencetus dan penggerak dalam melahirkan karya-karya protes dan kritis. 
  Selepas merdeka bentuk cerpen protes dan kritis lenyap bersama-sama zaman perjuangan kemerdekaan yang berlalu. Pengarang selepas merdeka lebih berani mencuba beberapa aliran baharu yang berbentuk eksperimen terutama absurdisme. Sehingga kini corak cerpen eksperimen terus menjadi aliran pilihan beberapa orang pengarang muda. Tema dan persoalan yang diangkat oleh pengarang dalam cerpen mereka bukan lagi tentang perjuangan dan patriotisme. Selepas Arena Wati kembali ke alam abadi, mungkin persada sastera tanah air tidak lagi dapat menatap karya yang membawa kita kembali ke nostalgia zaman sebelum merdeka, kerana beliaulah pengarang yang menggemari tema itu. Cerpen-cerpen terkini hasil pengarang muda menyentuh hal-hal semasa dan mereka lebih gemar bereksperimen dengan pelbagai teori.
   Namun begitu, pengarang muda yang berani dan bijaksana bereksperimen itu kini, mempunyai gagasan yang tersendiri dalam kepengarangan mereka, sehingga masing-masing dapat menyerlahkan jati diri. Mereka mula menyederhanakan “kegilaan” mereka bereksperimen dalam hasil karya yang kompleks dan kacau-bilau dengan teori, falsafah, sejarah, perkataan arkaik dan perkataan bombastik. Maka itu, beberapa orang pengarang muda yang dahulunya karya mereka sukar difahami dan dihayati, kini tidak lagi meneruskan “kegilaan” mereka. Karya mereka biarpun mencabar keintelektualan tetap boleh difahami dan memberi kesan emosi kepada pembaca. Dewan Sastera membawa pembaca melihat bagaimana perubahan dalam dunia penulisan cerpen berlaku melalui ruangan fokusnya  

Rozninah Abd. Azib


FOKUS          

Cerpen Berkembang Seiring Pembangunan Negara
OLEH: W. B. RENDRA

  Sifat cerpen yang tidak terlalu kompleks dengan latar masa dan latar tempat yang terhad dan jumlah watak yang minimum, menjadikan cerpen antara genre yang amat diminati oleh pengarang dalam penghasilan karya kesusasteraan berbanding dengan genre yang lain. Hakikatnya cerpen merupakan hasil ciptaan seni kreatif yang mempunyai cara gaya mengekspresikan nilai emosi dan pemikiran pengarang terhadap sesuatu situasi dalam masyarakat dan sesuatu zaman. Maka itu pengarang adalah perakam peristiwa dan zaman. Oleh sebab ciri-ciri cerpen yang pendek dan ringkas sifatnya, maka cerpen menjadi saluran yang ringkas dan cepat tetapi tepat untuk menyampaikan mesej bersesuaian dengan zaman yang juga berubah begitu pantas.
    Hasil daripada kajian terhadap perkembangan cerpen Melayu tanah air, perkembangannya dapat dibahagikan kepada beberapa tahap. Pertama, tahun 1920 tahap cerpen mula diperkenalkan; kedua, tahap kesemarakan perkembangan cerpen hingga tahun 1941; ketiga, tahun 1942-1945 zaman cerpen ketika pendudukan Jepun di Semenanjung Tanah Melayu; keempat, selepas Perang Dunia Kedua hingga tahun 1949 atau dikenali cerpen zaman selepas perang; kelima, dari tahun 1950 hingga pertengahan tahun 1955 atau cerpen zaman sebelum merdeka; keenam tahun 1955 hingga tahun 1959 atau cerpen selepas merdeka; ketujuh, akhir tahun 1969 hingga kini. 
Dengan meneliti tahap-tahap ini dapat dilihat perubahan dan faktur yang mendorong ke atas perubahan-perubahan itu berlaku, berbanding dengan perkembangan cerpen pada zaman kini. Pada tahap sebelum merdeka khususnya sehingga pendudukan Jepun, kebanyakan cerpenis menghasilkan cerpen yang memperlihatkan pergolakan jiwa masyarakat Melayu yang sering dikaitkan dengan ketamadunan Melayu dan perjuangan yang konkrit untuk mencapai sesuatu matlamat yang menjadi motif bangsa, iaitu perjuangan membebaskan diri daripada penjajahan. 

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Sastera Disember 2010. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788.Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

 

 

 


Kemaskini pada 2017-03-16 16:36:33 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.