Dewan Sastera Oktober 2010

 

 MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 

 

Daripada Editor
Menjanakan Kreativiti dan Inovasi
Rozninah Abd. Azib

Surat Kepada Editor
Ujana Klasik dalam Jawi dan Rumi
Elaiza Hanum

Rindu Akan Penulisan Noordin Hassan
Noorimi

Bukukan Ruangan Monolog Kecil
Ahmad Hamzah

Bening Rembulan
Leo A. W. S

Cukup Sampai di Sini
Rogayah A. Hamid

Tidak Paling Indah tapi Cukup untuk Bercinta
Roslan Jomel

Bayangan
Lee Keok Chin

Malam Aidilfitri
Ramlan Abd. Wahab

Penghujungnya
A.Ghani Abdullah

Menemui Aidilfitri
Norasikin Mohd. Remli

Lambaian Aidilfitri
Merah Azmi

Burung Kecil
 M. Arif

Jika Tidak Kerana (II)
Ehsan Jamily

Kerantina
Solihin Osman

 

 

Puisi Khas
Waktu Dahulu Itu
Baha Zain

Si Manis Tanjung Puteri
Siti Zainon Ismail

Gurindam Rakyat (4)
Rogayah A. Hamid

Ujana Klasik
10 Pantun Peribahasa Tentang Mati
Nazel Hashim Mohamad

Drama
Sel
Basri Abdillah

Cerpen
Daripada Nutfah kepada Tuhan
Kamariah Haji Kamaruddin

Selembut Hati Ibu
Kamaruzaman Othman

Kaf, Ha Ya, Ain, Sad
Wan Asyeah Wan Nawang

Bidadari Burung
S.M Zakir

Puisi Bulan Ini
Pabila Melihat
Ad Rahim Hamid

Keliru
Norhisham Mustaffa

Titian Baharu
A. Aziz Deraman

Puisi dari Itali (2)
Wan. A. Rafar

Waadat Orang-orang Besar
Poul Nanggang 

Haruan di Laman Ibu
Che Soo Ismail  

Dien Tamara
A. Rahim Abdullah

 

Monolog Kecil
 Malaysia-Indonesia: dari Mohd. Yamin ke Angkatan 2000
Baha Zain

Karyawan  Bulan Ini
Antara Dunia Kreatif dengan Tuntutan Ilmiah
Kamariah Haji Kamamruddin

Bicara Karya
Kamariah Kamaruddin
Menjunjung Sastera Junjungan
Muhamad Ikhram Fadhly Hussin

Fokus
Promosi Buku Sastera Gaya Alaf Baharu
Nisah Haji Haron

Teater Berpotensi Mendapat Pasaran Meluas
Nur Atiqah Rahim

Ulasan Buku
Gelombang Cengkerama dan Tsunami

Ok Ok

Serigala dan Sekuntum Tulip

Mutiara Kata Sasterawan Negara

Pabila Hujan Turun
Bertemu Kembali
Shahnon Ahmad (Sasterawan Negara)

Kajian
Kekaguman Estetik dalam Jalan Desa ke Kota
Arbak Othman

Sastera Antarabangsa
Sasterawan Palestin Mahmud Muflih
Zarimah Mohd. Zakaria

Selingkar Bundaran Kata
Sulalat al-Salatin
(Sejarah Melayu): Sebuah Catatan Kerja
Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara) 

 Sastera Tradisional
Wajah Islam dalam Hikayat Meukuta Alam
Noriah Taslim 

Daripada Editor

Menjana Kreativiti dan Inovasi

Sejak Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib mengumumkan betapa pentingnya memberikan penekanan kepada “berfikir secara kreatif” banyak pihak yang  memberikan tindak balas yang positif. Baik orang perseorangan, mahupun syarikat swasta kini telah melihat “kreatif dan kekreatifan” itu suatu hal yang penting, dan perlu disasarkan konsep pemikiran ini khususnya kepada golongan pelajar. Beberapa syarikat besar, yang diketuai oleh Malaysian Technology Development Corparation (MTDC) telah menganjur bengkel inovasi kepada pelajar -- dengan kesedaran meningkatkan inovasi menerusi pemikiran kreatif.
   Apabila pihak swasta dan orang-orang korporat telah menyedari perihal pentingnya “kreativiti dan Inovasi”, ini merupakan suatu petanda baik kepada perkembangan kesusasteraan tanah air. Kekreatifan tidak akan dapat lari daripada menyentuh tentang seni; sama ada seni lukisan, seni muzik, dan seni sastera, malah melalui kesusasteraanlah kekreatifan dapat dikecapi secara maksimum. Hal ini adalah kerana seni kesusasteraan itu sangat luas bidang dan bentuknya; mungkin buku-buku sastera dalam pelbagai genre, novel, cerpen, puisi, atau drama. Kekreatifan boleh juga dihayati melalui persembahan, seperti pendeklamasian, menyampaikan syair dan gurindam dan yang paling tersohor pementasan teater.
   Dengan sokongan kerajaan yang melihat kepentingan menjanakan pemikiran kreatif dan sambutan baik daripada pihak swasta yang sanggup menganjurkan program-program yang akan melibatkan aktiviti “kreativiti dan Inovasi” tidak sepatutnya produk sastera tidak boleh dipasarkan. Cuma dalam keadaan produk sastera mulai mendapat pasaran ini, pihak yang terlibat secara langsung dalam penghasilan karya sastera, sama ada dalam bentuk buku, majalah, surat khabar mahupun yang dalam bentuk persembahan mesti pandai menggunakan peluang ini. 
  Walau bagaimanapun, dalam kita seronok memenuhi permintaan khalayak, jangan sampai sanggup kita menggadai nilai sastera, terutama dari segi estetikanya. Jika indah dan tinggi pula nilai ilmu dan estetikanya jangan pula sampai tidak diketahui orang akan kehadirannya,  hingga menjadi sesuatu yang tidak berharga dan kurang baik “seperti beras lembap: dijual tak laku, ditanak tak muai”. Inilah antara persoalan yang Dewan Sastera, Oktober cuba rungkaikan, iaitu tentang pemasaran karya sastera.

Rozninah Abd. Azib


FOKUS          

TEATER BERPOTENSI MENDAPAT PASARAN MELUAS
OLEH: Nur Atiqah Rahim

Karya sastera bukan sahaja berbentuk buku sastera dalam pelbagai genre, seperti novel, puisi, drama dan cerpen tetapi juga meliputi karya yang berbentuk seni persembahan. Antara seni persembahan sastera yang popular ialah teater atau pementasan drama. 
  Pementasan teater muzikal merupakan antara bentuk teater yang diminati ramai dan menjanjikan jumlah penonton yang ramai. Hal ini bermakna teater muzikal adalah antara produk sastera yang boleh dipasarkan dan mendapat permintaan tinggi. Namun begitu, sejauh mana produk sastera yang dipasarkan memberikan kesan kepada perkembangan sastera tanah air dan menjadi kayu ukur kepada naik atau turunnya nilai dan martabat kesusasteraan itu di mata masyarakat.
  Tahun 2000 merupakan tahun permulaan kepada perkembangan teater mutakhir Malaysia. Teater muzikal merujuk kepada persembahan teater yang menggabungkan unsur lakonan, gerak tari dan nyanyian secara langsung dengan iringan muzik yang  juga secara langsung. Secara asas, konsep persembahannya bukan menggunakan teknik rakaman audio, yang diperdengarkan mengiringi persembahan penyanyi yang meniru dengan menggunakan kaedah gerak mulut

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Sastera Oktober 2010. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788.Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

 

 


Kemaskini pada 2017-03-16 16:37:20 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.