Dewan Sastera September 2010

 

 MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 

 

Daripada Editor
Kesusasteraan Kanak-kanak yang Terus Ditatang
Rozninah Abd. Azib

Surat Kepada Editor
Tambah halaman
Puisi Bulan Ini
Nor Arabayiah Md. Arshad

Ruangan Khas Sasterawan Negara ke-10
Azri Salleh

Karyawan Bulan Ini Memperkenalkan Penulis
Nur'ain Abdullah

Berkecailah Segala Kaca Fana
Abizai  

Inayah daripada
Cembul Akar
Naapie Mat

Daun Kuning Daun
Anis

Furqaan...Kau Kujunjung
Syasya Zainal

Burung Kecil
M.Arif

Puncak Falah
Jusoh Ahmad

Saat Kutatap Wajah Kekasih Seketika dalam Lena
Adnan Abd. Jamil

Angin dari Gurun
Fudzail

Suara dari Bilik Mayat
Onn Abdullah

Mencuci Sejadah
Marsli N.O.

Ziarah Kubur
 Suhaimi Haji Muhamad

 

Puisi Khas
Landskap
Baha Zain

Adat Memangku Puan
Siti Zainon Ismail

Gurindam Rakyat (4)
Rogayah A. Hamid

Puisi Pilihan
Latifah Mohd. Sabli

Ujana Klasik
Pantun Kasih
Jamilah Hashim

Drama
Sel
Basri Abdillah

Cerpen
Langit Tidak Berbintang di Ulu Slim
Malim Ghozali PK

Aku, Kucing dan Cinta
Maskiah Haji Masrom

Kekasih
Azman Nordin

Sepuntung Kaki untuk Cah
Zainol Idris

Puisi Bulan Ini
Mencari "Lailah"
Zaiton Ajamain

Undangan
Salmiah Ismail

Aku Seekor Gagak yang Diturunkan oleh Tuhan-Mu
Saifullizan Yahaya

Menyentuh Taman
Hilmi Rindu

Kepala
Mahli A.B

 

Monolog Kecil
 Obsesi dan Keghairahan Menulis Kolum
Baha Zain

Karyawan  Bulan Ini
Antara Suara Sukarno dan Sekolah Rakyat
Latifah Mohd. Sabli

Bicara Karya
Estetika Komunikasi dalam Tanahku Ros Merah
Ja'afar Hamdan

Fokus
Memperkasakan Karya Sastera Kanak-kanak
Alimah Salam

Perpustakaan dan Sastera Kanak-kanak 
Mahaya Mohd. Yassin

Ulasan Buku
Ayam Hutan Terang

Cicit Mat Jenin dan Lain-lain

Siri Buku Cerita Rakyat

Bok Buri

Selingkar Bundaran Kata
Makna Segala-galanya
Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara) 

Sastera Antarabangsa
Sastera Dewan
Hafid Imam Imam

Knut Hamsun Pengarang Genius
Roslan Jomel

Kajian
Makna kebenaran dalam Novel Daun
Budi Darma

Menghayati Drama Anwar Ridhwan
Wong Soak Koon

 Sastera Tradisional
Alusi Sejarah dalam Hikayat Meukuta Alam
Noriah Taslim 

Daripada Editor

Kesusasteraan Kanak-kanak yang Terus Ditatang

Sejak akhir-akhir ini banyak keputusan dan tindakan kerajaan, sama ada yang baru dalam peringkat perbincangan atau telah ada keputusan dan pelaksanaan, dikemukakan kepada rakyat untuk memastikan kelangsungan hidup generasi mendatang dalam keadaan yang sempurna dan berjaya. Kesemua keputusan dan idea itu terbit daripada penilaian semula dan kenal pasti kelemahan dan kelebihan setiap dasar dan tindak-tanduk yang menjadi amalan pendidikan negara. 
    Antara isu besar yang heboh baru-baru ini adalah tentang pemansuhan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi mengalih arah sistem pendidikan  negara agar tidak terlalu berfokus kepada peperiksaan. Isu ini mendapat pandangan pro dan kontra   daripada rakyat. Sebelum ini isu pelaksanaan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak (PERMATA) yang ideanya dicetuskan oleh Datin Seri Rosmah Mansor telah membuka mata banyak pihak, yang rata-rata menyokong pelaksanaan program itu.
  Kedua-dua isu ini ada kaitan dan melibatkan kanak-kanak. Kerajaan memang amat menyedari betapa pentingnya mengasuh dan mendidik golongan kanak-kanak ini yang bakal menjadi dewasa dan menggantikan generasi tua. Kanak-kanak PERMATA dididik melalui kaedah eksperimentasi, eksplorasi, dan pengalaman yang memberikan ruang kepada mereka untuk berfikir dan bebas melakukan aktiviti secara kreatif. Dengan kurikulum PERMATA yang memberikan tumpuan kepada bidang sosioemosi dan kerohanian, bahasa dan literasi awal, pramatematik dan logik, sensori dan pemahaman dunia persekitaran, estetika dan kreativiti jelas betapa kerajaan berpandangan bahawa pendidikan awal kanak-kanak seawal usia setahun cukup penting bagi membentuk mereka menjadi generasi yang berguna dan berwawasan. 
   Estetika dan kreativiti adalah antara perkara yang ditekankan dalam kurikulum pendidikan ini. Bagi merealisasikan kurikulum di bawah program PERMATA ini, maka kesusasteraan kanak-kanak tidak boleh dikesampingkan. Banyak buku cerita bergambar, novel kanak-kanak, dan buku puisi diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, sejak tahun 1980-an lagi. Perpustakaan antara institusi yang penting dan ada kaitan dengan kerelevanan kesusasteraan kanak-kanak sepanjang zaman.
   Alimah Salam, pustakawan yang berpuluh-puluh tahun bertugas di Perpustakaan Negara telah sudi berkongsi pengalaman sepanjang perkhidmatannya dan memberi pandangan dan idea bagaimana untuk meningkatkan perkhidmatan dan fungsi perpustakaan kepada perkembangan kesusasteraan kanak-kanak dan menggalakkan minat membaca. Mahaya Mohd. Yasin pula, yang berpeluang melawat perpustakaan terbesar di Jepun, telah sudi berkongsi pengalaman bagaimana masyarakat di Jepun menjadikan perpustakaan sebagai tempat mereka mendapatkan dan menghayati kesusasteraan kanak-kanak secara mudah, cepat dan selesa. Kesusasteraan tidak akan mati di hati generasi mendatang jika kesusasteraan itu terus ditatang.


FOKUS          

Perpustakaan Sastera Kanak-kanak Antarabangsa Jepun:
Penyediaan Masa Hadapan Bangsa

Oleh: Mahaya Mohd. Yassin

Masa hadapan negara terletak dalam genggaman golongan muda. Oleh itu, jika mereka mantap, bijak dan berpandangan jauh perancangan yang disediakan, mereka akan berupaya melunasi tugas, tanggungjawab dan peranan tersebut dengan wibawa, yakin dan berdedikasi. Negara dapat menikmati kemajuan dan kemakmuran seperti yang telah dicorakkan.
  Satu daripada beribu wadah yang membantu pembinaan modal insan yang bersiap siaga, berilmu, berkemahiran dan mengamalkan nilai murni ialah perpustakaan. Perpustakaan merupakan gedung ilmu. Bangsa yang membaca, bangsa yang bijaksana, membaca membuka jendela cakerawala. Pelbagai slogan dan cogan kata yang dicipta untuk merangsang penjanaan ilmu dalam kalangan masyarakat, khasnya golongan belia, remaja dan kanak-kanak.
  Di Jepun, sebuah perpustakaan kanak-kanak yang pertama diwujudkan khusus untuk sastera kanak-kanak, iaitu Perpustakaan Sastera Kanak-kanak Antarabangsa (PSKA) (International Library of Children’s Literature). PSKA merupakan cawangan International Diet Library (IDL) atau Perpustakaan Negara Jepun dan terletak di 12-49 Ueno Park, Taito-ku, Tokyo.

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Sastera September 2010. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788.Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

 

 


Kemaskini pada 2017-03-16 16:37:47 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.