Dewan Sastera Jun 2010

 

 MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 

 

Daripada Editor
Tinggallan Rebana Beralirkan ke Gelanggang...
Rozninah Abd. Azib

Surat Kepada Editor
Koleksi Dewan Sastera
Zatie Nurzuraini Che Soh

Buku Terbitan DBP Sukar Diperoleh
Aladin Mohamad

Bukukan "Pabila Hujan Turun"
Jamaludin D.

Pesan Seorang Lukman kepada Puterinya
Abd. Razak @ Rezeki Othman

Seorang Polis Trafik
Zahari Hasib

Sakit Penebus Dosa?
Kamarudin Mohamad

Melagukan Ombak
Jamilah Hashim

Serigala
S.M. Zakir

Ranjang Putih Bertaburan Kemboja
Faisal Tehrani

Daun di Kaki Camar
 Jamaludin D.

Jujurlah Kawan
HMS Abu Bakar

 

 

Puisi Khas
Masa Silam Menyelinap Bersama Mimpi
Baha Zain

Gurindam Rakyat (1)
Rogayah A. Hamid

Tun Ratna Sundari
Siti Zainon Ismail
 

Ujana Klasik
Pantun Kasih
Nor Jamilah Mohd Noor
 

Drama
Derik Kerisik
Faisal Tehrani
 

Cerpen
Datukku Kahwin Lagi
T A Razak HM
 

Sunat
Anton Zakuan
 

Lelaki Romantik yang Datang pada Pukul 10.00 Malam
Roslan Jomel

Tanah
Halil Ali

Puisi Bulan Ini

Sekeping Kartu Januari
Ismas Saring
 

Pulau Batu Putih
Haron A.H.
 

Teguhmu
Enche Abdullah

 

Pedang Jihad
Onn Abdullah
 

Bersyukurlah
Zarifahanim Hashim

 

 

Monolog Kecil
 Persatuan Penulis Kena Berubah untuk Kekal
Baha Zain

Ulasan Buku
Tanah Emas

Bungalina

Kembara fikir Di Tanah Senja

Gaya Bahasa Sastera 

Sastera Antarabangsa
Kemuliaan Al-Talisi pada Mata Penanya
Hafid Imam Iman

Karyawan  Bulan Ini
Menulis Itu Terapi
Halil Ali

Bicara Karya
Teori Sastera Pascakolonial dalam Berlabuh di Hujung Senja
Mohd. Adib Hassan

Bicara Karya
Karya Jelani Memudahkan Rumit
Ding Choo Ming

Fokus
Persatuan Tunjang Kejayaan Penulis?
Hamzah Hamdani

Penulis Muda dan Persatuan
S. M. Zakir

Persatuan Mencungkil
 Bakat Penulis
Shapiai Muhammed
Ramly

Tabir Hayat
"Saya Hidup dalam Dialog yang Abadi"- Umar Junus
Wan A. Rafar

Kajian
Hubungan Melayu-Cina dalam Cerpen Melayu
Mawar Shafie

Selingkar Bundaran Kata
Menemui Tagore di Benggala
Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara)

Sastera Tradisional
Jiwa Aceh yang Terbelah dalam Hikayat Teungku di Meuke
Noriah Taslim

Daripada Editor

Tinggalkan Rebana Beralir ke Gelanggang…

“Zaman Tuk Nadur berkajang kain” telah berlalu dan kini diganti dengan zaman teknologi maklumat, yang serba canggih dan cepat. Pada zaman teknologi maklumat ini, kita tidak perlu bersua muka lagi, dan dengan sentuhan hujung jari di papan kekunci komputer sahaja, kita sudah boleh berbincang, mencambahkan idea, malah ada yang menuntut ilmu penulisan melalui siber sahaja. Tunas Cipta, misalnya telah mengenal pasti, malah sudah menerbitkan beberapa buah karya yang ditulis oleh penulis yang dilahirkan melalui bimbingan siber. Azmah Nordin, antara penulis mapan yang membimbing penulis melalui alam siber. Hal ini membuktikan bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi penulis. 
  Kebanyakan penulis dahulu tidak akan bergerak secara solo dan mereka sangat terikat dengan persatuan yang menjadi tunjang bagi mereka menggerakkan aktiviti penulisan, bahkan menjadi landasan untuk melonjakkan nama seseorang penulis. Melalui persatuanlah, bengkel penulisan dan pelbagai sayembara dianjurkan bagi merancakkan aktiviti kepengarangan penulis. Kesannya, banyak penulis yang tidak dapat melupakan jasa dan budi persatuan penulisan yang menjadikan mereka tersohor.
  Persatuan Penulis Johor di selatan tanah air, Asasi di utara tanah air, dan Pena serta Kalam di ibu negara, antara persatuan penulis yang sangat aktif dan melahirkan penulis tersohor secara berkesinambungan. Namun begitu, ada juga negeri yang menghadapi situasi yang terlalu banyak persatuan di dalam negerinya, hingga menjadikan mereka bersaing sesama sendiri. 
  Selain bersaing sesama sendiri, timbul juga masalah kepercayaan, terutama daripada golongan muda yang berasakan mereka boleh bergerak sendiri dan tidak memerlukan persatuan untuk membantu mereka mencari nama dalam dunia penulisan. Apatah lagi bagi mereka yang beranggapan persatuan hanya menjadi gelanggang perdebatan minda dan ada masanya menjadi medan percaturan politik untuk merebut jawatan. Persoalan inilah yang cuba dipecahkan oleh Dewan Sastera bagi melihatkan kerelevanan persatuan kepada penulis untuk zaman siber ini. 
   Adakah benar penulis tidak memerlukan persatuan lagi ataupun sebaliknya? Patutkah penulis memandang serong terhadap persatuan? Carilah kebaikan yang ada; “jika sengaja hendak bercekak pinggang, tinggallah rebana beralir ke gelanggang; tidak tahu pipit tidak tahu enggang, yang rapat kelak menjadi renggang.” Bagi saya, lebih baik berpersatuan daripada berseorangan kerana kita akan menjadi lebih utuh, “ibarat lidi, jika sebatang mudah dipatah, jika seikat hendak diliutkannya pun susah, apatah lagi hendak dipatahkan”.

Rozninah Abd. Azib
 


 

FOKUS 

         
Persatuan Mencungkil Bakat Penulis
Oleh: Shapiai Muhammad Ramly.

Benarkah “persatuan” begitu penting bagi penulis? Mengapa penulis perlu berpersatuan? Persoalan “penulis” dan “persatuan” timbul bila ada penulis yang menyatakan bahawa mereka tidak memerlukan persatuan untuk melahirkan karya. Malah, karya-karya besar dunia juga lahir di tangan penulis yang tidak pernah masuk persatuan. Lalu, kenapa ada penulis yang menubuhkan persatuan?
  Bagi Zam Ismail, yang pernah menerajui Persatuan Penulis Johor (PPJ) pada tahun 70-an dahulu, yang juga merupakan pengasas PPJ, beliau menyatakan, “Kesedaran perlunya sebuah persatuan penulis bagi memenuhi tuntutan semasa, setelah hampir 10 tahun negara merdeka, maka tertubuhlah sebuah jawatankuasa sementara (penaja) Persatuan Penulis Johor (PPJ) yang diterajui oleh beberapa orang pencinta sastera di Johor.”
   Persatuan Penulis Johor (PPJ) ditubuhkan di Johor Bahru pada 29 Mei 1966 dan diluluskan pendaftarannya pada 10 Mei 1967. Penubuhan PPJ sebagai sebuah persatuan penulis, adalah mewarisi tradisi badan bahasa dan sastera yang pertama, iaitu Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa, yang ditubuhkan di Johor Bahru pada tahun 1888.

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Sastera Jun 2010. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788.Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

 

 

 

 


Kemaskini pada 2017-03-16 16:38:49 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.