Dewan Sastera April 2010

 

 MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 

 

Daripada Editor
Berkomunikasi Melalui Puisi
Rozninah Abd. Azib

Surat Kepada Editor
Istilah Sajak dan Puisi
Nawawee Mohammad

Bicara Tinta Seorang Penulis
Salbiah Salleh

Semerah Harga Diri
Adi Muara

Aroma yang Hilang
Nor Jamilah Mohd. Nor

Lahad Pasti Terbuka
 Nazri Sham DPMP

Rahsia Berselubung (2)
Abizai

Embun dan Rumput
A. Ghani Abdullah

Menyusur Tepian
Norhisham Mustaffa

Cinta Kasih Ini
Onn Abdullah

Dongeng Api
Ali Jusoh

Fikir-fikir
Shaari A.B.

Perjalanan Air
Raymond Majumah

Sehari Sebutir Bintang
Zaharah Nawawi

Kehidupan
Idros Samsudin

 

Puisi Khas
Berjalan ke Sempadan
Baha Zain

Puisi Khas
A. Karim Kadir

Gurindam 12
Rogayah A. Hamid

Cik Siti Wan Kembang
Siti Zainon Ismail

Ujana Klasik
Gurindam Hati 2
Nawawee Mohamad

Drama
Derik Kerisik
Faisal Tehrani

Cerpen
Hajat Tidak Kesampaian
Mohd. Mansur Abdullah

Bunyi
Saifullizan Yahaya

Kisah Di Kanchanaburi
Osman Ayub

Ng' Kafak
A. Karim Kadir

Puisi Bulan Ini

Bolehkah Kita Bersatu
Ehsan Jamily

Jika Menyemai Benih Prasangka
Shapiai Muhamad Ramly

Suatu Wajah
Saadiah Haji Ibrahim

Antara Tebuan
Aladin Mohamad

Lampu Suci
Arbak Othman

Tumit-tumit Pantai Zaman
M. Ashikin

Tubuh
Wan Jaafar Ahmad

Laut
Husna Nazri

 

 

Monolog Kecil
 Bagaimana Nama Bermain di Tangan Takdir?
Baha Zain

Ulasan Buku
Daerah Beta

Nafas-nafas Nuraini

Siri Sel dan Hidupan

Menanti Buraq

Karyawan  Bulan Ini
A. Karim Kadir
Penulisan Sahsiah Pemikiran Manusia
Jasni Matlani

Karyawan  Bulan Ini
Manusia Simbol Keindahan Seniman Figura
A. Karim Kadir

Bicara Karya
Kepompong Mencari Tanda Membongkar Makna
Mohamad Shahidan

Fokus
Penyair Nusantara
Melangkaui Bangsa dan Negara
Nazmi Yaakub

Maskara, Bloogers dan Puisi
S. M. Zakir

Selingkar Bundaran Kata
Setelah 350 tahun Tun Seri Lanang dikuburkan "Anak Cucunya"
Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara)

Kajian
Perspektif Bangsa dalam Lanskap
Mohamad Daud Mohamad

Tabir Hayat
... dan Tuk Selampit pun Meninggalkan Gelanggangnya
Zakaria Ariffin

Tabir Hayat
Ariffin Pergi dengan Meninggal Skrip Novel
Sharif Putera

Sastera Antarabangsa
Jamilah al-'Alayili Sasterawan
Zarima Mohd Zakaria

Sastera Tradisional
Hikayat Pocut Muhamat dan Wajah Baharu Seorang Wira
Noriah Taslim

Daripada Editor
 

Berkomunikasi Melalui Puisi

Puisi, khususnya puisi moden iaitu sajak, bukan sahaja seni sastera yang berfungsi sebagai saluran untuk pengarang mengalirkan idea, fikiran, dan perasaan dengan makna yang bermakna, tetapi juga merupakan saluran komunikasi yang paling berkesan antara sesama manusia tanpa mengira warna kulit dan tanpa sempadan. Dengan bahasa puitis, sebagai sifat sesebuah sajak, sesuatu yang sangat sensitif dapat disampaikan dengan lembut dan berseni. 
   Setiap karya dicipta untuk berkomunikasi dengan khalayak pilihannya. Lantaran sifat sajak itu pendek tetapi padat dengan makna berbanding dengan genre yang lain, dan bebas daripada plot, maka sajak sangat popular dalam kalangan penggiat sastera – untuk berkomunikasi. 
  Selain itu sajak lebih senang dan cepat dicipta malah lebih ringkas dan mudah dipersembahkan kepada khalayak, dalam bentuk deklamasi khususnya. Maka, sajak sering dijadikan acara sastera oleh penggiat sastera. Bahkan, kerana keistimewaan inilah majlis deklamasi sajak lebih kerap diadakan berbanding dengan majlis baca naskhah cerpen atau novel. 
   Apatah lagi dengan kehadiran penulis-penulis blog, yang terdiri daripada anak-anak muda yang dikenali sebagai kumpulan “penggiat sastera siber sfera”, sajak menjadi genre yang paling penting untuk menghubung sesama manusia, sama ada untuk meluahkan perasaan, menuang idea, atau membuahkan fikiran. 
  Sajak juga menjadi saluran komunikasi dan hubungan antara rantau, benua malah seluruh dunia. Maka, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan persatuan penulis secara tetap, dua tahun sekali mengadakan “Pertemuan Penyair Nusantara” bagi menyatukan negara rantau. Berjayakah sajak iaitu puisi moden ini menjadikan bahasa sebagai alat yang menghubungkan sesuatu bangsa dengan bangsa yang lain? Sudah sampai masanyakah penggiat sastera menerima kemunculan penulis-penulis siber yang selama ini hanya berpuisi di pinggiran dunia sastera? Inilah yang Dewan Sastera fokuskan untuk keluaran bulan April. Semoga pembaca dapat manfaat dan memberikan reaksi.

  Rozninah Abd. Azib

 


FOKUS 

         
Penyair Nusantara: Melangkaui bangsa dan negara
Oleh: Nazmi Yaakub

“Wahai umat manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada kalangan lelaki dan wanita serta menjadikan kamu (daripada) pelbagai bangsa dan kabilah (etnik) supaya kamu 
berkenal-kenalan.”
(Surah al-Hujurat: 13)

Asas hubungan kemanusiaan yang terdiri daripada kepelbagaian warna kulit dan amalan budaya yang ditekankan dalam al-Quran itu boleh diguna pakai untuk membincangkan hubungan penyair dalam konteks rantau Nusantara.
  Ayat ke-13 itu datang berturutan daripada rangkaian arahan dan larangan yang membabitkan perhubungan manusia yang pelbagai bangsa dan etnik seperti yang ditegaskan Dr Wahbah Zuhaili dalam at-Tafsir al-Munir fi al-Aqidah was-Syariah wal Manhaji:
   “Seruan dalam dua ayat sebelumnya ditujukan kepada golongan beriman untuk mendidik (ta’dib) mereka dengan akhlak yang mulia. Seruan dalam ayat ke-13 pula adalah dengan sifat manusia, iaitu mewakili kemanusiaan, sebagai keterangan yang berbentuk tuntutan dan memperkukuhkan larangan yang dinyatakan pada ayat sebelumnya. Maka itu, ia menjadikan tuntutan dalam tiga ayat terbabit ditujukan kepada seluruh manusia, sekali gus menegah mereka daripada perasaan berbangga-bangga (sehingga merendahkan status kelompok lain), mengaibkan golongan lain dan sifat buruk yang lain. 
    Apatah lagi dalam senario semasa terutama hubungan serantau, kita melihat insiden yang menggugah persefahaman antara negara yang turut membabitkan rakyat di negara serantau sehingga menghidupkan perangai Jahiliah kembali seperti mencetuskan sifat Asabiyah (nasionalisme melampau), ejekan terhadap bangsa atau etnik yang lain dengan jolokan label yang mengaibkan.
  Hal ini terbabas sehingga mempergunakan sajak dan puisi sebagai alat propaganda untuk menyampaikan matlamat yang serong itu, sekali gus menafikan idea besar bahawa penyair adalah jurucakap manusia dan kemanusiaan yang mencetuskan kebijaksanaan serta memimpin kewarasan.

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Sastera April 2010. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788.Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

 

 


Kemaskini pada 2017-03-16 16:39:34 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.