Dewan Sastera Februari 2010

 

 MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 

 

Daripada Editor
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Rozninah Abd. Azib

Surat Kepada Editor
Dewan Sastera dan Hadiah Nobel
Osman Ayub

Teruskan Menulis Tanpa Henti
Nazri Mohamed Salleh

Menukang Malam
Shamsudin Othman

Diam
Ezzar Mohd.Kamal

Pelebar Pilihan
Shazmee Rizal Agus
Salim

Perahu Kecil Kami Bersembunyi di Balik  pokok nipah
 Roslan Jomel

Mata Malam
Hajah Latifah Hj. Mohd. Sabli

Nya
IIahmi Fatimah

Rimbu Dusta
Solihin Osman

Penggembala
M. Arif

Sebelum Selepas Senja
Naapie Mat

Untukmu Seorang Menteri
Tamam Hj. Othman

Nakhoda
Ja'afar Hasny

Dalam Nafas Bidadari
Ja'afar Hj. Hamdan

 

Puisi Khas
Dalam Persekitaran Kata-kata
Baha Zain

Gurindam 12
Rogayah A. Hamid

Intan Bersinar di Sungai Besar
Ahmad Sarju

Lelaki dari Kali Besar
Salleh Rahamad

Tun Sirah Puteri Hang Tuah
Siti Zainon Ismail

Drama
Apologi Sang Panitera
Marzuki Ali

Cerpen
Panggil Aku Patimadora
Siti Zainon Ismail

Ibunda
Khairul Nizam Abd. Raub

Memasang Keranda
Sharif Putera

Apa yang Kau Lupa
Zaleha Ahmat

Puisi Bulan Ini
Sambung-menyambung
Mohd Isa Abd Razak

Gita (i)
Lim Swee Tin

Mempelai
Marzuki Ali

Suatu Kejadian
Mohamed Tahir Shahdan

Hikayat Si Dayus
Khadijah Hashim

Suara-suara yang Bercempera
Jair Sulai

Usia Dedaun
Nordin Saad

 

 

Monolog Kecil
 Kenapa Editor
Baha Zain

Tadbir Hayat
Belasungkawa Datuk Amar Abang Yusuf Puteh
Rosani Hiplee

Ulasan Buku
Kumpulan Puisi Sape Lamanta

Sudut Pandangan dalam Cereka

Pelamin Embun

Tanahku Ros merah

Reaksi
Intan Bersinar di Sungai Besar

Selingkar Bundaran Kata
Membaca buat Diri dan Tamadun
Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara) 

Karyawan  Bulan Ini
Ramli Daud dan Kewartawanan
Talib Samat 

Kajian
Konsep Sastera Melayu Luas Cakerawalanya
A. Rahim Abdullah

Sastera Antarabangsa
Sadeq Chubak Sasterawan Iran Pengangkat Dialek Daerah
Bukhari Lubis

Sastera Tradisional
 Hikayat Pocut Muhamat Puisi Epik Acheh
Noriah Taslim

Fokus
Sastera dan Pedagogi
Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara) 

Krisis Keyakinan dalam Pendidikan Sastera di Malaysia
Mohamad Salleh Rahamad

Isu-isu Asas Penggunaan Bahan Sastera dalam Pengajaran Bahasa
Awang Sariyan

Daripada Jabatan Sastera
Sidang ke-15 Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA)
Zaidah Ahmad Rosly

Reaksi
 Lirik Shanon Ahmad Seindah Bahasa, Secukup Makna
Arbak Othman

Daripada Editor
 

Melentur Biarlah Waktu Rebung


Isu memandang remeh terhadap kesusasteraan pada zaman masyarakat  mementingkan sains dan teknologi apatah lagi dalam zaman IT ini nampaknya semakin tidak dapat diselindung, bagai “ayam putih terbang siang, hinggap di kayu merasi, bertali benang bertambang tulang”. Hal ini menjadi kegusaran kepada orang yang terlibat secara langsung dalam dunia kesusasteraan, tentunya pengarang, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sendiri sebagai institusi yang memperjuangkan bahasa Melayu dan kesusasteraan Melayu. 
 Namun begitu, apabila kerajaan memansuhkan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris banyak orang yang menarik nafas lega. Sasterawan dan Institusi seperti DBP kembali mendapat semangat untuk menghidupkan semula roh sastera yang dikatakan mampu bernafas dalam lingkungannya sahaja. Dalam menangani masalah yang bagai tidak menemukan penawarnya ini, DBP telah melaksanakan pelbagai usaha, program dan tindakan bagi menjadikan sastera ini penting di mata masyarakat. Suatu hal yang tidak boleh disangkal ialah perlunya usaha dari peringkat akarnya supaya pohon kecintaan terhadap sastera tidak terbantut pertumbuhannya.
  Pendidikanlah yang menjadi salurannya. Krisis keyakinan dalam pendidikan sastera perlu ditangani dan didepani dengan bijaksana. Lantaran mendidik masyarakat menghargai sastera seharusnya bermula dari sekolah, kerana  keberkesanan pendidikan bermula dari peringkat kanak-kanak, “melentur biarlah waktu rebung” supaya usaha untuk kembalikan kehebatan sastera tidaklah nanti menjadi bagaikan “melekatkan kersik ke buluh” -  suatu pihak bersusah payah tetapi menjadi sia-sia sahaja. 
  Kurikulum pendidikan sekolah dari peringkat rendah hingga ke universiti perlu dikaji semula. Menjadikan kesusasteraan bukan mata pelajaran “pilihan” tetapi sebagai mata pelajaran “wajib ambil” dan “wajib lulus” seperti mata pelajaran bahasa Melayu, mungkin merupakan satu jalan penyelesaian untuk menanamkan minat dan kecintaan setiap individu terhadap kesusasteraan.

Rozninah Abd. Azib


FOKUS 

Isu-isu Asas Penggunaan bahan sastera dalam Pengajaran Bahasa
OLEH:    AWANG SARIYAN

 

Dari awal pertumbuhan kajian tentang bahasa beberapa abad sebelum Masihi di Yunani, telah jelas bahawa Bahasa dan sastera merupakan suatu kesatuan, bukan dua entiti yang terpisah. Kajian puisi pada zaman Aristotle (384 – 322 S.M) misalnya, menjadi satu cabang kajian tatabahasa. Demikian juga, retorik yang mula berkembang sejak zaman itu turut memadukan unsur sastera sebagai bahagian yang penting.
  Pertengahan abad ke-20 memperlihatkan perkembangan linguistik moden yang beralih dari paradigma pemisahan linguistik daripada sastera, sebagai akibat perkembangan linguistik struktural, kepada penggunaan korpus sastera sebagai asas analisis linguistik sehingga berkembang stilistik linguistik. Nama seperti I. A. Richards, Nils Eric Enkvist, John Spencer, Michael J. Gregory, Richard Ohmann dan James P. Thorne mewakili paradigma baharu ini.

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Sastera Februari 2010. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788.Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

 

 

 


Kemaskini pada 2017-03-16 16:40:19 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.