Dewan Sastera Disember 2011

 

 MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 

 

Daripada Editor
Merekayasa Karya Agung 
  Padilah Haji Ali

Surat Kepada Editor
Menjunjung Kasih
Ahmad Kamal Abdullah

 Manfaat Gaya Bahasa
Abdul Halim Yaacob

Kebenaran yang Hilang
Sumaiyah Musa@Ghazali

 

Kehancuran Semalam
Abd. Kadir Ayub

 

Awan
Mabulmaddin Shaiddin

 

Cinta yang Kemal Hakiki
Jusoh Ahmad

 

Seketul Batu Tumbuh di Tengah Kota
Saifullizan Yahaya

 

Selat Teberau Jadi Pemisah
Abd. Rahim Hamid

 

Cahaya Cinta-Mu
Ja'afar Haji Hamdan

 

Tiba-tiba Diamku
Melengking
Rezeki Othman

 

Wau
Izani H.D

 

Puisi Khas
Suara Bangsa
Baha Zain

 

Baju Pisak Pinggang
Siti Zainon Ismail 

 

Ujana Klasik Pilihan
Pantun Adab Budaya yang Hilang
Siti Zainon Ismail
 

Drama
Seri Panggung
Marzuki Ali

 

Cerpen
Dialog Pahlawan
Rejab F.1

 

Tikar Mengkuang Nenek
Razali Endun

 

Hantar Esah ke Syurga
Adnan A.M

 

Angin Lembah Arghandab
Siti Zainon Ismail

 

Puisi Bulan Ini
Sekebun Bakau di Alur Muara
Abd. Rahim Omar

 

Dermaga Abadi
M. Arif

 

Sufi: Aura Rabbani
Onn Abdullah

 

Wahai Bahagia, Sambutlah Tetamumu Ini
A.Halim Ali
 

Ajal
Idanradzi

 

Setia Menanti
Nazri Mohamed Salleh

 

Di Cermin Kehidupan
Azaika SR

 

Kumasuki Athena
Wan A. Rafar

 

Gelagat Alam Kerenah Teman
Leo A.W.S

 

Matahari
Haziah Husin
 

Melihat Allah
Nahmar Jamil

 

Omadal
Rahimidin Zahari

 

Angin Menyapa Sepi Zaen Kasturi
Rosmiaty Shaari

 

Burung Pungguk
Hazwan Ariff Hakimi

 

Kapalku
Jamaludin D.

Danau Kalbu
Kemala

 

 

Monolog  Kecil
 Peristiwa Menjadi Sejarah, Ingatan Luntur, kehidupan Jalan Terus
Baha Zain

 

Khas

Terus Perkasakan Bahasa Melayu

 

Karyawan Bulan Ini
Gaya Hidup Sastera Budaya
Siti Zainon Ismail

 

Ulasan Buku
13 Mei 1969 di Kuala Lumpur


Hikmah (Antologi Cerpen)

 

 Hermeneutik Reaksi Reformasi Kaum Muda

 

Kamus Perubatan: Anestesiologi

 

Fokus
Tradisi dan Nilai dalam Model Karya Agung
S.M Zakir

 

Karya Agung
Noriah Mohamed

 

Kajian
 Roh dan Retorika dalam Puisi Siti Zainon Ismail
A. Rahim Abdullah

 

Siti Zainon Ismail Mentafsir Roh Seni Budaya dari Perspektif Tradisional dan Moden
Silfi a Hanani

 

Bicara Karya
 Pembinaan Sahsiah dan Jati Diri Bangsa dalam Delima Ranting Senja
Kamariah Kamarudin

 

Reaksi
Indah Sastera kerana Bahasanya
Muhd. Mansur Abdullah

 

Sastera Antarabangsa
Bint al-Shati' Serikandi Islam Bersenjata Pena
Hafi di Imam Imam

 

Sastera Tradisional
Cerita Rakyat sebagai Pengimbang Gender:
Cerita Puteri Tikus
Noriah Taslim

 

Benteng
Eko 63
Anwar Ridhwan (Sasterawan Negara)

 

 

Selingkar Bundaran Kata
 Tomas Transformer Pelukis Trauma Pascamoden
Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara)


 

Pabila Hujan Turun
 Aneka Ilaham daripada Sumber Alam
Shahnon Ahmad (Sasterawan Negara)

Nota Editor

Merekayasa Karya Agung

 

Tahun 2011 menyaksikan Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) menjadi bahan perbincangan di luar kelompok akademia sastera. HMM mendapat tempat dalam media arus perdana dan media sosial. Hikayat tersebut mula diperkatakan oleh anak muda yang sebahagian besarnya sebelum ini tidak mengambil tahu dan tidak memahami pun sastera apatah lagi sastera epik yang tergolong dalam karya agung Dunia Melayu.
   Demikianlah yang berlaku apabila KRU Studios mengangkat epik Melayu HMM ke lakon layar yang disarati teknik imej janaan komputer. Filem arahan Yusri Abdul Halim itu telah memberikan wajah baharu kepada industri perfi leman negara. Kejayaannya memikat khalayak, khususnya generasi muda pelbagai kaum, amat memberangsangkan. Namun, yang lebih membanggakan tindakan KRU Studios itu telah menzahirkan naskhah karya agung kepada khalayak yang tidak pernah menyedari kewujudannya apatah lagi membacanya.
    Sejak ditayangkan kepada umum, sebahagian khalayak filem itu mula mencari naskhah tersebut untuk melihat sejauh mana pengolahan dan kreativiti Yusri. Yang telah membacanya mulai bertukar-tukar pandangan dalam laman sosial. Pandangan jauh pihak KRU Studios telah memberikan
impak kepada dunia kesusasteraan tanah air. Keberhasilan seperti ini yang dituntut supaya karya agung mendapat tempat dalam minda generasi baharu.
    Masyarakat mesti keluar dari kepompong yang melihat karya agung khusus untuk minda cendekia dan sasterawan. Karya agung telah memberikan sumbangan yang besar kepada perkembangan peradaban Barat. Orang Barat percaya ketamadunan tinggi yang dimanifestasikan oleh karya agung yang mencetuskan perubahan sosiobudaya. Maka karya agung seharusnya dibaca dan difahami semua golongan, generasi demi generasi, supaya dapat menyelami warisan tradisi dan peradaban yang digalurkan oleh nenek moyang.
    Atas kepentingan inilah Dewan Sastera keluaran bulan Disember memberikan penekanan kepada karya agung Melayu supaya pencapaian dan kelemahan generasi zamannya menyuntik semangat dan pengajaran dalam mencorakkan laluan kehidupan generasi sekarang dan akan datang. Perekayasaan karya agung yang menyulamkan realiti dengan penciptaan mitos akan mewarnai dimensi pembangunan intelektual masyarakat.

-Padilah Haji Ali


FOKUS 

Karya Agung
OLEH: NORIAH MOHAMED

Apabila dikaitkan dengan karya, pastinya berbentuk tulisan yang menjadi tonggak keintelektualan sesuatu bangsa. Melalui tulisan sahaja, dapat dikenal segala maklumat yang berdekam di dalamnya, yang menggambarkan kehebatan bangsa tersebut.
   Melalui tulisan ini, dapat dikenal keindahan  bahasa yang digubah dan jalinan fikir yang diungkap. Karya agung dianggap sebagai karya yang dapat membentuk jati diri sesuatu bangsa, sehingga dapat memantulkan kembali ketamadunan bangsa tersebut pada bila-bila masa, sebagaimana kita mengenal ketamadunan Greek, Yunani, Cina , India dan Mesir. Daripada hasil karya mereka inilah dapat dikenal pemikir atau seniman yang menghasilkan karya agung tersebut melalui karya mereka. Disebabkan karya ini mengandungi segala khazanah kekayaan fikiran sesuatu bangsa, sering kali pula karya jenis ini menjadi rujukan dan menjadi landasan buat sesuatu bangsa itu mengorak langkah kemajuan yang mahu diterokai.

Karya Agung Melayu
Karya jenis ini ialah karya yang ditulis menggunakan bahasa Melayu, sama ada berdialek Melayu Semenanjung atau daerah Melayu di tempat lain, seperti Sumatra, Sulawesi, Kalimantan, Sumbawa dan Lombok. Daerah ini lebih dikenali dengan nama “Nusantara” (Mohd. Taib Osman, 1997). Karya
jenis ini ditulis menggunakan tulisan Jawi (aksara Arab berbahasa Melayu) yang mencakupi pelbagai bidang, seperti pemikiran, falsafah dan pandangan hidup yang diguna pakai turun-temurun.

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Sastera Disember 2011. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788.Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

 

 


Kemaskini pada 2017-03-16 16:41:49 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.