Dewan Sastera April 2011

 

 MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 

 

Daripada Editor
Jangan Menjadi "Kritikawan Kedai Kopi"!
Rozninah Abd. Azib

Surat Kepada Editor
Muhammad Haji Salleh Luar Biasa Hebat
Nor Baizura Ibrahim

 Tahniah Zaen Kasturi
Daen Ramlakil

Interlok: Cari yang Tersirat di Sebalik Tersurat
Noraini Rashid

Ruang dan Peluang
Nimoiz T.Y

 

Interlok
Nazri Sham DPMP

 

Baik Budi Pemimpin
Khadijah Hashim

 

Ketidakpuasan
Poul Nanggang

Segara Bahasa
Husna Nazri

 

Pedoman Kehidupan

Mohd Adip Hassan

 

Hati Makhluk Januari 2011

Daeng Ramliakil

 

Akulah Bulan
Jais Sahok

 

Dirgahayu Interlok
Rejab F.I

 

Citra Pelangi 1 Malaysia
A. Halim Ali

 

Puisi Khas
Sewaktu di Rumah ini
Baha Zain

 

Puisi Pilihan
Budi (1)
Melayu (1)
Solat (1)

  Nazel Hashim Mohamad

 

Drama
Interlok: Mencari Dialog yang Waras
Baha Zain

 

Cerpen
Janji Gula Madu
Siti Zainon Ismail

 

Syikara di Tengah Jehlum
Zaharah Nawawi

 

Kerongsang Berlian Wan Tempawan
Zurinah Hassan

 

Reformasi Ala Amerika
Rebecca llham

Puisi Bulan Ini
Maafkan Aku Cicak
Zahari Hasib

 

Bahasa Lompat
Marsli N.O

 

Bumiku
Saadiah Haji Ibrahim

 

Panasnya
Haji M.Z. Alias

 

Pak Dol, Sungai, Udang dan Buaya
Ab. Jalil Alimon

 

Kolek Datuk
Jaafar Hasny

 

Bendang Pun Menjadi Padang
Adnan A.M.

 

Bunga
Siti Zaleha M. Hashim

 

Perosak
Nor Alina Md. Usoff

 

Yang Terlalu Banyak Dikatakan Seorang Pencari Sepertinya
Ihsan Noorzali

 

Tukang Gunting
Zolkifli Alib

 

Kenyataan Media
 Kenyataan Media Sasterawan Negara Tentang Kes Interlok

 

Monolog  Kecil
 Cendekiawan yang Degil
Baha Zain

 

Karyawan Bulan Ini
Masuk ke dalam Dunia Kritikan Sastera
Sahlan Mohd. Saman

 

Benteng
Untuk Berkenalan, Bukan Bermusuhan 
Anuar Ridhwan (Sasterawan Negara)

 

Selingkaran Bundaran Kata
Dari Nigeria: Osundare Berpuisi dan Mengkritik
Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara)

 

Bicara Karya
Membuka Semula Pentas kritikan Sastera
A. Zainoor Ismail

 

Fokus
Pembinaan Teori Sastera Melayu
Sahlan Mohd. Saman

 

Kritikan Penggerak Penulisan Karya Kesusasteraan Nusantara
 Arbak Othman

 

Kajian
 Jati Diri dalam Puisi-puisi
A. Aziz Deraman
Syaidul Azam Kamarudin

 

Salah Tanggapan Terhadap Interlok
Fatimah Busu

 

Ulasan Buku
Fiksyen Pascakolonial: yang Menjajah dan Dijajah

Nurbalkis

Ajaran Sesat
 

Pekak dan Bisu Menurut Perspektif Islam

 

Pabila Hujan Turun
Pohon
Shahnon Ahmad (Sasterawan Negara) 

 

Sastera Antarabangsa
Duong Thu Huong: Suaranya Dihalang Bukunya Dilarang
Wan A. Rafar

 

Reaksi
 Berakhirnya Kreativiti
Zulkifli Salleh

 

Sastera Tradisional
Raja Kecik dalam Tuhfat al-Nafis

Noriah Taslim

Daripada Editor

Jangan Menjadi “ Kritikawan Kedai Kopi”!

 

Tugas pengarang berakhir sebaik-baik sahaja bukunya berjaya diterbitkan. Pembacalah yang berkuasa menentukan nasib buku tersebut, sama ada berjaya atau gagal. Selain pembaca umum kritikawanlah yang memberikan ukur nilai terhadap karya pengarang sama ada negatif atau positif. Kritikan sastera ialah genre sastera ilmiah yang ditulis berdasarkan pendekatan atau teori tertentu yang bersesuaian untuk dinilai dengan sesuatu karya. Kritikan sastera bukan tulisan yang hanya memberikan sanjungan terhadap karya dan bukan juga hanya memberikan kecaman kepada karya dan pengarang. Tetapi kritikan sastera sepatutnya memberikan pandangan dan petunjuk kepada pengarang bagaimana untuk memperbaik dan meningkatkan lagi mutu karyanya.
  Menurut Sahlan Mohd. Saman, dalam bukunya Sejarah Teori & Kritikan Sastera Nusantara, nilai negatif banyak terdapat dalam kritikan sastera. Kritikawan sering kali melihat kecacatan dalam sesebuah karya dan terus-menerus membesarkan kecacatan dan kelemahan tersebut dalam tulisan kritikannya. Kritikan juga kerap kali bersifat impresionistik, kurang mendalam. Selain itu, kritikawan juga tidak sepatutnya dituliskan bersandarkan emosi yang akhirnya menzahirkan rasa marah dan geram terhadap karya atau pengarangnya. Kritikan sastera juga tidak boleh diperalat untuk tujuan politik, bersikap berat sebelah dan tidak adil kepada karya dan pengarangnya.
    Bahana yang berlaku ke atas Interlok ialah contoh kritikan sastera yang berpaksikan emosi hingga sanggup mengetepikan fakta sejarah dan menghantar serangan berbau perkauman yang jauh sama sekali daripada jangkauan dan niat asal dan sebenar pengarang menulis karya tersebut. Bayangkanlah jika ada banyak lagi karya dan pengarang yang menjadi sasaran “kritikawan kedai kopi” atau kritikawan tidak profesional ini, punah ranaplah nasib pengarang kita dan masa hadapan kesusasteraan tanah air. Isu mempolitikkan sastera dan sastera dipolitikkan bukan perkara baharu. Sejak dahulu lagi hal ini berlaku kerana sejarah membuktikan ada beberapa karya dan pengarang yang menerima nasib buruk disebabkan kedua-dua situasi ini. Lantaran memandang betapa pentingnya peranan kritikan sastera terhadap nasib penulis dan karyanya maka Dewan Sastera keluaran April memfokuskan isu dunia kritikan sastera. Makalah hasil kajian bandingan Dr. Fatimah Busu tentang Interlok juga disiarkan dalam DS bulan ini.


Rozninah Abd. Azib

 


FOKUS 

Pembinaan Teori Sastera Melayu

OLEH: Sahlan Mohd. Saman

 

Tradisi kritikan sastera Melayu yang dimulakan oleh segelintir tokoh guru Melayu didikan Sultan Idris Training College, kemudian disemarakkan secara berwawasan, jelas dan terancang oleh cendekiawan bernama Aminuddin Baki telah menyemarakkan dunia penulisan kreatif dan kritikan sastera Melayu. Sebelum itu, kritikan yang pernah terbit hanya berbentuk kritikan sosial disisip pula unsur emosi yang dibumbui dengan pandangan peribadi, membabitkan polemik yang tidak menguntungkan perkembangan pemikiran dan tidak juga mengarah kepada perkembangan tamadun positif.
   Pada tahun 1960, baharulah penulisan kritikan dilaksanakan secara berpendekatan atau adanya metodologi, itu pun bukan secara serius. Tokoh pada peringkat awal kritikan berstruktur dengan pendekatan formalistik ialah Yahya Ismail. Beliau pernah mendapat bimbingan daripada institusi pendidikan tinggi di Indonesia. Perihal ini terjadi kerana adanya hubungan pendidikan yang baik antara pelajar Malaysia dengan Institut Pengajian Tinggi di Indonesia seperti Universitas Nasional Indonesia dan Universitas Gajah Mada.
   Ketika itu, pengarang dan “kritikawan” Indonesia sangat mempengaruhi khalayak sastera Malaysia. Antara tokoh kritikawan kita seperti Baharuddin Zainal, A. Bakar Hamid, Ramli Isin, Abdul Rahman Kaeh, A.F. Yassin, Siti Zainon Ismail, Suleiman Mohamed dan Muhammad Rahmat, antara yang turut menimba ilmu serta memperoleh ijazah dari negara jiran itu. Pada dekad itu sehingga dekad 1980-an, kurikulum STPM Kesusasteraan Melayu turut memuatkan teks sastera Indonesia sebagai perisiannya. Hanya pada dekad 1990 pemisahan isi kurikulum kesusasteraan Melayu itu telah dilakukan atas kesedaran peri pentingnya pengembangan sastera nasional Malaysia.

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Sastera April 2011. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788.Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

 

 


Kemaskini pada 2017-03-16 16:45:09 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.