Suara Anda - Tahun 2017

Senarai cadangan yang dipaparkan ini adalah cadangan orang awam yang telah dikemukakan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan Dewan Bahasa dan Pustaka. Setiap cadangan yang telah diambil tindakan akan dipaparkan di ruangan ini. Terima kasih di atas sokongan anda.

Assalamualaikum, saya nak minta pendapat tentang penggunaan bahasa rojak, slang, ayat-ayat yg telah dicampur bahasa melayu dengan bahasa english atau accent (seperti: lah, cincai, jom, 4eva, boss, tapau, femes, syok giler, cun, beb, relaks). apa pendapat

Secara ringkasnya, bahasa rojak merupakan satu variasi atau ragam bahasa basahan yang hanya sesuai digunakan dalam suasana tidak rasmi sahaja. Jika bahasa ini digunakan dalam konteks rasmi, maka akan timbul masalah pemilihan ragam bahasa dan secara khusus masalah itu berkiatan dengan isu kesantunan bahasa. Penggunaan bahasa rojak menunjukkan penguasaan seseorang penutur bahasa Melayu sangat lemah dan tidak mempunyai semangat cintakan bahasa kebangsaan.
DBP sememangnya memantu penggunaan bahasa khususnya dalam media elektronik. Terdapat rancangan televisyen yang cenderung menggunakan bahasa pasar atau bahasa rojak terutamanya rancangan berbentuk hiburan dan santai. Melalui kerjasama DBP dengan pihak media, kami berusaha untuk memperbaik mutu rancangan dan seterusnya memartabatkan bahasa Melayu yang menjadi citra kebangsaan

Saya ingin bertanya perkembangan manuskrip saya yang berjudul "WAKAF TUNAI DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI MASYARAKAT ISLAM"?

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, tuan bolehlah menghubungi Pengarah Penerbitan, Tn. Hj. Khalik bin Sulaiman melalui talian 03-21479393 atau e-mel khalik@dbp.gov.my.


Kemaskini pada 2017-07-07 19:31:58 daripada Vox Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.