Pengiktirafan bahasa Melayu belum meluas

Pengiktirafan bahasa Melayu belum meluas

 

KUALA LUMPUR 18 Mac - Bahasa Melayu dilihat masih belum menerima pengiktirafan secara meluas di peringkat antarabangsa berbanding bahasa Indonesia.

Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) berkata, bahasa Indonesia kini diiktiraf sebagai salah satu bahasa utama dunia termasuk di Amerika Syarikat (AS).

Selain itu, menurut beliau, kebanyakan institusi pengajian tinggi di Australia mempunyai kerusi pengajian bahasa Indonesia.

"Namun, orang Indonesia tidak menganggap bahasa mereka serupa dengan bahasa Melayu walaupun kedua-duanya mempunyai kaitan.

"Sehubungan itu, kita berharap kerajaan khususnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memperjelaskan dasar yang dilaksanakan bagi memperkembangkan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa penting dunia," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Rakyat hari ini. - UTUSAN ONLINE
 

 
Dikemaskini pada 2 Apr 2014


Kemaskini pada 2016-11-08 17:46:10 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.