Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Telefon Pantas 03-2147 9000 | webmaster@dbp.gov.my
   
Laman Web Rasmi
Dewan Bahasa dan Pustaka

MAJLIS SASTERA ASIA TENGGARA (MASTERA)

MASTERA atau Majlis Sastera Asia Tenggara adalah sebuah majlis yang merancang dan memantau perkembangan Sastera Melayu/Indonesia di rantau ini. Penubuhan MASTERA telah dipersetujui pada asasnya oleh tiga negara pendiri Iaitu Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia dalam Kongres Bahasa Melayu Sedunia pada 25 Ogos 1995. MASTERA telah diputuskan sebagai sebuah majlis serantau yang  mewakili lembaga pemerintah setiap negara anggota. Keanggotaannya terdiri daripada  tiga kelompok, iaitu negara pendiri, negara ahli dan negara pemerhati.Penubuhan MASTERA telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Y.B. Datuk Khalid Yunus, sempena Majlis Pelancaran MASTERA dan Sidang Ke-1 MASTERA di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada 12 Ogos 1996. Majlis turut disaksikan oleh wakil-wakil dari negara Singapura, Filipina, Thailand dan Vietnam.

Sila klik di sini untuk ke Laman MASTERA

  


Kemaskini pada 2017-08-17 18:26:18 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.