Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Talian Penting 03-2147 9000 | webmaster@dbp.gov.my |     
   
   
Laman Web Rasmi
Dewan Bahasa dan Pustaka                           

                                                                                                                                                                                             Soalan Lazim      Hubungi Kami      Aduan dan Maklum Balas       Peta laman

KATEGORI PENERBITAN

 KATEGORI PENERBITAN
 

[Umum][Bahasa][Sastera][Penerbitan][Pentadbiran][Anda ada komen/cadangan? Sila klik di sini]

 

 

Komen:

Saya telah membeli buku Teks Tahun 1 Bahasa Melayu SRJK untuk anak saya dan setelah beberapa minggu sahaja 5-10 mukasurat telah tertanggal. Anak saya ialah seorang yang sayang pada buku dan menjaga buku dengan baik.Saya berharap DBP dapat meningkatkan kualiti buku supaya para umum akan yakin terhadap DBP.

Dari: En. Mike Chooi <mikechooi@yahoo.com>
 
Komen:

Saya adalah guru Sek.Keb.Sendayan,71950 Seremban,Negeri Sembilan. Saya mengajar Bahasa Inggeris Tahun 4.Dalam buku teks DBP tersebut ada dinyatakan disertakan CD tetapi sampai saat ini saya tidak pernah menerima CD yang dimaksudkan itu untuk tujuan membantu saya mengajar lebih baik lagi.   Diharapkan pihak tuan dapat bertindak segera bagi menangani masalah ini.Sekian,terima kasih."Berkhidmat untuk negara"

Dari: En. Abd Rahim B. Lamin <mia_66@webportal.com.my>
Jawapan:

Mulai tahun 2005 yang lalu, DBP hanya membekalkan 20 unit CD kepada setiap sekolah bagi setiap pakej mata pelajaran yang mengandungi CD. Jumlah ini merupakan bilangan yang dipesan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Setiap sekolah sepatutnya menerima 20 unit CD bagi setiap mata pelajaran yang mengandungi CD. CD tidak disertakan pada setiap buku teks  sebagaimana pada tahun-tahun terdahulu, dan ini merupakan keputusan yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Walau bagaimanapun, pengguna boleh membeli CD yang berkenaan di pasaran terbuka pada harga RM3.80 seunit.

 
Cadangan:

Saya mencadangkan DBP mempelbagaikan buku dari segi warisan melayu yang lengkap sebagai rujukan ilmiah.

Dari: <mirza_nim@yahoo.com>                                                                              Tarikh: 14/12/2004
Jawapan:

Terima kasih di atas cadangan tuan.    

 
Cadangan:

Perluaskan lagi maklumat tentang bidang penulisan

Dari:

Pn. Saidah Shahid <me@saidah-shahid.com>       

Jawapan:

Terima kasih di atas cadangan tuan.  

 
Komen:

I was rather disappointed to notice that my child's year 3 book KBSR BM Jilid 1 Tahun 3 is more of focusing only one race rather than being a true malaysian. If you refer to Page 42 , you will notice that a lot is emphasized and written on the following : Tan Sri P. Ramlee, Datuk Dr Mazlan, Malik Wira Samudera, Shalin bt Zulkifli, Nicol Ann David and current Sultan Raja Muda Selangor. It is good that the children get to know about them much better on their mindset and their achievement. But what about the Mount Everest climbers. Nothing is written about them and how they struggle to be the first Malaysian to reach the peak. There  are no proper photos and profile about the two heroes. Is it there are of different race? I am not being a racist here but I feel the same amount of focus and details sholud be given. Appreciate if you shoud relook the book and see how this can be improvised further.

Dari: En. ravindran raman kutty <ravima27@hotmail.com>
 
Komen: Sebagai DBP, mengapa tidak ada terbitan tentang peribahasa, simpulan bahasa (yang mendalam) bukan setakat UPSR? Macam mana generasi akan datang terdedah dengan bahasa yang cantik ini?
Dari: Lee Pai Fen                               <paifen@gmail.com>     Tarikh: 19/04/2005
Jawapan:

DBP ada menerbitkan beberapa buah buku berkenaan peribahasa seperti berikut:

 

(i)  Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (disusun oleh Abdullah Hussain)RM12.00

 

(ii) Kamus Peribahasa Melayu-Mandarin(penyusun Yu Younian) RM125.00

 

Buku-buku ini boleh dibeli di kedai-kedai buku DBP atau membuat pesanan terus melalui laman web berikut: http://www.dawama.com

Dari: Webmaster DBP                                               <webmaster@dbp.gov.my>     Tarikh: 19/04/2005
 
Komen:

Harap dapat terbitkan buku Penjodoh Bilangan - penting untuk pelajar-pelajar/ibu-bapa - Contohnya : penjodoh bilangan untuk perkataan urat (BI - vein). Saya telah mencari dalam kamus Dewan tapi tiada penjodoh bilangan untuk perkataan urat.

Dari:

En. Sulaiman Zuki                <sulaimanz@ktak.gov.my>     Tarikh: 19/07/2005

 
Komen:

Saya pernah menulis Novel Remaja DBP pada tahun 1972. malah buku saya bertajuk Lambaian telah diterbitkan oleh DBP pada tahun tersebut. Saya bercadang untuk meneruskan usaha saya ini, bagaimanakah caranya? Maklumat diri saya yang terkini adalah seperti berikut: Norhazimah binti Mohd Noh, No. 23, Jalan Pinggiran Delima 2/3 Taman Pinggiran Delima, 43100 Hulu Langat, Selangor.

Dari: Pn. Norhazimah Bt. Md Noh       <kaunselor1sktm@yahoo.com>     Tarikh: 27/01/2005
Jawapan: Pihak kami telah panjangkan perkara ini kepada Pengarah Penerbitan DBP. Puan boleh berhubung terus dengan beliau sekiranya ada sebarang persoalan berkaitan penerbitan buku.
Dari: Webmaster DBP                                               <webmaster@dbp.gov.my>     Tarikh: 28/01/2005
.
Komen:

Pada awal bulan hari tu saya pergi ke DBP untuk membeli buku anak saya dan saya terbaca pada kain rentang kat luar mengatakan pembelian melebehi RM100 akan dapat keahlian kad DBP percuma… buku yang saya nak beli semuanya 12 buah yang berharga lebih kurang RM140+ tapi malangnya hanya beberapa buah sahaja yang saya dapat yang hanya berhrga RM50 sahaja. Apabila saya tanya pada kaunter, bagaimana saya nak dapatkan kad percuma sedangkan buku yang saya nak tak ada... dia kata bawa resit ini semula bila beli buku yang berikutnya...hari ini saya datang dan telah beli 6 buah buku yang berharga RM80+ dan apabila saya kemukakan resit terdahulu utk buat kad , di kata tak boleh...saya rasa begitu kecewa sekali...

Dari: En. Arifin Abdullah               <ajbike2002@yahoo.com>     Tarikh: 06/01/2006
Jawapan: Encik Ariffin. Berkenaan menjadi Ahli Kelab Rakan Dewan secara percuma dengan pembelian buku bernilai melebehi RM100.00, Encik boleh menghubungi Pengurus Koperasi DBP  Haji Mohamad Yusop Haji Musa. Insyallah beliau boleh membantu. Selain itu, tuan juga boleh menjadi ahli Rakan Dewan dengan mengemukakan bayaran sebanyak RM10.00 di Koperasi DBP.   
Dari:
Pn. Faizah Hashim                                                     <faizah@dbp.gov.my>     Tarikh: 06/01/2006
.
Komen: Saya adalah salah seorang pelanggan yang membuat pembelian buku melalui portal. Terima kasih kerana perkhidmatannya menetapi tempoh penghantaran yang telah dinyatakan. Cuma saya amat berbesar hati jika pihak penghantaran iaitu POS LAJU supaya lebih berhati-hati menulis alamat pelanggan dari ejaannya supaya menetapii apa yang telah didaftarkan kepada piha DAWAMA. Contohnya nama Jabatan saya adalah SPR(SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA) BUKANNYA SRP, ejaan PARCEL pun salah bukannya PERCEL dan poskod ialah 62690 bukan 62890. Saya meminta pihak POS LAJU lebih berhati-hati dan teliti ketika menulis alamat supaya kiriman tidak akan pergi ke lain-lain Jabatan walaupun iannya dalam satu PARCEL. Kerjasama di pihak pos laju amatlah saya hargai. Terima kasih. Wasalam.
Dari: Pn. Latipah binti Ratu.                 <ratu@hotmail.com>     Tarikh: 17/12/2004
Jawapan: Terima kasih di atas komen saudari. Perkara ini sudah dipanjangkan ke pihak DAWAMA untuk perhatian.
Dari: Webmaster DBP                                              <webmaster@dbp.gov.my>     Tarikh: 17/12/2004
.
Komen: DBP telah maju setapak lagi dengan tersergam indah bangunan yang menempatkan para ilmuan dan penulis. tahniah juga kerana mengadakan laman karyanet.com.my sebagai penjana gedung digital ilmiah bahasa Melayu, syabas dan terus maju jaya.
Dari: En. Muhd Adnan Bahari        <bernamasb@yahoo.com>     Tarikh: 21/12/2004
 
Komen:

Saya mohon mendapatkan alamat surat menyurat lengkap untuk kiriman karya sastera di Majalah Dewan Sastera

Dari:

En. Sabri bin Hashim <sabrih@jph.gov.my>

Jawapan: Sila hantarkan kepada:

 

Editor Dewan Sastera,

 

Bahagian Majalah,

 

Tingkat 20,

 

Dewan Bahasa dan Pustaka,

 

50460 Kuala Lumpur.

 
Komen: Saya mahu mengirimkan naskah saya untuk dapat diterbitkan oleh pihak DBP, bagaimana caranya? Kalau melalui emel, ke emel mana saya boleh kirimkan? Wassalam silfia hanani
Dari: Pn. Silfia Hanani               <Silfia_hanani@yahoo.com>     Tarikh: 05/07/2006
Jawapan: Manuskrip boleh dikirimkan kepada:
  Pengarah Jabatan Penerbitan,
  Dewan Bahasa dan Pustaka,
  Jalan Dewan Bahasa,
  50460 Kuala Lumpur.
Dari: Webmaster DBP                           <webmaster@dbp.gov.my>     Tarikh: 05/07/2006
 
Komen: The Year 4 Sciene Practical Book doesn't have the suggested answers we cannot be found in the text book. Tq 
Dari: Pn. Liew                                                 <liew.mon.na@ipdbp.dbp.gov.my>     Tarikh: 20/06/2006
Jawapan: Jawapan bagi soalan dalam buku Sciene Year 4 Practical Book tidak disediakan kerana: 
  1. Radas dan bahan yang dicadangkan dalam sesuatu eksperimen tidak semestinya dapat disediakan oleh pihak sekolah dan pihak sekolah (guru) mungkin menggantikannya dengan radan dan bahan lain. Sehubungan dengan itu, data dan jawapan yang diperoleh mungkin berbeza.  
  2. Penulis beranggapan bahawa guru mampu menguasai pengajaran dalam buku teks dan dengan sendirinya guru boleh memperoleh jawapan kepada soaln-soaln yang diajukan dalam Practical Book. Walau bagaimanapun, sebagai penambahbaikan, bagi buku Sciene Year 5, jawapan bagi soalan yang terdapat dalam Practical Book ada disediakan di dalam buku Panduan Guru. Buku Scene Year 5 akan digunakan mulai 2007.
Dari:
Webmaster DBP                                               <webmaster@dbp.gov.my>     Tarikh: 03/07/2006
 
Komen: Saya sangat perlukan Kamus Dewan atau Kamus Dwi Bahasa yang berbentuk cd yang boleh dimasukkan dalam laptop saya. Kamus inggeris-inggeris ada diterbitkan oleh Logman tapi kamus bahasa melayu tidak terdapat di pasaran. Saya sangat-sangat berharap agar pihak tuan dapat mengeluarkan cd tresebut.
Dari: Pn. Hani binti Abdullah                            <amanhani@cyberway.com.sg>     Tarikh: 26/06/2006
Jawapan: Puan boleh mendapatkan CD Kamus (Kamus Pro) di kedai buku kami di Dewan Bahasa dan Pustaka. Harga satu set adalah sebanyak RM250.00.
  Untuk maklumat lanjut sila hubungi: 03-2143 3505, 03-2148 5869
Dari:
Webmaster DBP                                               <webmaster@dbp.gov.my>     Tarikh: 27/06/2006
 
Komen: Apa alamat emel untuk menulis rencana di Dewan Masyarakat, Ekonomi, Kosmik, Budaya dsb?
Dari: Pn. Fadzlynn                                                 <fadzlynn_2455@yahoo.com>      Tarikh: 13/07/2006
Jawapan: Untuk Dewan Masyarakat, sila hantarkan karya kepada editornya En. Mohd Shukri Mohd Ariff.shukri_m@dbp.gov.my. Untuk Dewan Ekonomi, alamat emel editornya En. Mohd Sani Md Saideditor.ekonomi@karangkraf.com.my. Untuk Dewan Budaya, alamat emel editornya En. A. Ghapar Haji Abdullah ghapar@dbp.gov.my. Salinannya dihantar kepada ketua editor Padilah binti Haji Ali. Alamat emel padilah@dbp.gov.my. Kami sentiasa mengalu-alukan sumbangan karya daripada pihak tuan. Terima kasih.
Dari:
Webmaster DBP                                               <webmaster@dbp.gov.my>     Tarikh: 21/07/2006
 
Komen: Assalamualaikum
  Saya membuat pertanyaan ini untuk pihak seorang pengedar buku di Singapura. Kami sedang mencari buku dalam bentuk audio atau cakerapadat mengenai sejarah melayu atau politik atau sastera dan tajuk-tajuk yang berkaitan dalam bahasa melayu. Jikalau Dewan Bahasa dan Pustaka mempunyai apa yang kami cari, kami amat berminat dalam mengadakan perhubungan perniagaan dengan anda. Terima kasih
Dari: En. Faris Osman                                                          <firdad@yahoo.com>     Tarikh: 19/07/2006
Jawapan: Sila layari laman ini http://www.dawama.com
Dari: Webmaster DBP                                               <webmaster@dbp.gov.my>     Tarikh: 20/07/2006
 
Cadangan: Saya mencadangkan agar memperbanyakkan lagi cerpen-cerpen atau puisi-puisi dalam buku teks supaya para pelajar boleh memupuk minat membaca kalangan mereka. Sekian, terima kasih
Dari: Pn. Julie Bassie anak Engelbert Naning <missy_juliet85@yahoo.com>    Tarikh: 24/07/2006
Jawapan: Terima kasih atas cadangan puan. Perkara tersebut akan dipertimbangkan jika bersesuaian. Walau bagaimanapun, dalam penerbitan buku teks pihak kami perlu mamatuhi spesifikasi yang ditetapkan dalam Sukatam Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran dan Panduan Penulisan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Buku teks yang diterbitkan juga tertakluk kepada jumlah halaman yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kandungan buku teks dinilai terlebih dahului oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum diberi kelulusan untuk diedarkan ke sekolah-sekolah
Dari: Webmaster DBP                                               <webmaster@dbp.gov.my>     Tarikh: 26/07/2006
 
Komen: Saya nak tanya pasal koleksi sang kancil (cd-rom) boleh tak bagi saya tajuk cerita sang kancil dalam koleksi sang kancil (cd-rom). Terima kasih
Dari: Pn. Muzaida Manaf                                      <radma_upc@yahoo.com.my>     Tarikh: 25/08/2006
Jawapan: Sila layari http://www.dawama.com untuk mendapatkan senarai koleksi Sang Kancil ( sila buat carian di ruang yang telah disediakan)
Dari: Webmaster DBP                                               <webmaster@dbp.gov.my>     Tarikh: 26/08/2006
 
Komen: Dear sir/madam, my wife has written a manuscript which she hopes could be published.it is written in malay. Could she send it to you for consideration? Thanks and regards Hans Madsen
Dari: En. Hans Madsen/Sarina Som                        <mjhmarine@yahoo.com>     Tarikh: 27/11/2006
Jawapan: Maklum
Dari:
En. Zulkifli Salleh                                                        <zulkif2@dbp.gov.my>     Tarikh: 18/12/2006
 
Komen: Bilakah buku teks untuk darjah 4 boleh dibeli dari kedai buku di Melaka atau lebih cepat kalau saya tempah online.
Dari: En. Fabiola Patrick                                                   <fabiola@pc.jaring.my>     Tarikh: 10/01/2007
Jawapan: Sial layari laman  http://www.dawama.com untuk tempahan online
Dari: Webmaster DBP                                              <webmaster@dbp.gov.my>      Tarikh: 11/01/2007
 
Komen: My name is hayati Zakaria. I am working as a librarian at Mahad Tahfiz Pahang, Kuantan. i would like to know how am i suppose to do if i want to subscribe magazines publish by DBP such as Dewan Agama Dan Falsafah and Dewan Siswa?
Dari: Pn. hayati Zakaria                                                      <youthza@gmail.com>     Tarikh: 01/02/2007
Jawapan: Saudari sila hubungi:
  Kedai Buku Koperasi DBP Berhad,   
  Tingkat Bawah, Menara DBP, 
  50460 Kuala Lumpur.  
  Tel: 03-2143 3505, 03-2148 5869 
  Faks: 03-2148 7887
  Pertanyaan:
  Pengurus Besar
  Haji Mohamad Yusop Haji Musa
  Pegawai Perhubungan Pelanggan:
  Cik Nur Ezanti Binti wahid
Dari: Webmaster DBP                                               <webmaster@dbp.gov.my>     Tarikh: 02/02/2007
 
 

 

 

 


Kemaskini pada 2017-02-22 13:38:21 daripada Vox Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.