Dewan Sastera Ogos 2004

                                

 

 

               OGOS 2004
     Jamadilakhir - Rejab 1425
              Jilid 34 Bil. 08
              KK 800-904330804
              ISN 0126-5059

 

  KANDUNGAN

 

SURAT KEPADA EDITOR  
DBP Wilayah Selatan yang Aktif
A. Hamid Jemain
Kenapa Suka Merojakkan Bahasa?
Tan Ang Gaik


DARIPADA EDITOR    
Khidmat Sosial Sebagai Pegangan, Keuntungan Bukan Matlamat

DRAMA
"... demi Zaitun ..."- Noordin Hassan

PUISI BULAN INI  
Melayu Baharu ? Mohamed Latiff Mohamed
Pidato Rakyat Selepas Pilihan Raya ?Mohd. Kasim Mahmud
Tak Semudah Itu Kita Mencapai Kemerdekaan ? M. Ashikin
Wanita: Renda Kasih Insan Perkasa ? Kassim Muhamad
Di Pantai Perkasihan Itu ? Haron A.H
Transit KL ? Marzuki Ali
Lelaki Tua dan Wang Satu Penny - Rahimah Haji A. Hamid
Saat-saat yang Paling Indah ? Ramli Abdul Rahim
Perahu - Rasiah Halil
  
 
CERPEN
Monolog Seorang Melayu - Noorjaya.
Aku Bukan Syaklabah - Baharuddin Kahar
Bapa dan Gunung - Rahman Haji Yusof

UJANA KLASIK
10 Rangkap Pantun Siasah - Faisal Tehrani

PUISI PILIHAN
- Faisal Tehrani

KARYAWAN BULAN INI
Faisal Tehrani

WAWANCARA
Kubawa Bakatku ke Jalan Futuwwah - Rozninah Abd. Azib

BICARA KARYA
Idealogi dan Konstruk Jati Diri Melaka dalam 1515 - Noraini Md. Yusof


FOKUS  
Hadiah Sastera dalam Memantapkan Karya dan Mempertingkatkan Apresiasi - Rahman Shaari
Hadiah Sastera Pencetus Mekanisme Nilai Karya dan Penulis - Siti Jasmina Ibrahim
Matlamat dan Kesan Anugerah Sastera Negeri - Amaruszati Noor Rahim
Anugerah Sastera Pemangkin Perkembangan Sastera - S.M. Zakir 
Akhbar Mengangkat Martabat Sastera Melalui Sayembara - Alif Iman

REAKSI
Guru Kesusasteraan dan Cabaran Semasa - Jelani Harun

NURANI SENI 
Merindu Buku 
Payung Amanah - A.Samad Said

ANALISIS
Gaya Makna dan Keseronokan dalam Penulisan Sajak - Rahimah Haji A. Hamid
Mengenali Diri, Dilema Diri, dan Diri yang Teruji- Mohammad Mokhtar Hassan
  
SOROTAN 
Mereka Berjaya kerana Kebolehan Mereka - Rozninah Abd. Azib  
Pertandingan Lagu Puisi Berkumpulan Negeri Johor 2004 - Rusdi Abd. Rahman
Kritikan Novel di Bumi Kenyalang - Siti Zaleha M. Hashim
Apabila Hujan Sudah Teduh dan Menjengah Pasar Pengalaman - Aida Ahmad
 

SASTERA ANTARABANGSA
Perginya Seorang Pelopor Kesusasteraan Melayu di Rusia - Hashim Ismail 

 

 

 

 

 

 

DARIPADA EDITOR

Khidmat Sosial Sebagai Pegangan, Keuntungan Bukan Matlamat

TANGGUNGJAWAB memelihara kesejahteraan bahasa dan sastera 
Melayu sepatutnya bukan hanya dipikul oleh Dewan Bahasa dan 
Pustaka. Pihak swasta dan orang perseorangan seharusnya mengambil peranan ini sebagai salah satu tanggungjawab sosialnya. 
Banyak pihak yang mengambil kesempatan ?menangguk di air yang keruh? apabila bahasa Melayu dikatakan tergugat kedudukannya setelah kerajaan mengumumkan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar untuk mata pelajaran Sains dan Matematik. Isu bahasa rojak menambahkan kekalutan yang sedia ada dan pada masa yang sama di akhbar tempatan tersiar beberapa episod cerita yang mengisahkan syarikat besar meminggirkan bahasa Melayu. 
Sejak isu bahasa Melayu dibesar-besarkan permasalahannya apatah lagi dengan tanggapan banyak pihak bahawa bahasa Melayu yang mula hilang taringnya, maka syarikat swasta mula tidak berminat lagi untuk bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bagi mendapatkan penaja untuk menjayakan majlis atau kegiatan sastera bukanlah suatu yang mudah lagi. Banyak juga pihak bank yang menarik balik tajaan mereka sejak akhir-akhir ini sebagaimana yang dilaporkan dalam akhbar tempatan.
Namun begitu, ucapan syabas dan tahniah wajar dikalungkan kepada ExxonMobil, sebuah syarikat minyak dan gas dunia yang masih mempercayai bahawa pelaburan ringgitnya untuk acara sastera masih menjadi perkara penting dan utama. Seperti pengakuan Pengerusi ExxonMobil Malaysia, Rob Fisher, menjadi tanggungjawab ExxonMobil untuk melihat syarikat di bawah naungannya sentiasa peka dan memainkan peranan dalam kegiatan kemasyarakatan di negara ini. Mereka juga sentiasa berusaha untuk memberikan kerjasama dalam menjalankan tanggungjawab sosial, walaupun bekerjasama dalam hal yang bersangkutan dengan kegiatan kebahasaan dan kesusasteraan. Sungguhpun hal tersebut tidak mempunyai apa-apa kaitan dan tidak memberikan keuntungan kepada syarikat. 
Lebih menarik lagi, sejak dua tahun menjadi penaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan, semasa memberikan ucapan alu-aluannya, Fisher bersungguh-sungguh menggunakan bahasa Melayu walaupun masih pekat dengan telor keinggerisannya, sebagai bukti bahawa beliau menghormati bahasa Melayu.    

 

 


 

 

FOKUS

Hadiah Sastera dalam Memantapkan Karya dan Mempertingkatkan Apresiasi
Rahman Shaari

 TULISAN ini tidak menggunakan pendekatan sejarah, dan tidak juga memuatkan kupasan yang rinci terhadap karya-karya yang memenangi hadiah sastera. Tujuan penulisan ini ialah untuk menyatakan dua peranan yang tersurat pada judul tulisan ini. Di samping itu, akan ada suara kritis yang menyatakan ketidaksetujuan saya terhadap beberapa hal. Dengan ini diharapkan, ketidaksetujuan berkenaan tidak disalahertikan sebagai niat atau hasrat menafikan pencapaian sasterawan, atau mempertidak keupayaan panel penilai hadiah sastera. Satu perkara lagi, saya hanya akan mengkhususkan pembicaraan terhadap genre puisi.

 SAYA mengehadkan pembicaraan ini hanya terhadap sajak-sajak yang menang hadiah sastera pada peringkat awal dan pertengahan. Perkembangan yang terbaharu, terutama yang saya sendiri terlibat sebagai panel penilai tidak akan saya sentuh. Biarlah penilaian yang turut saya laksanakan diperkatakan oleh orang lain pula. Pembicaraan ini saya lakukan dengan kesedaran bahawa ?kerja menilai karya? tidak mudah. Namun, keadaan ini tidak wajar sampai berlakunya kesalahan (kesilapan) yang terlalu ketara.
Hadiah sastera anjuran kerajaan Malaysia bermula pada tahun 1971. Saya tidak akan mengambil berat tentang perubahan nama hadiah ini. Sama ada namanya Hadiah Sastera, Hadiah Karya Sastera, Hadiah Sastera Malaysia dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia, semuanya sama sahaja dari segi konsepnya. Antologi-antologi yang terbit sejauh ini menggunakan judul kecil ?Hadiah Sastera? untuk tahun 1971 ? 1973, dan ?Hadiah Sastera Malaysia? untuk tahun 1986 ? 1989. Dalam zaman Hadiah Sastera Perdana Malaysia, belum ada antologi yang diterbitkan.

Pemenang Tahun 1971
Apabila pemenang Hadiah Sastera 1971 diumumkan, timbul pula kehebohan. Alasan utama kehebohan itu ialah penolakan oleh Usman Awang dan Latiff Mohidin. Mereka tidak menyenangi penghakiman, atau mungkin juga tidak menyenangi barisan panel penilai. Seorang penerima hadiah, iaitu Rejab F.I. telah membuat komentar terhadap penolakan itu. Kata-katanya (dikutip oleh Fawana, dan tersiar dalam Berita Minggu  28 Mei 1972) Menurut Rejab, sasterawan yang menolak hadiah itu tidak menghargai sumbangan kerajaan.
Anggapan Rejab yang sedemikian telah menimbulkan reaksi Usman Awang. Dalam satu majlis ceramah di Universiti Malaya, Usman menyatakan beberapa perkara penting tentang ukuran nilai seni, pemikiran dan tema karya yang wajar dimenangkan. Sejumlah karya yang menang, termasuk karya Rejab sendiri, dikritik dengan nada yang cukup keras. (Tulisan Usman itu terdapat dalam buku susunan Dinsman yang berjudul Sikap dan Pemikiran Usman Awang).
Kritikan Usman Awang dapat dijadikan pedoman hingga sekarang. Untuk membuktikan kenyataan ini, perhatikan penilaiannya terhadap nilai sajak ?Utusan Intelek? karya Hassan Tengkar. Katanya, sajak itu membawa makna bahawa doktor daripada keturunan tengku lebih dihormati berbanding dengan doktor-doktor lain. Sajak tersebut menyarankan sikap jiwa hamba. Atas alasan itu, dan ditambahi gayanya yang prosaik, ?Utusan Intelek? tidak wajar dimenangkan.
Sajak kedua yang dikritik oleh Usman Awang ialah ?Tiga Pesan Pembangunan? karya Firdaus Abdullah. Sindiran Usman amat menyengat apabila dikatakan satu pesan berharga seratus ringgit (ketika itu sebuah sajak yang menang penyair mendapat tiga ratus ringgit). Yang lebih penting, Usman bermaksud mengatakan bahawa sajak tersebut ialah sebuah slogan pembangunan yang superficial. Dengan kata-kata itu, Usman bermaksud meletakkan ?Tiga Pesan Pembangunan? dalam kategori sajak ...

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah Dewan Sastera Ogos 2004. Kini di pasaran... dapatkan segera!

 

  Arkib 
                                                             

 

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788. Untuk membeli dalam talian sila layari . Untuk melanggan sila layari 

 

aisyam@dbp.gov.my 03-21482247untuk Pertanyaan                                                                             Tarikh kemaskini: 26 Mei 2004. Penyelenggara : Maisura Mohd.Sani. Pembekal maklumat: Bahagian Majalah.  


Kemaskini pada 2017-03-16 15:53:56 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.